Halaman

Khamis, 29 Mac 2012

kek buah buahan

kek ni sedap...lembut dan tak manis sangat


kek baru siap di bakar


sejukkan di atas redai,sebelum di potong dua...untuk diletakkn potongan buah buahan dan fresh cream









Rabu, 28 Mac 2012

walnut carrot cake

bahan-bahan:


5 biji telur gred A

1 1/2 cawan gula castor~sue guna 1 cawan sahaja

1 1/2 cawan minyak jagung

3/4 cawan walnut~dibakar dan dicincang halus~sue tambahkan kismis dan badam

2 1/4 cawan tepung superfine*

2 tsp baking powder*

1 1/2 tsp baking soda*

*satukan dan ayak.

400gm lobak merah~di parut



pukul telur dan gula sehingga gebu dan kembang.

campurkan minyak jagung dan walnut~gaul sebati

campurkan tepung~gaul rata

masukkan lobak dan gaul sebati

gris loyang size 8" dgn butter dan lapikkan dgn kertas minyak (sue guna loyang 7x3 dan selebihnya sue buat cupcakes)

bakar selama 1 jam dengan suhu 180'C

sejukkan sebelum dihias.



lobak,kismis,badam dan walnut


kek yang telah masak,setelah sejuk potong di bhgn tengah

ratakan cream cheese pada kek



Bahan-bahan frosting:

250gm cream cheese

120gm butter

120gm gula aising (di ayak)~sue guna 60gm sahaja



dah siap untuk dihias dgn cream di atas kek pula

buat simple2 aje...

da hampir siap...



dahh siap ponn...


yang ini untuk cupcakes pulak





bagi pada jiran2 sikit

lenkali boleh buat lagi...sedap kek ni...


Khamis, 15 Mac 2012

KEK KARAMEL

Ini adalah antara kek karamel yang Sue buat sepanjang bulan january...lama sangat tak update blog...sibuk sikit...


































Checkered rainbow cake

Cubaan pertama Sue buat rainbow cake,tengok di blog azlita cantik sangat dia 'checkered'kan rainbow cake so Sue pon cubala...tapi tak menjadi secantik seperti yg dibuat oleh azlita...nanti kalau berkesempatan Sue nak buat lagi kek ni,sedap dan budak2 suka.



bahan2 untuk kek:
3 cawan tepung gandum
4 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 cawan butter~suhu bilik
2 cawan gula castor~sue guna 11/4 cawan saja
5 biji putih telur
2 tsp esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar
Sue guna pewarna pink,hijau,biru dan warna asal aje

Sediakan loyang 8 inci,gris dgn butter dan alas dgn baking paper
panaskan oven 170'C
Ayakkan tepung,baking powder dan garam~ketepikan
pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu~sehingga butter berubah kepada warna putih

campurkan putih telur dan pukul lagi sehingga gebu dan ringan
masukkan esen vanilla
low speed,masukkan tepung berselang seli dgn susu segar~boleh juga guna spatula dgn kaedah kaup balik

pastikan di mulakan dengan tepung dan di akhiri dgn tepung juga.

bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna
bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'C
bila kek dah masak sejukkan sebentar di atas redai kemudian baru terlangkupkan

sejukkan kek tetapi jangan lapiskan kek kerana ia nye akan melekat antara satu sama lain~sue lapiskan dgn kertas



dah siap proses membakar


Sue potong kek ni guna pemotong kek


proses melapis,sue guna fresh cream aje

Fresh cream frosting:
2 cawan non diary whip topping
1/2 cawan gula aising~ayak
1 tsp esen vanilla

siap dah ratakan cream diatas kek



decorate simple2 aje...



siap untuk di sejukkan kedalam peti dahulu


zahin tak sabar2 nak tengok kat dalam kek...


macam ni la kat dalam nyer...agak comot dan tak berapa cantik lapisan nye...lenkali sue nak buat lagi...






tiramisu simple

Sue buat tiramisu ni selepas balik dari opis,malam ni mak,ayah dan abang sekeluarga makan malam serta tidur dirumah Sue.Ini adalah percubaan kali pertama Sue buat tiramisu.Resepi Sue ambil dari Myresepi.



Sue guna biskut tiramisu atau sponge fingers ni,boleh juga jika nak gantikan dengan kek span.



tiramisu



yang ini bawa ke opis