Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

CHEESE BROWNIES


Sue ambil resepi ni dr myresepi,resepi asal brownies kukus tanpa cheese,Sue saje letak kan lapisan cheese sebab nak menghabiskan stok cream cheese.

Lenkali kalau buat brownies ni pastikan ianye sejuk dahulu baru keluarkn dari loyang,ni sue xtau..keluarkn semasa panas so lapisan cheese nye agak lembut.

Resepi cheese brownies:


4 biji telur
120gm gula halus~sue guna 100gm sahaja
170gm tepung gandum
30gm serbuk koko
200gm butter
200gm dark cooking chocolate


lapisan cream cheese:



250gm cream cheese
60gm gula kastor
1 biji telur
25ml air




cairkan coklat masakan secara kaedah double boil...bila dah cair masukkan butter kacau sehingga butter cair~sejukkan
 
ayak tepung gandum dan serbuk koko
pukul telur dan gula sehingga kembang
campurkan tepung dan serbuk koko~gaul sebati
masukkan coklat dan butter yang dicairkan tadi
panaskan kukusan
bahagikan adunan kepada 2 bahagian
gris loyang~sue gunakan loyang 7x7
tuang adunan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 15 minit.


lapisan cheese:




pukul semua bahan kecuali telur sehingga kembang
masukkan telur pukul sekejap sehingga telur sebati sahaja

apabila lapisan pertama brownies masak,tuangkan semua adunan cheese dan rata kan~kukus selama 15 minit


akhir sekali tuang baki adunan brownies juga kukus selama 15 minit lagi.
tunggu brownies sejuk dahulu baru keluarkn dari loyang.
boleh juga dihias dgn topping coklat di permukaan brownies,sue tak letak sebab stok coklat masakan dah habis...
untuk jiran
yang ni tok bawak ke opis