Halaman

Isnin, 14 Disember 2009

KUIH GUNTING -12/12/2009


Buat kuih gunting ni pd hari sabtu.Resepi dari blog Mat Gebu.


Bahan-bahan:

500gm tepung gandum
100-120ml air (lebih kurang)
1 biji telur
11/2 tbsp jintan manis (cuci dan toskan)
1 tbsp margerin (su guna 3 tbsp)
1/2 cawan minyak masak (su guna 3 tbsp)
1 tbsp gula
garam-secukup rasa


Bahan kisar:

5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 tsp jintan manis
1/4 cwn udang kering


Panaskan minyak dan masukkan marjerin.
Tumis bahan kisar,gula dan garam.
Masak dengan api perlahan dan sekejap sahaja.
Gaul tepung dengan jintan manis kemudian masukkan telur.
Masukkan bahan tumis dan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Gunting kemudian goreng sehingga warna keemasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan