Halaman

Khamis, 28 Mac 2013

puding triffle


sumber: buku resepi (fb)


lapisan kek:


1 gulung kek swiss roll


potong kek lebih kurang 1 inci,susun dalam loyang~lebih cantik jika susun dalam bekas kaca lutsinar..Sue buat dalam bekas kecil aje..

susun kek sehingga padat,tekan sedikit agar kek mampat dan tiada ruang yang menampakkan dasar loyang supaya lapisan puding nanti tidak sampai ke dasar loyang~ketepikan.









lapisan puding/kastard:


1 tin susu cair

1 tin air~sukat guna tin susu cair

3 tbsp tepung kastard

7 tbsp gula~sue guna 3 tbsp sahaja





Campurkan semua bahan-bahan di atas,kacau sehingga tepung kastard larut dan sebati.


Masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau sehingga puding kelihatan pekat dan likat.


Basahkan sedikit kek dengan air buah cocktail supaya kek lembab sedikit.


Tuang kastard di atas kek dan ratakan sehingga menutupi keseluruhan kek.


Susun atau taburkan buah cocktail diatas kastard dan tekan-tekan sedikit agar buah tidak terapung ketika kita letak jelly nanti.








lapisan jelly:


1 kotak kristal jelly~sue guna brand nona

400ml air





masak serbuk jelly dan air sehingga mendidih dan serbuk jelly larut.


curahkan perlahan-lahan di atas lapisan kastard tadi~lebih baik gunakan sudu atau senduk...


biarkan sejuk sedikit,kemudian simpan di dalam peti sejuk.


puding ni sedap di makan ketika ia nya sejuk.









***Jika nak guna buah fresh boleh juga,ia nya sesuai jika nak makan terus..jika nak simpan lama elok gunakan buah cocktail***












Jumaat, 22 Mac 2013

strawberry swiss roll


Sumber: http://myresepi.com



Selepas buat kek coklat untuk Ustazah Dalina,Sue buat swiss roll ni...saje...buat untuk makan sendiri aje...disamping tu Sue cadang selepas ni nak buat puding trifle.



bahan A:


6 biji telur gred B

113gm gula halus

1 tsp baking powder

2 tsp strawberry emulco

1 tbsp ovellette

86gm tepung superfine

1 tbsp susu tepung



bahan B:


113gm butter cair



Strawberry filling secukup nya~sue ganti kan dengan blueberry filling.



cara-cara:



Putar semua bahan A sehingga kembang~putar selama 6-7 minit high speed.

Masukkan butter cair~kacau rata dengan spatula.

Gris loyang 10x10 dengan shortening dan alas dengan kertas.

Bakar selama 20 minit atau sehingga bahagian atas kek keperangan ~ suhu 150'C.

Biarkan sejuk.








Apabila  dah sejuk,terbalikkan dan alas kek dengan kertas kemudian sapukan dengan filling.



Gulung kemas kek.



















Khamis, 21 Mac 2013

kek coklat moist


Sumber:Chef Norzailina


Sue buat kek ni untuk Ustazah Rusyaidi dan Zahin yang akan berpindah ke Johor.
Ustazah Dalina mengajar di sekolah agama juga guru mengaji anak-anak Sue.


bahan A:

3 biji telur gred A

1/2 tsp butter vanilla


bahan B:

140gm gula perang

250gm susu coklat

250ml minyak

50gm serbuk koko

150gm susu pekat



bahan C: (ayak)


150gm tepung gandum

1 tsp serbuk penaik

1 tsp soda bikarbonat


Masak bahan B dengan api perlahan,kacau sebati kemudian sejukkan.

Putar telur sehingga kembang dan masukkan butter vanilla.

Masukkan bahan B berselang seli dengan tepung kedalam adunan.

Putar sebati.

Lengser dan alas loyang dengan marjerin.

Tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus kek selama 1 jam dengan api sederhana.



Topping:


250gm coklat masakan~potong kecil2.. ~Sue guna dark compound choc.

3 tbsp whipping cream atau susu cair


3 tbsp butter


Double boiled kan semua bahan-bahan di atas,sejukkan sebentar dan curahkan atas kek yang telah sejuk.





1st time Sue buat bunga rose guna fresh cream....



 






Isnin, 11 Mac 2013

kek perkahwinan

Pertama kali Sue buat kek bertingkat...Alhamdulillah siap dan selamat sampai ke Temerluh,...masih banyak yang perlu Sue pelajari lagi...Kek ini berat nya 6.3kg...apa pon Sue rasa enjoy sangat buat semua kek ni...
Kek ini untuk majlis perkahwinan anak buah Sue,tema biru..selain kek ini,Sue juga buatkan kek hantaran dan juga cupcakes.


kek yang bawah sekali Sue guna kek buah loyang 11".

kek yang tengah Sue guna kek oreo loyang 9"

kek yang atas Sue guna kek oreo juga loyang 6"

Fondant pula Sue buat sebanyak 2 kg.

Resepi kek buah

250gm butter


150gm brown sugar


1 tsp ovellete


4 biji telur


1 tbsp esen vanilla


1 tbsp paste fruit cake


200gm tepung kek


50gm serbuk koko


1 tsp baking powder


250gm mixed fruit


1/2 cawan susu segar






ayak tepung kek bersama serbuk koko dan baking powder


gaulkan mixed fruit bersama dengan tepung~ketepikan


putar butter dan gula sehingga kembang,kemudian masukkan ovellete


masukkan telur,esen vanilla~putar lagi


masukkan tepung yang telah digaul dengan buah tadi berselang seli dengan susu segar.


masukkan paste fruit cake~putar sebati


gris loyang dengan minyak (Sue guna butter) kemudian taburkan sedikit tepung (ketuk2 sedikit loyang yer untuk mengelakkan terlalu banyak tepung yang melekat di loyang)


Tuang adunan kek kedalam loyang.


Bakar kek selama 40-45 minit dengan suhu 180'C


***untuk kek yang ini Sue doublekan adunan***

kek buah yang telah masak

Sue juga buatkan cupcakes


yang ini pula kek oreo



resepi kek oreo



1 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder


2 biji telur


1 cawan gula kastor


1/2 cawan butter


1 tsp esen vanilla

100gm biskut oreo~buang inti dan kisar (Sue beli dikedai bakeri yang sudah siap dikisar)


2 tbsp susu pekat manis***



1/4 cawan minyak masak***


***Sue tak letak susu pekat dan minyak masak,Sue gantikan dengan 1/2 cawan susu segar***



Ayak tepung gandum dan baking powder dan gaulkan dengan biskut oreo~ketepikan.


putar telur,gula kastor dan butter sehingga kembang.




masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.


putar sebati dan rata.


Gris loyang dan alaskan dengan kertas.


Bakar selama 1 jam dengan susu 180'C.


***untuk kek loyang 9" sue doublekan adunan di atas***



Sue buat kek ini hari rabu sebaik sahaja balik dari opis,Alhamdulillah...siap semuanya.
Sementara Sue tunggu kek-kek ini masak,Sue buatkan fondant juga..
Sue cadang malam esok Sue nak hiaskan kek pula sebab hari jumaat semua kek nak dibawa ke Temerluh.


Bahan-bahan untuk fondant


63ml air

1 tbsp gelatin halal

125ml sirap glucose

1 1/2 tbsp gliserin

2 tbsp shortening

1 kg gula aising~ayak


Tuang air dalam periuk atau mangkuk tahan panas,masukkan gelatin kacau kemudian ketepikan selama 1 minit (gelatin kembang)


Double boiled kan sehingga gelatin larut.


masukkan sirap glucose,gliserin dan shortening,kacau sehingga larut.


matikan api,biarkan sehingga ianya suam.


masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga habis (1/2 kg gula aising digunakan doh akan mula mengeras yer)


Simpan doh didalam bekas kedap udara dan dalam suhu bilik sahaja.


Biarkan doh semalaman untuk hasil yang lebih baik.


***PASTIKAN sukatan semua bahan-bahan untuk fondant ini tepat,terutama sekali bahan cecair,jika tidak kita tidak akan mendapat doh fondant yang baik***


Sue siapkan kek ini dulu


bahagian belakang kek


Siap...nak masukkan dalam kotak pula,Sue guna 2 kotak 13x13...


yang ini kek hantaran,kek oreo loyang 9"



icha anak buah Sue minta nak tulisan jawi pada kek hantaran nya,...pertama kali Sue buat tulisan jawi pada kek..agak sukar kerana tulisan ini Sue guna kan fondant juga...

siap dah..


masuk kotak dah...sampai di Temerluh nanti baru hiaskan kotak ni...


yang ini cupcakes pula...hias simple2 aje...


Cupcakes ni Sue buatkan 10 biji aje...untuk meja makan pengantin...


masuk kotak...





 Untuk icha dan fizul,
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL BAHAGIA SEHINGGA AKHIR HAYAT

Selasa, 5 Mac 2013

nigella crustless pizza


SUMBER: BUKU RESEPI DI FACEBOOK


Sue buat pizza ni pagi tadi untuk sarapan...mudah aje..sedap...resepi ini dapat 1 loyang 6" aje...kalau nak banyak atau lebih besar gandakan adunan nya...Sue pon bila nak buat lain kali kena gandakan adunan.
Resepi ini memang menepati citarasa Sue...bahagian tepung nya lembut dan tidak melekat di loyang pon...Sue guna loyang biasa,boleh juga jika nak bakar dalam bekas kaca yang tahan panas...


bahan-bahan:


1 biji telur

2/3 cawan tepung gandum

1 cawan susu segar

1/2 tsp garam***

1 tsp serbuk lada hitam***

1 cawan keju cheddar yang diparut

hirisan sosej untuk topping

mix herbs

***sukatan untuk bahan-bahan ini mengikut citarasa sendiri,boleh dikurangkan atau di tambah***




~Untuk topping: Sue tambah hirisan cendawan butang dan capsicum warna kuning dan hijau.~



Campurkan telur,tepung gandum,susu segar,garam dan serbuk lada hitam~kacau sebati.


Masukkan 1/2  daripada 1 cawan keju kedalam adunan~kacau rata.(1/2 cawan keju lagi untuk ditabur di atas pizza nanti)


Tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga bahagian tepi loyang kelihatan keperangan dengan suhu 200'C.


Taburkan sosej,cendawan,capsicum dan keju serta mix herbs di atas pizza dan bakar lagi selama 5 minit.~Sue bakar selama 10 minit~


Hidangkan...




Sue juga buatkan tauhu sumbat ni untuk sarapan hari ni...

peach sponge cake

Sumber: blog aunty yoshana~resepi asal mango sponge cake...Sue tukarkan kepada peach...



bahan A :

5 biji kuning telur

100gm gula

1/4 tsp garam

1/2 cawan air

1/2 cawan minyak jagung

1 tsp esen vanilla

170gm tepung kek

2 tsp baking powder


Campurkan semua bahan-bahan A,putar sehingga sebati.


bahan B:

5 biji putih telur

1/2 tsp tar tar~sue tak letak

100gm gula




Putar bahan B sehingga kental (meringue) kemudian masukkan kedalam adunan bahan A tadi,putar sehingga sebati.

bakar selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 180'C

Sejukkan kemudian potong kek kepada 3 bahagian.




Filling:



150gm plain yogurt

100gm sugar

18gm gelatin powder~dilarutkan dengan 1/4 cawan air suam.

300gm dairy whipping cream.

1 cawan peach~didadu





****Sue tak guna resepi filling di atas,Sue hanya gunakan whipping cream dan buah peach yang didadu sahaja***



filling yang sue gunakan:



2 cawan whipping cream

1 cawan buah peach yang didadu

4 biji buah strawbery~didadu juga.




kek ini Sue buat 2 biji,1 sue letak filling buah peach sahaja.


yang ini Sue tambahkan buah strawberry

sue guna whipping cream ini
 
sapukan cream pada kek
 
 
 
susun buah peach...kemudian Sue hanya hias cream di sekeliling kek saje...


 
yang ini untuk Staff dan Cikgu di Nursery Taqwa...Sue simpan kek ini dalam peti sejuk sementara nak siapkan yang satu lagi...Atiqah memang suka sangat buah strawberry...yang atas kek ini habis Atiqah ambil dah makan...
 
 

 
yang satu lagi untuk Kak Sandra...terima kasih di atas segala bantuan serta pertolongan yer...


Siap packing dah...kek ni Sue buat pertama kali dan tak pernah rasa pon...