Halaman

Isnin, 27 Mei 2013

rainbow cake

SUMBER: http://kakzusemanisgula.blogspot.com


Pertama kali Sue buat rainbow kek ni...resepi dari blog kak zu..terima kaseh...sedap kek ni...lembut dan harum dengan bau lemon,nak buat nya agak mudah...cuma perlukan kesabaran untuk membakar kek..topping sue gunakan cheese.


BAHAN KEK:


300gm butter

1 tsp gliserin~pelembap kek

200gm gula kastor

5 biji telur

1 tsp ovelette

1 tbsp esen vanilla

280gm tepung superfine~ayak

1 tsp double action baking powder

20ml susu segar


Putar telur,gula dan ovelette sehingga kembang dan putih.

Di dalam mangkuk lain putar butter dan gliserin sehingga kembang dan gebu,masukkan tepung dan double action baking powder~putar sebati.

Satukan bahan butter dan adunan telur~putar sebati~sebentar sahaja..

Masukkan esen vanilla dan susu segar.

Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan tambahkan pewarna.

Bakar selama 15 minit,Sue guna suhu 180'C




kek yang telah selesai di bakar...tunggu sejuk dulu...




TOPPING PERTAMA :

~Sue guna resepi yang ni sebab kek ni sue buat untuk makan sendiri ajer...



370gm cheesecream

70gm gula aising

300gm non dairy whipping

100gm lemon filling



 

putar cheesecream dan gula aising sehingga cheese lembut

putar whipping cream sehingga kental

satuka cheese dan whipping cream

asingkan 1/3 daripada cream dan campurkan dengan lemon filling~untuk melapis kek...

cream selebih nya untuk hiasan kek.


****krim ini tidak tahan cuaca panas****



TOPPING KEDUA:


500gm creamcheese

250gm butter anchor

250gm gula aising~ayak


putar kesemua bahan sehingga lembut..





Selesai proses melapis kek...


Sue hias simple2 ajer sebab kek ni untuk makan keluarga ajer...kebetulan ada tetamu yang datang rumah...














Ahad, 26 Mei 2013

chocolate indulgance





SUMBER: KELAS MASAKAN CHEF YON


RESEPI DAN CARA NAK BUAT KEK NI ADA DI ENTRY YANG LEPAS....


kek buah buahan


Sumber: buku resepi


BAHAN KEK:


5 biji telur gred A

130gm tepung hong kong~ayak

150gm gula~sue guna 120gm sajer

80gm butter~di cairkan


putar telur dan gula sehingga kembang dan pekat


masukkan tepung hong kong~putar sebati


masukkan butter cair~putar sebati


gris dan alas loyang~sue guna loyang 8"


bakar selama 30 minit dengan suhu 180'C



CREAM:


250gm whipping cream

1 tsp esen vanilla


Putar whipping cream sehingga kental kemudian masukkan esen vanilla.



sediakan buah-buahan yang bersesuaian seperti buah peach,anggur,strawbery juga kiwi~sue hanya gunakan 3 jenis ni sebab ini sahaja yang ada...




potong kek kepada 2 bahagian


ratakan cream dan taburkan buah peach yang didadu







kek yang sudah siap di letakkan cream


russian black n white cake

sumber:naiz ismail~rakan fb


Bahan-bahan kek:


1 cawan serbuk koko~ayakkan..

1/2 cawan gula halus

1 cawan air panas

1/2 cawan susu cair~sue guna fresh milk

250gm butter

2 cawan gula perang

4 biji telur

2 tsp esen vanilla

2 cawan tepung gandum~ayak

2 tsp baking powder~ayak


satukan serbuk koko,gula halus dan air panas~kacau sedikit supaya tidak berketul~masak di atas api perlahan sehingga gula larut biarkan sejuk kemudian masukkan susu cair~kacau sebati dan ketepikan.


pukul butter dan gula perang sehingga kembang,masukkkan telur satu persatu seterus nya masukkan esen vanila.


Masukkan tepung berselang seli dengan adunan coklat tadi~kaup balik sehingga sebati.


Lengser dan alaskan loyang~tuang adunan


Bakar secara water bath dengan suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.


sejukkan kemudian potong kek kepada 3 bahagian.



bahan-bahan cream cheese frosting:


500gm cream cheese

250gm mascarpone~boleh digantikan dengan cream cheese kerana mascarpone agak mahal,tetapi jika guna mascarpone rasa nya lebih sedap.

100gm gula aising~ayak

1 tsp serbuk nescaffe


putar  cream cheese dan mascarpone sehingga lembut dan sebati


Masukkan gula aising dan serbuk nescaffe


Masukkan 1/2 adunan ke dalam piping bag,dan sejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.



bahan-bahan ganache untuk filling:


50ml whipping cream

200gm coklat compound~potong kecil2


panaskan whipping cream sehingga kelihatan berbuih ditepi2 periuk,tutup api masukkan coklat compound kacau sehingga coklat larut.


Masukkan dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit~sehingga ganache keras sedikit untuk memudahkan di paipkan ke atas kek nanti.



Bahan-bahan ganashe untuk kek:(buat ganashe ini selepas kek disejukkan~pastikan cream cheese telah mengeras)


100ml whipping cream

300gm coklat compound


panaskan whipping cream sehingga kelihatan berbuih ditepi periuk~tutup api dan masukkan coklat compound~kacau sehingga coklat larut sepenuh nya.



potong kek kepada 3 bahagian


paipkn cream cheese frosting berselang seli dengan ganache filling~rujuk entry sebelum ni..


lapiskan kek dan ulang proses yang sama sehingga selesai.



apabila dah siap,ratakan cream cheese dikeseluruhan kek..kemudian sejukkan didalam peti sejuk selama 1 jam



tuang ganashe sehingga rata



untuk hiasan bunga rose tu sue guna kan fresh cream.













kek aiskrim strawberry


SUMBER: MYRESEPI


Sue buat kek ini sempena hari guru,buat 2 biji...satu untuk diberi pada Taska/Tadika Taqwa...satu lagi untuk makan sendiri...





bahan-bahan untuk kek span coklat:

bahan A:

4 biji telur gred A (5 biji jika guna telur gred B)

120gm gula kastor

1 tbsp ovelette


bahan B:

80gm tepung gandum

20gm serbuk koko

20gm tepung jagung

1 tsp baking powder


bahan C:

65gm butter cair~sejukkan dahulu



Satukan semua bahan A,putar dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan putih~dalam 15 minit ~sue putar 12 minit.


Satukan semua bahan B,ayak 5X


Masukkan bahan B kedalam adunan telur~putar sebati~dalam2-3 minit.


Masukkan bahan C,putar sebati.


Gris loyang,taburkan sedikit tepung gandum~sue guna loyang 7"


Bakar selama 45 minit dengan suhu 170'C


Apabila sudah masak,keluarkan dan hentak kan loyang kek 2/3 kali...kemudian telangkupkan/terbalikkan loyang kek atas redai dalam 10 minit (proses yang sama seperti kek chiffon)


Lalukan pisau disekeliling kek~keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.



Bahan-bahan aiskrim:


3 biji kuning telur

150gm susu segar

30gm gula kastor

150gm pes strawberry~sue guna 1 tsp strawberry emulco dan 5 biji buah strawbery didadu kecil2)

300gm fresh cream


Masak kuning telur,susu segar dan gula kastor dengan api perlahan sehingga pekat~sejukkan

Putar fresh cream sehingga kental,masukkan bahan yang di masak tadi~putar sebati

Campurkan pes strawbery~putar sebati~simpan didalam peti sejuk sementara menunggu kek sejuk.



Potong kek kepada 3 bahagian..lapiskan dengan aiskrim


Apabila sudah siap,tutup loyang dengan plastik wrap dan sejukkan dalam freezer selama 3 jam atau semalaman.





Kek yang telah disejukkan dan dikeluar kan dari loyang~sue guna loyang untuk cheesecake (boleh di buka di bhgn dasar nya)



hiaskan kek dengan fresh cream






hias simple jer...cuma letak buah strawbery...


yang ini untuk nursery Atiqah...




Rabu, 8 Mei 2013

red velvet cheesecake




SUMBER: CHEF YON


Kek ini sue belajar ketika mengikuti kelas masakan oleh Chef Yon pada 12/1/2012...lama sangat dah..baru ni sue cuba buat...selain kek ini,Sue juga belajar buat chocolate indulgance cake.
kek ni mengunakan new york cheesecake,cheesecake ni kita kene sediakan terlebih dahulu dan di sejukkan sebab cheesecake ni sangat lembut.


bahan-bahan untuk new york cheesecake:


250gm cream cheese

50gm butter

100gm gula halus

2 biji telur gred A

2 Tbsp tepung jagung

1 tsp parutan kulit lemon

1 tsp esen vanilla

1/2 cawan sour cream~atau boleh juga gantikan dengan 1/2 cawan anchor cream dicampurkan dengan 1/2 tbsp jus lemon...tapi Sue tak ada stok sour cream atau pon anchor cream jadi Sue gantikan dengan plain yogurt sahaja...

1/2 cawan whipping cream~tak perlu diputar.



putar cream cheese dan gula sehingga berkrim,masukkan telur~putar sebati


masukkan parutan kulit lemon,esen vanilla dan tepung jagung


masukkan sour cream dan whipping cream.


tuangkan kedalam loyang~sue alas loyang dengan aluminium foil sebab pertama kali sue buat kek ni...jd sue tak tau keadaan tekstur nya...chef yon kata cheesecake ni sangat lembut.


bakar secara water bath selama 1 jam 15 minit dengan suhu 150'C


sejukkan kek sebelum di gunakan...sue letak dalam peti sejuk sementara buatkan red velvet cake.




bahan-bahan untuk red velvet cake:


190gm butter


250gm gula


3 biji telur gred A


1 tsp esen vanilla


1 tsp baking soda


2 tbsp cuka masakan~boleh gantikan dengan cuka epal


1 tsp baking powder


310gm tepung kek/superfine~jangan guna self raising flour


1 cawan butter milk~1 cawan fresh milk + 1 tbsp jus lemon


1 tbsp pewarna merah~sue guna 1/2 tbsp sahaja


2 tbsp serbuk koko.



satukan tepung gandum,baking powder dan serbuk koko~ayak~ketepikan.


sediakan buttermilk~masukkan susu segar kedalam mangkuk dan tuangkan jus lemon~tak perlu dikacau~


putar butter dan gula sehingga berkrim masukkan telur satu persatu sambil terus putar sehingga kembang.


campurkan buttermilk dengan pewarna merah dan esen vanilla


masukkan tepung ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk


putar sebati.


campurkan baking soda dengan cuka dan tuangkan kedalam adunan kek dan putar sebati.


gris dan alas loyang~sue guna loyang 9 inci


bakar selama 1 jam dengan suhu 150'C


sejukkan kek dan potong kepada 3 bahagian.




cheesecake yang sudah masak...ketika panas tekstur nye amat lembut...



sapukan cheese cream keatas lapisan pertama kek dan letak perlahan-lahan cheesecake


bahan-bahan cheese cream:


375gm cream cheese

70gm gula aising~ayak

1 tsp esen vanilla~sue juga tambahkan jus lemon

150gm butter~sue guna jenama scs


putar cream cheese dan butter sehingga sebati


masukkan gula aising~putar sebati


masukkan esen vanilla dan jus lemon



dah siap letak lapisan cheesecake,selepas ni sapukan sedikit cream cheese dan lapiskan lagi dengan kek.

sapu dan ratakan cream cheese






Sue deco simple2 ajer...kek birthday ni...kek ni pertama kali sue buat tapi sue tak rasa pon...





Selasa, 7 Mei 2013

tart nenas nyonya


SUMBER: http://www.tiffinbiru.com  resepi asal dari kak jee (Puan Fauziah Abdul Samad)


bahan-bahan:


300gm tepung gandum

4 tbsp tepung jagung

2 tbsp gula aising~ayak

200gm mentega~sue guna jenama scs

1/2 tsp esen vanilla

2 kuning telur~boleh di campurkan dengan sedikit pewarna kuning

sedikit garam halus

jem nenas secukupnya



gaul rata tepung gandum,tepung jagung,gula aising dan garam halus.


masukkan mentega~gaul~menjadi seperti serbuk roti


masukkan esen vanilla kedalam kuning telur.


masukkan kuning telur sedikit demi sedikit kedalam tepung gaul rata sehingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk..~(tak perlu habiskan kuning telur )


rehatkan doh sebentar


canai doh antara 2 lapisan plastik bersih,ketebalan dalam 1/2cm


terap dan susun di atas loyang yang telah di gris


letakkan inti jem nenas


bakar selama 20-25 minit dengan suhu 175'C









sebelum letak jem nenas


Sue guna jem nenas yang kurang manis

 


Dah siap sedia nak masuk oven..

Siap bakar dah...