Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

coffee mousse cake



sumber: http://nshafea.blogspot.com



2 cawan tepung kek

1/2 cawan serbuk kopi~sue guna kopi tenom~jiran sue yang beri...

1 cawan minyak jagung

1 cawan gula kastor

1 cawan air suam

1/2 cawan susu cair

3 biji telur gred A





ayak tepung kek dan serbuk kopi~ketepikan

sediakan loyang dan panaskan kukusan

putar gula dan telur sehingga gula hancur~sue guna whisk sahaja

masukkan tepung berselang seli dengan air suam~putar sebati

masukkan susu cair dan minyak jagung~putar sebati

masukkan kedalam loyang,tutup loyang dengan aluminium foil

kukus selama 45 minit sehingga 1 jam.




sejukkan sebelum letak topping


bahan-bahan topping:


1/2 buku butter

1/2 cawan susu pekat manis

2 sudu serbuk kopi


campurkan butter dan susu~putar sebati

masukkan serbuk kopi~putar sebati

masak dengan kaedah double boiler sehingga kelihatan berkilat

curah di atas kek...



kek ni moist...mewah dengan rasa kopi...sue bawa ke opis sahaja sebab anak2 sue tak makan kek yang rasa kopi...

homemade mushroom soup



1 keping dada ayam~dicincang halus

1500ml air

6-7 biji cendawan butang~dicincang halus

500ml susu segar

1 ketul kiub ayam~sue guna 1/2 ketul sahaja

garam secukup rasa

1 cawan tepung gandum


masak ayam isi ayam dan air sehingga mendidih

masukkan cendawan biarkan mendidih

masukkan susu segar,kiub ayam dan sedikit garam

kemudian masukkan tepung gandum~masak sehingga mendidih dan agak pekat.


sedap dimakan dengan roti bakar dan disapu garlic spread




kek coklat kukus


SUMBER: http://www.kongsiresepi.com
resepi asal:Chef Zubaidah.


Mudah dan sedap...cara nak buat pon ringkas sahaja...


bahan-bahan:


100gm serbuk koko @ 1 cawan **

200gm gula pasir @ 1 cawan **

1 tin susu cair **

200gm minyak sayuran @ 1 cawan **

250gm susu pekat manis @ 1 cawan **

4 biji telur gred A~putar sehingga berbuih sahaja.

150gm tepung gandum @ 1 1/2 cawan

1 tsp soda bikarbonat

1 tsp baking powder


campurkan semua bahan yang bertanda ** ,putar sebati dan masak dengan api perlahan sehingga gula hancur (tidak perlu sehingga mendidih)


masukkan kedalam telur~putar sebati ~guna hand whisk sahaja.


masukkan pula tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder~putar sehingga sebati.


kukus dengan api sederhana selama 1 jam.


atau boleh juga dibakar~suhu 160'C selama 1 1/2 jam.


Sue kukus sahaja...apabila kek sudah sejuk,curahkan dengan topping coklat.






untuk topping Sue guna bahan-bahan di atas.


100ml whipping cream

20 keping coklat (size nye cam duit 20 sen)


***sukatan ini ikut suka hati Sue ajer...***


panaskan whipping cream sehingga kelihatan terbentuk buih-buih ditepi-tepi periuk~matikan api kemudian masukkan kepingan coklat kacau sehingga coklat cair.

curahkan diatas kek yang telah sejuk.








Selasa, 22 Januari 2013

chilled blueberry cheesecake



cheesecake yang ini Sue buat untuk makan sendiri ajer...


bahan-bahan:



200gm biskut digestive-kisar


80gm  butter~dicairkan


60gm gula halus.


1 1/2 tbsp gelatin halal.


125ml air suam.


200gm whipping cream.


blueberry filling secukupnya.



campurkan biskut dan butter dan tekan padat kedalam loyang~yang ini sue guna loyang 7x7


masukkan loyang kedalam peti sejuk.


masukkan gelatin kedalam air suam~larut.


putar cream cheese dan gula sehingga berkrim.


masukkan gelatin~kacau sebati.


putar whipping cream kemudian masukkan kedalam cream cheese tadi.


putar sebati,masukkan 3 tbsp blueberry filling dan kacau perlahan dan sedikit sahaja.


**sue tambah 1 tsp jus lemon**


tuang adunan kedalam loyang tadi.


simpan didalam peti sejuk selama 4 jam.


apabila cheesecake sudah mengeras,hias dengan blueberry filling diatas permukaannya.


**yang ini Sue tak letak,sue cuma letak buah kiwi dan buah strawberry**


sue baru keluarkan dari loyang

sue tak letak blueberry filling,sue gantikan dengan buah kiwi dan buah strawberry

kek ni sue nak bagi yan dan kawan-kawan opis...tinggal untuk rumah sikit aje...



chilled strawberry cheesecake

Sue buat cheecake ini untuk kawan,memang dah lama niat nak bagi dia tapi Sue tak berkesempatan nak buat...sambil-sambil nak pulangkan baki lebihan duit tempahan kek,Sue hantar kek ni sekali...harap-harap yan,en.hubby yan juga dina suka kek ni...

Sue guna bahan-bahan yang biasa..


buah strawberry...anak-anak sue suka sangat makan buah strawberry...hampir setiap minggu Sue akan beli...biasanya Sue akan beli di pasar malam taman melawati saja..ok,ianya masih segar...1 paket ada dalam 12 biji rm7 atau rm8.





bahan-bahan:


200gm biskut digestive~kisar


80gm butter~dicairkan.


250gm cream cheese.


60gm gula halus.


6 biji buah strawberry segar~dikisar.


1 tsp strawberry emulco


6 biji strawberry~didadu.


1 1/2 tbsp gelatin halal.


125ml air suma~sue guna 1 cawan.


200ml whipping cream.



sediakan loyang.


campurkan biskut dengan butter cair kemudian tekan rata kedalam loyang.


simpan loyang kedalam peti sejuk sementara kita sediakan bahan-bahan yang lain.


masukkan serbuk gelatin kedalam air suam,kacau sebati sehingga gelatin larut~ketepikan.


***pastikan gelatin dimasukkan kedalam air,bukan sebaliknya,sebab jika kita masukkan air kedalam gelatin,ianya nanti akan sukat larut***


putar cream cheese dan gula sehingga cheese lembut.


masukkan larutan gelatin,putar sehingga sebati.


masukkan pula buah strawberry yang dikisar~kacau sebati.


putar whipping cream sehingga kembang


masukkan kedalam adunan putar sebati.


masukkan pula buah strawberry yang didadu dan strawberry emulco.


**Sue biasanya masukkan sedikit jus lemon dalam 1 tsp**


tuang adunan ini kedalam loyang tadi.


sejukkan didalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam.


keluarkan dari loyang dan hiaskan.



dah dikeluarkan dari loyang.


Sue buat blueberry cheesecake juga...



siap...untuk dihantar ke JPN...

bubur keledek dan candil



Sue buat bubur ini untuk berbuka puasa...sedap bubur ni kene dengan selera sue.Candil tu sue buat warna hijau dan pink,saje nak nampak menarik sikit...Atiqah pilih makan yang warna pink dulu...kalau nak buat tanpa warna atau warna lain boleh juga...



Sue cuma buat 1/4 dari sukatan di bawah ni...





bahan-bahan candil:



2 cawan tepung pulut


1/2 cawan tepung gandum


sedikit garam halus


1 cawan air~tuang sikit demi sedikit sehingga tepung menjadi seperti doh yang dikehendaki




campurkan tepung pulut,tepung gandum dan garam.


masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.


bahagikan kepada 2 bahagian


campurkan pewarna hijau dan pink


didihkan air didalam periuk.


bentukkan doh masukkan kedalam air mendidih~biar sehingga candil timbul dipermukaan air mendidih~angkat dan toskan.
 








 bahan untuk kuah:

1 cawan santan pekat

2 cawan santan cair

1 ketul gula melaka

2 helai daun pandan

2 ketul ubi keledek~kupas kulit,potong dadu dan rebus sehingga empuk.

*sue tambahkan sedikit sagu*


masak gula melaka sehingga gula hancur dan tapis.

masak santan bersama daun pandan juga gula melaka sehingga mendidih.

masukkan keledek dan candil

jika kurang manis,boleh tambahkan sedikit gula.

Isnin, 21 Januari 2013

cornflakes berempah


sumber:blog jun(yummylicious)


bahan-bahan yang senang didapati serta mudah nak buat...1/2 jam pon dah siap nak buat cornflakes berempah ni...sedap..budak-budak pon suka...
buat yang kali ni sue cuma letak ikan bilis ajer...kekacang dan raisin sue tak letak sebab di rumah tak ada stok,jadi sue lebihkan cornflakes sebanyak 1 cawan...bahan-bahan yang lain sue buat dalam kuantiti yang sama dengan resepi di bawah ni.

 
bahan-bahan:

3 cawan cornflakes

2 tbsp minyak

1/2 tsp jintan putih

1/2 cawan kekacang (panggang)

1/2 cawan raisin

1/2 cawan ikan bilis goreng

1 tsp serbuk cili

1/3 tsp serbuk kunyit

1 tsp garam  halus

1/2 tsp gula

1 tsp jus limau @ air asam jawa.



panggang kekacang~ketepikan.

goreng ikan bilis sehingga garing~ketepikan juga.

sediakan dan sukat semua bahan baru panaskan minyak kerana proses memasak cornflakes ni kita kene cepat.

guna api yang paling kecil,masukkan jintan manis tumis sehingga wangi.

masukkan garam,jus limau dan gula...kacau sebentar...kemudian masukkan cornflakes.

gaul sebati,kemudian masukkan serbuk cili,serbuk kunyit dan ikan bilis~gaul sehingga rata.

sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.


**sebelum ni di entry yang lepas,ada pembaca yang komen..cornflakes ni tak lemau ke sebab kita ada masukkan jus limau atau air asam jawa,tidak...ia nya tak lemau sebab kita hanya masukkan jus limau sedikit sahaja...sue dah buat ni banyak kali sebab anak-anak suka makan yang ini daripada makan dengan susu segar...**


sediakan bahan-bahan yang diperlukan sebelum panaskan minyak yerr...

Khamis, 10 Januari 2013

agar-agar karamel






bahan-bahan:


8gm serbuk jelly~sue guna serbuk agar-agar

600ml air

300ml susu cair

120gm gula halus

1 tbsp tepung kastard

1 tsp esen vanilla

1 cawan gula*

3 tbsp air*

*untuk karamel


untuk karamel,Sue cuma gunakan 3 tbsp gula taburkan dalam loyang dan masak atas api perlahan sehingga gula menjadi keperangan~ketepikan



satukan susu cair dan tepung kastard~sebati dan tapis.



masukkan gula,air dan serbuk jelly~kacau rata dan masak atas api,kacau sehingga mendidih.



perlahankan api,masukkan bancuhan kastard tadi~kacau rata



masak sehingga agar-agar kelihatan sedikit pekat (bila angkat senduk agar-agar jatuh bertali)



tutup api dan tuang agar-agar kedalam loyang yang ada karamel tadi


sejukkan dalam 2 hingga 3 jam,keluarkan dari loyang~hidangkan.









Sue hias dengan buah strawberry

sedap agar-agar ni...


ayam bakar istimewa


sumber: mesra.net-resepi



bahan-bahan:


2kg ayam

3 biji bawang besar

6 biji bawang putih

1 ikat serai

1/2 ketul halia

2 biji limau kasturi

5 tbsp madu

1/2 botol sederhana kicap manis

serbuk cili~secukup pedas

hirisan salad,tomato dan timun.





kisar bawang besar,bawang putih,serai,halia.

gaulkan bahan kisar dengan ayam

masukkan jus limau kasturi,madu,kicap manis dan serbuk cili

*sue masukkan sedikit garam dan serbuk kunyit*

gaul sebati dan biarkan ayam sekurang-kurang nya 30 minit

panaskan oven.sue guna api atas dan bawah suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga ayam masak






agar-agar pelangi


loyang 7x7

yang ini loyang 9x9

lapisan yang tak sama tu sebab sue yang tak berhati-hati ketika proses melapis..


untuk jiran,kak leha juga untuk makan2...
basahkan sedikit bahagian dalam loyang untuk memudahkan proses mengeluarkan agar-agar dari loyang



sumber: http://rozzan.blogspot.com



bahan A:


20gm serbuk agar-agar

340gm gula

1725ml air

7 helai daun pandan~sue guna 5 helai sahaja



bahan B:


20gm serbuk agar-agar

340gm gula

1725ml santan~sue guna 1 liter santan kotak + 725ml air

1 tsp garam


pewarna pilihan~yang ini sue guna warna pink,hijau dan kuning..





sediakan loyang~sue guna loyang 9x9 dan 7x7.


masak semua bahan A sehingga mendidih,kecil kan api.


masak semua bahan B sehingga mendidih dan kecilkan api.


ambil sebahagian bahan B, (sue biasa ambil sebanyak 5 senduk untuk setiap lapisan bagi saiz loyang di atas)


campurkan pewarna kacau sebati dan tuang ke dalam loyang.


biarkan agar-agar mengeras (lebih kurang 2-3 minit)


ambil pula agar-agar yang plain (bahan A),campurkan pewarna yang sama dengan lapisan pertama tadi~kacau sebati.


tuangkan perlahan-lahan keatas lapisan pertama tadi,biarkan agar-agar mengeras dan ulang lagi proses yang sama sehingga habis.


proses melapis ini biasa nya mengambil masa selama lebih kurang 1 1/2 jam..