Halaman

Isnin, 15 Ogos 2011

kek lapis strwbery coklat

  
resepi asal kek ni dari Chef Zubaidah masa Sue ikuti kelas kek dia.Resepi asal hanya guna strwberry emulco,yg kali ni sue ubah sikit tambah coklat masakan, coklat emulco dan horliks.

guna loyang 7 x 7


 bahan bahan:

6 biji telur
80gm gula aising
1 tbsp ovelette
250gm buter
125gm susu pekat
100gm tepung kek
1 tsp coklat emulco
50gm coklat masakan~dicairkan
1 tsp strwbery emulco
sedikit pewarna rose pink
2 tbsp horliks

pukul telur,gula n ovelette sehingga kembang,masukkan tepung sedikit demi sedikit (low speed).
di bekas yg lain,pukul buttter n susu pekat sehingga kembang dan gebu.
campurkan butter kedalam adunan telur sedikit demi sedikit (low speed)
bahagikan adunan kpd 3 bahagian.
1 bahagian campurkan horliks
1 bahagian campurkan coklat masakan n coklat emulco
1 bahagian campurkan strwbery emulco n pewarna rose pink

bakar selapis demi selapis sehingga selesai dgn suhu 180'C.




Khamis, 11 Ogos 2011

puding mangga

puding mangga ni guna buah mangga yg fresh,jiran sue bagi buah mangga so buatkan puding la

sedap puding nih,makan masa berbuka puasa semalam.

bahan bahan

lapisan bawah

1 tbsp serbuk agar agar
375ml air
50gm gula
250ml santan~sue guna susu cair
250ml puree mangga

masak semua bahan kecuali puree mangga sehingga mendidih.
tutup api dan masukkan puree mangga,kacau rata
tuang dalam loyang,sejukkan.Tunggu agak keras baru tuangkan lapisan atas

lapisan atas
1/2 tbsp agar agar serbuk
375ml air
3 tbsp gula
1/4 tsp garam
60ml puree mangga
isi mangga yang didadu

masak semua bahan kecuali puree mangga sehingga mendidih.
tutup api dan masukkan puree mangga~kacau sebati
letak mangga yg didadu atas lapisan bawah dan tuangkan lapisan atas perlahan lahan.
sejukkan.

agar agar gula melaka

Yang ini pon buat sebelum pegi keje,senang da siap sejukkan aje

tok berbuka puasa



bahan bahan:

lapisan plain

1 tsp serbuk agar agar
3 cawan air
sehelai daun pandan
gula melaka

masak semua bahan diatas sehingga mendidih~sediakan loyang

lapisan putih

1 tsp serbuk agar agar
1 cawan santan~sue guna susu cair
2 cawan air
3 tbsp gula

masak semua bahan kemudian lapiskan selapis demi selapis sehingga selesai.
sementara tunggu lapisan keras,pastikn agar2 tetap ddidihkan mngunakan api kecil

seri muka durian

kali kedua buat kuih ni,pertama kali buat bawa ke opis tok majlis berbuka puasa.untuk yg ni sue buat sikit aje,hanya setengah dari resepi asal.sue guna durian yg dibawa dari kampung.

durian dari kebun atuk
simple aje nak buat kuih ni,buat sebaik sahaja balik dr opis


 Bahan bahan:

lapisan bawah:
  
500gm beras pulut~direndam selama 1/2 jam
1 tsp garam
340ml santan cair
daun pandan~disimpul

campurkan semua bahan dan dikukus selama 45minit
lengser loyang dgn sedikit minyak,ratakan pulut kedalam loyang
kukus semula selama 5 minit.

*sue x kukus dan rendam pon beras pulut,sue masak cam biasa aje.

lapisan atas:
  
250gm gula pasir
6 biji telur
60gm tepung gandum
10gm tepung sagu~sue guna tepung jagung
750ml santan pekat~sue guna santan kotak 200ml + 500ml air
sedikit garam
200gm isi durian
sedikit pewarna kuning

pukul gula dan telur kemudian campurkan tepung,santan,garam 
tapis kemudian campurkan isi durian yg telah diblend dengan sedikit santan.
tuang atas lapisan pulut tadi dan kukus selama 30 minit.
kali ni sue buat separuh aje dr resepi ini,dan sue lebihkan tepung gandum 40gm (dlm 2 tbsp).
biarkan kuih betul2 sejuk bari dipotong.


 nak bagi kat nursery atiqah




Khamis, 4 Ogos 2011

dadih

Buat dadih semalam,Rusyaidi yg mintak simple n mudah aje dia req nak perisa oren.Esok nak perisa coklat pulak kata nye..heheheh...
Bahan-bahan:

3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 tsp serbuk agar agar
1/2 cawan susu cair
1/2 tsp garam
perisa dan pewarna oren

masak air,gula dan serbuk agar-agar sehingga mendidih.
masukkan susu cair dan garam.
masukkan perisa.
sejukkan.

agar agar

Sue buat agar-agar ni pagi sebelum pegi keje,simple resepi aje.
ermmm..best makan bila agar agar ni da disejukkan
satu lapisan plain n satu lapisan lagi guna susu segar.
 sue buat dalam bekas kecik2 aje,buat pon sikit aje  

bluberry cheecake