Halaman

Ahad, 30 Disember 2012

cream puff jagung



sumber:http://myresepi.com


puff:


125gm self raising flour atau tepung gandum + 2 tsp baking powder

100gm butter

250ml air

1/2 tsp gula

3 biji telur


panaskan air,gula dan butter sehingga mendidih,masukkan tepung kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk dan sejukkan.

masukkan telur dan putar sehingga adunan sebati dan berkrim

masukkan adunan kedalam piping bag dan guna nozzle bentuk bintang

panaskan oven 220'C

spray puff dengan air~untuk membantu adunan naik

bakar sehingga 30 minit atau sehingga permukaan puff keperangan.

*suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna

*sebelum keluarkan puff dari oven,pastikan puff benar-benar masak~puff kelihatan ringan dan bahagian bawah nya tak melakat di dulang.

*jika puff dikeluarkan ketika ianya belum cukup masak,puff akan turun dan tidak berongga didalam nya.

gunting sedikit bahagian tepi puff dan paipkan inti jagung.




puff sebelum dibakar



puff yang sudah masak



bahan inti jagung:


1 cawan air

1/2 cawan susu cair~sue guna susu segar

1/2 cawan tepung kastard

5 tbsp gula

1 cawan jagung dalam tin


kacau tepung kastard dan air sehingga tepung larut

masukkan susu cair dan gula kacau sehingga naik wap

masukkan jagung~biarkan cream sejuk sebelum di masukkan kedalam puff


talam kastard jagung



sumber:yatiememories


loyang 10x10


bahan-bahan lapisan bawah:


1 1/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung jagung

1/2 cawan tepung kastard

1 cawan gula

1 cawan jagung krim manis

3 1/2 cawan santan

pewarna kuning

garam


satukan semua jenis tepung,masukkan garam,gula dan santan kacau sebati.

tapis adunan masak sehingga naik wap kemudian masukkan jagung dan gaul sebati.

sediakan kukusan

lapik loyang dengan plastik,sapukan dengan sedikit minyak

tuang adunan dan kukus selama 20 minit


bahan-bahan lapisan atas:


2 cawan santan pekat

1 cawan air pandan ~ kisar 3 helai daun pandan dengan 1 cawan air)

1 cawan tepung gandum

2 tbsp tepung jagung

1 tbsp tepung ubi

2 biji telur

2 tbsp gula pasir

secubit garam

pewarna hijau


blend semua bahan-bahan,tapiskan dan masak sehingga naik wap

gores sedikit permukaan lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan

kukus selama 20 minit lagi.

sejukkan sebelum di potong






Selasa, 25 Disember 2012

kek kastard keladi


sumber: http://ovenkecil.blogspot.com



pertama kali sue buat kek kastard ni...selalu makan yang perisa pandan warna hijau tu...yang ini 1st time sue rasa yang berperisa keladi...





bahan-bahan kek span keladi:


150gm tepung gandum~ayak

1 tsp baking powder~ayak

5 biji telur gred B

100gm gula kastor

1 tsp ovellette

50ml susu segar @ susu cair~sue guna susu segar

1 tsp esen vanilla

perisa keladi dan pewarna ungu

50ml minyak masak


masukkan semua bahan di atas kedalam mangkuk kecuali minyak.

putar maksimum speed selama 15minit atau sehingga adunan berkrim~sue putar selama 10 minit sahaja

masukkan minyak dengan kaedah kaup balik~kacau sebati.

gris dan alas dasar loyang dan tuangkan adunan kek.

bakar selama 30 minit dengan suhu 170'C (guna api atas dan bawah)

setelah kek masak,sisipkan pisau di tepi2 kek dan terbalikkan loyang keatas redai dan biarkan kek sejuk.


kek yang sudah dipotong kepada 3 bahagian.






bahan-bahan kastard:



1200ml santan atau susu cair~tak perlu santan pekat sangat...sue gunakan 2 kotak santan kecil (yang 200ml) campurkan dengan air.

1 cawan gula kastor~sue guna 1/2 cawan sahaja

10gm serbuk agar-agar.

100gm tepung hoen kwe yang warna putih

secubit garam

perisa keladi dan pewarna purle.



masukkan semua bahan kedalam periuk kacau sebati dan masak atas api perlahan dan masak sambil terus kacau adunan sehingga likat (guna whisk).matikan api...jangan terlalu likat nanti susah nak layerkan pada kek.


sediakan loyang,boleh lapik dasar loyang dengan plastik ~tujuan nya agar mudah nak keluarkan kek nanti.
(sue tak alas pon...).


tuang sedikit kastard,ratakan dan letak sekeping kek span.


tuang kastard lagi dan ratakan.


ulang proses sehingga selesai,akhir sekali ratakan keseluruhan kek dengan kastard dan hentak-hentakkan sedikit loyang untuk padatkan kastard tersebut.


biarkan kastard sejuk dan mengeras.


apabila kastard dah mengeras,regangkan tepi-tepi kastard perlahan-lahan dan terbalikkan kek.


kek ini sedap di makan sejuk.





kek yang baru dikeluarkan dari loyang


sue guna loyang 7x7 tu yang kek agak tebal...lain kali buat elok guna loyang 8x8



siap potong dahh...













Ahad, 23 Disember 2012

step by step blueberry cheesecake


BAHAN-BAHAN:


200gm biskut digestive~boleh juga guna biskut oreo,marie,tiger

80gm butter~dicairkan.


250gm cream cheese

130gm gula halus

15gm gelatin~sue biasa guna 1 1/2 tbsp

1 cawan air suam

2 tbsp jus lemon

blueberry filling


antara bahan-bahan yang digunakan


cara-cara nya:


kisar biskut dan campurkan dengan butter yang dicairkan.

masukkan ke dalam loyang,tekan biskut sehingga padat kemudian simpan loyang didalam peti sejuk.


dah siap seperti ni,masukkan kedalam peti sejuk sementara menyediakan cheesecake


masukkan gelatin kedalam air suam,kacau sehingga gelatin larut~ketepikan.


putar cream cheese dan gula sehingga berkrim.



masukkan gelatin dan jus lemon,putar sebati~ketepikan


di dalam mangkuk yang lain putar whipping cream sehingga kembang.


masukkan whipping cream kedalam mangkuk cheese tadi~putar sebati.


sue suka masukkan sedikit blueberry filling~dalam 2 tbsp (jika tak nak masukkan pon tak apa...)




sue dah masukkan blueberry filling~putar sedikit dan perlahan sahaja...

tuang adunan kedalam loyang yang ada biskut tadi.



masukkan kek ini kedalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam atau sehingga ianya mengeras...


apabila kek sudah mengeras,ratakan blueberry filling di atas permukaan kek


dah siap macam ni...boleh masukkan semula kek kedalam peti sejuk...nak keluarkan dari loyang pon dah boleh dah ni...



siap dahh...


yang ini dah siap packing dahh...


chilled strawberry cheesecake







chilled strawberry cheesecake...kek yang sedap dan mudah nak buat...



kek sebelum dihias







masukkan buah strawberry yang didadu





tuang kedalam loyang dan masukkan kedalam peti sejuk




bahan-bahan:



200gm biskut digestive~yang ini sue guna biskut oreo (buang inti dan kisar)

80gm butter~dicairkan.

250gm cream cheese

60gm gula halus

6 biji strawberry segar~dikisar

1 tsp strawberry emulco

6 biji strawberry segar~didadu

1 1/2 tbsp gelatin

125ml air suam~sue guna 1 cawan

200ml whipping cream


gaul biskut dan butter cair~isi dan padatkan kedalam loyang kemudian simpan didalam peti sejuk.


masukkan gelatin kedalam air suam~kacau rata hingga gelatin larut.


putar cream cheese dan gula sehingga berkrim,masukkan strawberry yang dikisar~putar sebati


masukkan strawberry emulco kemudian gelatin~kacau sebati.


dalam mangkuk yang lain,putar whipping cream


masukkan whipping cream kedalam mangkuk cheese~putar sebati


masukkan buah strawberry yang didadu tadi.


masukkan kedalam loyang dan masukkan kedalam peti sejuk selama 3 atau 4 jam atau sehingga kek mengeras.



yang ini sue hias dengan strawberry filling ajer sebab buah strawberry da habis...ni untuk dibawa ke putrajaya...tok makan2 family ajer...

ini tempahan dari kawan sue



yang ini ponn...




Khamis, 20 Disember 2012

step by step kek span coklat dan buttercream

Kek ni sue buat sempena majlis perkahwinan anak kawan di opis sue...


bahan-bahan:


150gm tepung gandum

3 tbsp serbuk koko

1 tsp baking powder

5 biji telur gred B

100gm gula kastor

1 tsp ovellette

50ml susu segar

1 tsp esen vanilla

2 tbsp coklat emulco

50ml butter cair


ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.

masukkan semua bahan kedalam mangkuk kecuali butter cair

putar maksimum speed sehingga adunan berkrim~dalam 10-12 minit

masukkan butter cair dengan kaedah kaup balik dan gaul sebati.

panaskan oven 170'C.

gris dan alas loyang~tuang kan adunan kek

bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak

setelah kek masak terbalikkan kek di atas redai dan biarkan ianya sejuk

keluarkan kek dari loyang setelah kek sejuk.




kek yang sudah dikeluarkan dari loyang.sue guna loyang bulat 8"

potong kek kepada 2 bahagian


sedia kan buttercream...


bahan-bahan buttercream:


400gm krimwell

600gm shortening

240gm gula aising~ayak

1 tsp esen vanilla


putar krimwell dan shortening ~ low speed selama 2 minit

masukkan gula aising~putar low speed selama 2 minit lagi

masukkan esen vanilla~kacau rata.



sue gunakan sedikit blueberry filling dibahagian tengah kek


letakkan 1 bahagian kek ke atas papan kek dan ratakan krim


ratakan blueberry filling pula...


letakkan 1 bahagian kek lagi...kemudian ratakan krim di permukaan kek


dah siap ratakan krim..


deco sikit di tepi kek...

lebihan buttercream tadi digunakan untuk buat bunga rose...sue buat 3 warna...

siap dah buat bunga nya...


tambahkan daun pulak...



siap...sue nak bawa pergi kenduri di raub ni...





masuk kotak dahh...buttercream ni ok...sue bawa dari kl ok ajer...


kek oreo n fondant


resepi yang sama sue pernah post kan sebelum ni...cuma yang ini sue tambahkan kismis dan kek ni sue kukus


bahan-bahan:


1 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

2 biji telur

1/2 cawan gula kastor

1/2 cawan margerin

1 tsp esen vanilla

100gm biskut oreo~buang inti dan kisar

1/2 cawan susu segar


ayak tepung gandum dan baking powder dan campurkan dengan biskut yang sudah dihancurkan~ketepikan

putar telur dan gula sehingga kembang

masukkan esen vanilla dan butter~putar sebati

masukkan tepung berselang seli dengan susu segar,putar sebati

panaskan kukusan.

gris dan alas loyang

kukus selama 45 minit.






sementara tunggu kek masak dan sejuk, sue buat persediaan untuk deco kek