Halaman

Khamis, 19 September 2013

CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE




SUMBER: BLOG KAK ZU... http://kakzusemanisgula.blogspot.com


salah satu kek yang menjadi kegemaran sue...sedap..x manis sangat...terima kasih pada kak zu yang sudi berkongsi resepi ni...


~guna loyang 8' atau 9'~loyang yang boleh dibuka di bawah nyer...

untuk kek di atas,sue guna loyang empat segi saiz 7'...jadi kek ni agak tebal...seelok-elok nya guna loyang bersaiz 8 atau 9 inci.


bahan lapisan bawah:


180gm biskut tiger

110gm butter


cairkan butter~sejukkan.

hancurkan biskut~campurkan dengan butter.

masukkan kedalam loyang dan tekan padat.

simpan didalam peti sejuk.


bahan lapisan atas:


250gm cream cheese~suhu bilik.

120gm gula kastor

150gm UHT whipping cream

1 tbsp gelatin

60ml air panas~masukkan gelatin~kacau sehingga gelatin larut dan sebati.


putar cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.

masukkan whipping cream~putar sebati.

masukkan gelatin~putar sebati.

tuang adunan keatas base biskut tadi.

sejukkan selama 1 jam atau sehingga ia mengeras.



bahan lapisan chocolate mousse:


300gm whipping cream~non-diary whipping cream~rich gold.

1 tbsp gelatin~capurkan dengan 60ml air panas.

50gm serbuk koko.

100gm gula aising.

1/2 cawan air suam.

1 tbsp nescaffe~campurkan dengan 1 1/2 tbsp air panas.


campurkan serbuk koko,gula aising dan air suam~kacau sebati~ketepikan.

putar whipping cream sehingga soft peak.

masukkan semua bahan dengan kaedah kaup balik~kacau sebati.

tuang adunan keatas lapisan cheese tadi.

sejukkan di dalam peti sejuk sehingga mousse keras~8jam atau semalaman.



bahan chocolate ganache:


300gm coklat masakan.

220gm UHT whipping cream.



masak secara double-boiler

tuang di atas mousse yang sudah keras.

untuk hiasan di atas kek...masukkan chocolate ganache ke dalam piping beg,sejukkan sebentar~sehingga kekerasan yang di ingini~hias pada kek.










Rabu, 18 September 2013

KUIH LAPIS





SUMBER:MAI SHARE RESEPI



2 CAWAN TEPUNG BERAS

1 CAWAN TEPUNG GANDUM

SEDIKIT GARAM

1 1/2 CAWAN GULA

1 BIJI TELUR

2 CAWAN SANTAN PEKAT

2 CAWAN AIR

SEDIKIT MINYAK~UNTUK DI SAPU PADA LOYANG

PEWARNA PINK DAN ESEN ROSE



SEDIAKAN KUKUSAN.

CAMPURKAN SEMUA BAHAN KECUALI PEWARNA

PUTAR SEBATI SEHINGGA GULA HANCUR DAN ADUNAN TIDAK BERKETUL.

TAPIS DAN BAHAGIKAN KEPADA 2 BAHAGIAN.

SATU BAHAGIAN DICAMPURKAN DENGAN PEWARNA PINK DAN ESEN ROSE.

SAPU LOYANG DENGAN DENGAN MINYAK.

KUKUS LAPISAN MERAH 5 MINIT.

KUKUS PULA LAPISAN PUTIH SELAMA 5 MINIT...ULANG PROSES SEHINGGA HABIS.

UNTUK LAPISAN TERAKHIR KUKU SELAMA 25 MINIT

SEJUKKAN...

POTONG DENGAN PISAU PLASTIK...





ROTI GEBU



SUMBER: MAI SHARE RESEPI DI FB



3 CAWAN TEPUNG HIGH PROTIEN

2 TBSP SUSU TEPUNG

1/4 CAWAN GULA KASTOR

2 TBSP BUTTER ATAU MARGERIN

1 CAWAN AIR SUAM~DICAMPURKAN DENGAN SEDIKIT PEWARNA KUNING (JIKA SUKA)~UNTUK ROTI DI ATAS SUE TAK CAMPURKAN PEWARNA...

2 TSP YIS SEGERA

SEDIKIT ESEN VANILLA


SATUKAN TEPUNG,SUSU TEPUNG DAN GULA~GAUL RATA.

MASUKKAN BUTTER~GAUL SEHINGGA MENJADI SEPERTI SERBUK ROTI.

BUAT LUBANG DI TENGAH-TENGAH...MASUKKAN AIR SUAM,YIS DAN ESEN VANILLA.

GAUL RATA DAN ULI SELAMA 10-15 MINIT.

**JIKA PERLU BOLEH DITAMBAH SEDIKIT TEPUNG ATAU AIR***

BULATKAN DOH...SAPU SEDIKIT MINYAK DI BAHAGIAN LUAR NYA...

MASUKKAN DOH KEDALAM BEKAS DAN TUTUP...

REHATKAN DOH SELAMA 1 JAM ATAU SEHINGGA DOH NAIK DAN MENGEMBANG SEKALI GANDA.

TUMBUK DOH...BENTUKKAN MENGIKUT CITARASA SENDIRI...BOLEH JUGA DI MASUKKAN INTI...UNTUK KALI INI SUE GUNA INTI KENTANG CAMPUR AYAM DAN INTI KAYA...

SETELAH SELESAI...REHATKAN SELAMA 1/2 JAM SEBELUM DI BAKAR.

BAKAR SELAMA 15-20 MINIT DENGAN SUHU 180'C

SETELAH ROTI MASAK,SAPUKAN SEDIKIT BUTTER DI PERMUKAAN ROTI.





SNOW CHEESECAKE




sumber: myresepi





bahan-bahan kek:



100gm gula halus

2 tbsp ovelette

6 biji telur~buang 2 putih nya

100gm tepung hong kong~sue tak ada stok tepung hong kong jadi sue gantikan dengan self raising flour sahaja.

60gm tepung jagung

50gm air sejuk~air dari peti ais

1 tsp baking powder

1 tsp esen vanilla

75gm butter~dicairkan



putar kesemua bahan diatas kecuali butter cair dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.

masukkan butter cair dan putar sehingga sebati.

gris dan alas loyang.

bakar guna api atas dan bawah selama 45minit sehingga 1 jam dengan suhu 150'C.

sejukkan dan potong kek kepada 2 bahagian.


****untuk kek ini,sue bahagikan adunan kepada 2 bahagian,satu bahagian biarkan warna asal...satu bahagian lagi sue campurkan dengan pewarna pink dan strawberry emulco.sue guna loyang 9 inci dan bakar selama 30 minit..sejukkan kek dan potong dengan cutter bulat...susun dan lapiskan kek dengan cream cheese.***




cream:



1 kotak cream cheese philadelphia


1/2 tin susu pekat manis



putar kedua-dua bahan sehingga tak berketul.



sapukan cream dikeseluruhan kek.



topping:



1/2 kotak kraft cheddar cheese



parutkan ketika cheese masih keras.


taburkan cheese dikeseluruhan kek.


sejukkan selama 1 sehingga 2 jam sebelum di potong.











asam pedas



sumber: blog azlita aziz (kak ita)...resepi dari blog bro rozzan...



1/2 kg ikan duri/ikan tenggiri...sue guna ikan parang


1/2 tbsp pes asam jawa(campurkan dgn 1 cawan air)


1 1/2 cawan air

1 biji tomato

1 batang terung~belah dua...hiris

5 biji kacang bendi

1 tangkai bunga kantan

garam dan gula secukup rasa

minyak masak untuk menumis



bahan2 kisar:


1/2 biji bawang besar

3 biji bawang merah

5 tangkai cili kering

1/2 inci halia

1/2 tbsp jintan manis

1/2 tsp lada hitam

2cm kunyit hidup atau 1 tsp serbuk kunyit

3 ulas bawang putih



bahan tumis:



1/2 biji bawang besar~dihiris


1/4 tsp biji sawi


1/4 tsp halba


4 tangkai daun kari



panaskan minyak...tumis bahan tumis sehingga naik bau dan bawang besar kelihatan layu.


masukkan bahan kisar...masak sehingga garing dan wangi.


masukkan air asam jawa...masak sehingga naik minyak.


masukkan ikan,bunga kantan dan air~kacau rata..


masukkan garam..gula..terung dan bendi.


tutup dan biarkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat..masukkan tomato,biarkan sebentar dan tutup api.

Ahad, 8 September 2013

butter cake



sumber: resepi dari mak...


butter cake yang mudah dan mengunakan bahan-bahan yang simple...



4 biji telur

1 cawan gula

1 cawan butter

2 cawan tepung

1 tsp esen vanilla

pewarna dan perisa~jika suka...


putar telur dan gula sehingga kembang..

masukkan butter~putar sebentar sahaja

masukkan tepung~putar sehingga sebati..

griskan dan alas loyang 7"

bakar selama 40-1 jam dengan suhu 180'c~suhu dan masa masak bergantung kepada oven masing-masing.










roti jala


sumber: mai share recepi fb


1 kg tepung gandum

4 biji telur

1600ml air

1 tsp garam

2 tbsp marjerin

sedikit pewarna


***sue buat 250gm tepung sahaja...dapat dalam 20 keping roti jala..


blend semua bahan dan tapis.





sue guna pewarna kuning dan hijau...


kuih lapis



resepi dari mai share recepi di fb...



bahan-bahan:


2 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

sedikit garam

1 1/2 cawan gula

1 biji telur

2 cawan santan pekat

2 cawan air

sedikit minyak~untuk disapukan pada loyang

pewarna merah~sue guna pewarna pink dan esen rose.

***sue hanya buat separuh dari adunan di atas~sue guna loyang 6"***



sediakan kukusan...guna api sederhana sahaja...

campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali pewarna merah.

kacau sehingga sebati dan gula hancur...sue guna whisk sahaja..

tapis...dan bahagikan kepada 2 bahagian..

satu bahagian campurkan dengan pewarna merah dan sedikit esen rose

satu bahagian lagi warna asal..

sapukan loyang dengan minyak

kukus setiap lapisan selama 5 minit...untuk lapisan terakhir,kukus selama

25minit.