Halaman

Sabtu, 25 Oktober 2014

red velvet cupcakes


sumber:blog kakzu


 bahan-bahan:


5 biji telur
370gm gula kastor
250gm butter
340gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1 cawan buttermilk~1 cawan susu segar dicampur dengan 1 tbsp jus lemon (tak perlu dikacau)
4 tbsp pewarna merah~bright red
1 tsp baking powder
1 tsp cuka makan


ayak tepung dan serbuk koko.

sediakan buttermilk.

putar butter dan gula sehingga kembang dan gebu.

masukkan telur sebiji demi sebiji~telur dipukul sedikit supaya kek halus) 

masukkan pewarna merah kedalam buttermilk. 

campurkan tepung berselang seli dengan buttermilk.

campurkan baking powder dengan cuka makan~kacau sebati.

masukkan campuran cuka kedalam adunan kek~putar sebati.

panaskan oven dengan suhu 180'C.

masukkan adunan kek kedalam bekas cupcakes.

bakar selama 30 minit.



bahan untuk cream cheese:


250gm cream cheese
130gm gula aising~ayak
130gm butter~gunakan butter high quality untuk rasa yang lebih sedap
1 tsp jus lemon~jika suka


putar semua bahan sehingga sebati~tak perlu putar lama.
hiaskan di atas kek.




 

KEK SPAN COKLAT

KEK SEMPENA JAMUAN RAYA DI TASKA TAQWA


BAHAN A:


4 BIJI TELUR GRED A

120GM GULA KASTOR

1 TBSP OVELETTE


PUTAR SEMUA BAHAN SEHINGGA KEMBANG DAN PUTIH~PUTAR SELAMA 12-15 MINIT.



BAHAN B:


80GM TEPUNG GANDUM

20GM SERBUK KOKO

20GM TEPUNG JAGUNG

1 TSP BAKING POWDER


SATUKAN SEMUA BAHAN,AYAK 5 KALI.



BAHAN C:


65GM BUTTER~DICAIRKAN DAN DIBIARKAN SEJUK.


MASUKKAN BAHAN A KEDALAM BAHAN B,PUTAR SEBATI SELAMA 2 MINIT.

MASUKKAN BAHAN C~PUTAR SEBATI.

GRIS LOYANG,TABURKAN SEDIKIT TEPUNG GANDUM DAN RATAKAN DI KESELURUHAN LOYANG.

SUE GUNA LOYANG 8".

BAKAR SELAMA 45 MINIT DENGAN SUHU 170'C.

APABILA SUDAH MASAK,KELUARKAN LOYANG DARI OVEN DAN HENTAK-HENTAKKAN LOYANG 2@3 KALI.

TERLANGKUPKAN LOYANG DI ATAS REDAI,BIARKAN 10 MINIT

LALUKAN PISAU DISEKELILING KEK,KEMUDIAN KELUARKAN KEK.

SEJUKKAN KEK SEBELUM DIHIAS.

KEK DIPOTONG KEPADA 2 BAHAGIAN,LAPISKAN DENGAN CREAM.

HIAS KEK DENGAN CREAM.



UNTUK HIASAN,SUE GUNA NON-DIARY WHIPPING CREAM.

HIASAN PULA,ATIQAH YANG PILIHKAN...NAK ITIK LA...NAK LION...NAK KOLAM DAN POKOK JUGA...KEK DAH JADI MACAM ZOO...

ATIQAH HUDA CERIA SEBELUM KE NURSERY...

SELAIN DARI KEK INI,SUE JUGA BUATKAN CUPCAKES RED VELVET.


RESEPI DI ENTRY BERIKUT NYA...

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

BAHAN-BAHAN:


200GM BISKUT DIGESTIVE

80GM BUTTER CAIR


HANCURKAN BISKUT,CAMPURKAN DENGAN BUTTER CAIR DAN PADATKAN KEDALAM LOYANG.

SIMPAN DIDALAM PETI SEJUK.


250GM CREAM CHEESE

60GM GULA HALUS

1 1/2 TBSP SERBUK GELATIN HALAL

1 CAWAN AIR SUAM

1 TBSP JUS LEMON

200ML WHIPPING CREAM


BLUEBERRY FILLING




LARUTKAN GELATIN DIDALAM AIR SUAM~KETEPIKAN.

PUTAR CREAM CHEESE DAN GULA HALUS SEHINGGA SEBATI.

PUTAR WHIPPING CREAM SEHINGGA KEMBANG.

SATUKAN KEDUA-DUA BAHAN~SEBATI.

MASUKKAN LARUTAN GELATIN~KACAU SEBATI.

MASUKKAN JUS LEMON.

MASUKKAN 3 TBSP BLUEBERRY FILLING~KACAU PERLAHAN SAHAJA.

TUANG ADUNAN KEDALAM LOYANG YANG ADA BISKUT TADI.

SIMPAN DIDALAM PETI SEJUK SELAMA 3-4 JAM.

BILA DAH KERAS,RATAKAN SEDIKIT BLUEBERRY FILLING DI ATAS KEK.

SEDAP DIMAKAN KETIKA KEK SEJUK.

CREAM PUFF

Sumber:kongsiresepi

bahan-bahan:

125gm butter
1 cawan air (250ml)~boleh dicampurkan dengan susu segar jika suka.
150gm tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tbsp gula kastor*
secubit garam halus
4 biji telur.
 1 tsp esen vanilla.

ayak bahan yang bertanda*

masukkan butter dan air kedalam periuk,masak sehingga mendidih.

masukkan bahan ayak,kacau cepat-cepat sehingga adunan tak melekat di dasar dan di sekeliling periuk,matikan api dan masukkan adunan tepung kedalam mixer.

putar adunan tepung tepung dengan kelajuan sederhana sehingga ia suam.

masukkan telur satu demi satu,putar sedikit dulu telur tu.

masukkan esen vanilla.

putar adunan dengan kelajuan maksima sehingga adunan kelihatan berkilat dan pekat.

alas loyang dengan kertas.

paipkan aduna puff.

panaskan oven.

spray puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.

bakar selama 20-25 minit dengan suhu 200'C. dengan api atas dan bawah.

puff yang menjadi akan ringan dan berongga di bahagian dalam.


bahan untuk filling kastard:


6 tbsp tepung kastard
6 tbsp gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
90gm butter
2 tsp esen vanilla


larutkan tepung kastard bersama gula dan susu segar

masak dengan api perlahan sehingga sedikit pekat

masukkan butter

sebelum matikan api,masukkan esen vanilla


gunting sedikit dibahagian tepi puff,paipkan filling.









biskut semperit


sumber:kongsi resepi


bahan-bahan:


250gm butter
50gm gula aising
1 penutup esen rose atau vanilla
300gm tepung kastard
2 tbsp tepung jagung
1 tsp kuning telur


gaul butter dan gula aising sehingga sebati~gaul sebentar sahaja.

masukkan kuning telur dan esen rose.

masukkan tepung kastard dan tepung jagung sebatikan sehingga menjadi doh.

terap adunan  hiaskan dengan ceri.

panaskan oven.

bakar selama 10-15 minit dengan suhu 170'C. 

tart landak


 sumber:myresepi


bahan-bahan:


300gm tepung gandum*
4 tbsp tepung jagung*
3 tbsp gula aising*
200gm butter~campurkan dengan secubit garam jika menggunakan unsalted butter.
2 kuning telur.
jem nenas secukupnya.


ayak bahan yang bertanda *

campurkan bahan ayak dengan butter~ramas guna hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.

campurkan kuning telur gaul sehingga menjadi doh.

bulatkan~masukkan inti jem nenas,bentukkan dan gunting dengan gunting yang kecil.

sapukan dengan kuning telur yang dicampurkan dengan sedikit air dan pewarna kuning.

bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180'C.
 
 

puteri ayu

sumber:myresepi


bahan-bahan:

5 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula~sue guna 280gm
2 tbsp ovelette
1 tsp baking powder
250ml santan
pewarna hijau
2 tsp pes pandan
kelapa parut putih secukupnya~digaul dengan sedikit garam halus dan tepung ubi.


cara-cara:


panaskan kukusan.

putar telur,gula dan ovelette sehingga kembang dan gebu.

masukkan santan,tepung gandum,baking powder dan pes pandan.

kacau sebati kemudian campurkan pewarna.

sapu sedikit minyak pada acuan,masukkan kelapa di dasar acuan dan tekan.

masukkan adunan dan kukus selama 5 minit.

setelah masak,sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.