Halaman

Ahad, 20 Julai 2014

biskut dam

Sumber:blog citarasawan

Semalam su buat biskut dam ni...biskut kegemaran sejak dulu lg....nak buat biskut ni tak susah cuma perlukan sedikit kesabaran..terima kasih pada kak wan yang sudi berkongsi resepi dan cara-cara untuk buat biskut ini...


Bahan doh vanilla:

500gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
380gm butter
150gm gula aising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanilla


Bahan doh coklat:

480gm tepung gandum
50gm susu tepung
30gm serbuk koko
380gm butter
100gm gula aising
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla

*su buat 1/2 dari adunan diatas*

Untuk doh vanilla,putar butter dan gula aising sehingga berkrim
Masukkan kuning telur dan esen vanilla
Masukkan tepung dan susu tepung,gaul sebati sehingga menjadi doh...rehatkan doh selama 15 minit.


Untuk doh coklat,putar butter dan gula aising sehingga berkrim
Masukkan kuning telur dan esen vanilla...(su tambah sedikit coklat emulco)
Masukkan tepung,susu tepung dan serbuk koko,gaul sebati sehingga menjadi doh dan rehatkan doh selama 15 minit.

Canai doh vanilla tebal 1cm,lebar 5" dan panjang 6"...sue canai diatas alas untuk mencanai dan membentuk fondant...ia lebih mudah kerana ada ukuran dipermukaannya
Akan dapat 3 keping doh.
Buat yang sama juga untuk doh coklat.
Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam...

Susun 3 yang berlainan...coklat...vanilla dan coklat...juga vanilla..coklat dan vanilla.

Buat ukuran 1cm...akan dapat 10 bahagian...
Susun bertindih berselang warna
Bungkus dengan plastik dan simpan sebentar didalam peti sejuk...
Potong setebal 1cm...gris loyang dan susun biskut.
Bakar selama 25 minit dengan suhu 140'C.


Selasa, 8 Julai 2014

semperit


Sumber:my-resepi.blogspot.com


3/4 cawan butter
1/2 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
1 cawan tepung ganfum-ayak
2 cawan tepung kastard-ayak

Putar butter dan dan gula sehingga gula hancur
Campurkan kuning telur
Masukkan esen vanilla
Masukkan bahan ayak
Acuan semperit...dan...bakar selama 15 minit dengan suhu 180'C.

aneka kek

Kek span coklat dengan hiasan whipping cream

Russian black n white cake dan indul.choc cake
Choc ind.cake
Kek span coklat 
Choc cheese moist cake
Choc cheese moist cake
Red velvet cheese cake
Kek karamel
Kek span coklat dan whipping cream
red velvet cake

kek coklat moist


Sumber:chef norzailina

3 biji telur gred A
1/2 tsp esen vanilla


Bahan A:

140gm gula perang
250ml susu coklat
250ml minyak
50gm serbuk koko
150gm susu pekat


Bahan B:(bahan ayak)

150gm tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat


Masak semua bahan A dengan api perlahan-sebati dan larut- sejukkan.

Putar telur sehingga kembang-masukkan esen vanilla.

Tuang bahan B berselang seli dengan bahan A-putar sebati.

Alas dan lengser loyang.

Sediakan kukusan.

Tuang adunan kedalam loyang...ratakan...tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus dengan api sederhana selamam 1 jam.

Sejukkan.


Topping coklat:

250gm coklat masakan (potong kecil)
3 tbsp whipping cream
3 tbsp butter

Masak semua bahan di atas dengan kaedah double boiler...sejukkan seketika sebelum dituang ke atas kek.

Untuk kek yang ini...su hias dengan whipping cream...




butter cake


Sumber:kongsiresepi fb



250gm pure butter~su guna scs
250gm tepung naik sendiri
180gm gula kastor~su guna 150gm
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
Sedikit esen vanilla


Putar butter dan gula sehingga kembang dan putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung berselang seli demgan susu segar
Putar sebati
Gris loyang...su guna loyang bulat 8"
Bakar selama 40-45 minit dengan suhu 180'C.

kuih bakar daging

Sumber:blog kak jee (fauziah abdul samad)

250gm daging~cincang atau potong kecil-kecil
1 biji bawang besar~potong dadu
1 1/2 sudu rempah kari daging
Garam secukup rasa.

Tumis bawang sehingga wangi...masukkan rempah kari...masukkan daging...garam...masak sehingga agak kering...
Sejukkan...

5 biji telur
3 cawan santan cair @ susu segar~su guna 1 kotak kecil santan.
3 cawan air
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Putar telur sehingga kembang
Masukkan santan cair dan air
Masukkan tepung gandum
Putar sehingga sebati
Masukkan garam dan sedikit pewarna kuning.

Panaskan oven 180'C...

Panaskan 1 sudu teh margerin...su guna butter sebab tak ada margerin...kecilkan api....tuang perlahan-lahan adunan tepung sehingga 3/4 paras acuan...biarkan sekejap...dalam 1 minit
Letakkan inti daging dibahagian tengah acuan dulu...kemudian disetiap disetiap lekuk acuan...apabila nampak garing di tepi-tepi kuih...masukkan kedalam oven guna api atas sahaja selama 15-20 minit.
Keluarkan kuih dari acuan ketika kuih masih panas.