Halaman

Rabu, 18 September 2013

SNOW CHEESECAKE




sumber: myresepi





bahan-bahan kek:



100gm gula halus

2 tbsp ovelette

6 biji telur~buang 2 putih nya

100gm tepung hong kong~sue tak ada stok tepung hong kong jadi sue gantikan dengan self raising flour sahaja.

60gm tepung jagung

50gm air sejuk~air dari peti ais

1 tsp baking powder

1 tsp esen vanilla

75gm butter~dicairkan



putar kesemua bahan diatas kecuali butter cair dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.

masukkan butter cair dan putar sehingga sebati.

gris dan alas loyang.

bakar guna api atas dan bawah selama 45minit sehingga 1 jam dengan suhu 150'C.

sejukkan dan potong kek kepada 2 bahagian.


****untuk kek ini,sue bahagikan adunan kepada 2 bahagian,satu bahagian biarkan warna asal...satu bahagian lagi sue campurkan dengan pewarna pink dan strawberry emulco.sue guna loyang 9 inci dan bakar selama 30 minit..sejukkan kek dan potong dengan cutter bulat...susun dan lapiskan kek dengan cream cheese.***




cream:



1 kotak cream cheese philadelphia


1/2 tin susu pekat manis



putar kedua-dua bahan sehingga tak berketul.



sapukan cream dikeseluruhan kek.



topping:



1/2 kotak kraft cheddar cheese



parutkan ketika cheese masih keras.


taburkan cheese dikeseluruhan kek.


sejukkan selama 1 sehingga 2 jam sebelum di potong.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan