Halaman

Rabu, 24 November 2010

AGAR-AGAR SANTAN


Dah pernah post resepi sebelum nih..guna bahan2 yg simple jer..

serbuk agar-agar
air
3 helai daun pandan
gula
1 kotak kecil santan (200ml)
2 biji telur
1 tsp garam

BUBUR NASI


Balik kerja semalam cuma masak bubur nasi je..abah tak berapa sihat,so Sue cuma masak bubur nasi ni dan agar-agar santan.
Simple jer..tumis bawang,letak ayam,ubi kentang dan karot.

yang ni pulak agar-agar santan.

Isnin, 22 November 2010

ROTI


Buat roti ni ari sabtu lepas,pagi pergi breakfast dan shopping di giant bt caves.Lepas zohur baru buat roti ni.Roti yang sedap dan simple.
Resepi dah pernah post sebelum ni.


Bahan-bahan:

600gm tepung roti
120gm gula halus
1 tsp garam
2 tbsp susu tepung (opptional)
5 tsp yis segera (1 paket)
1 biji telur
250ml air
60gm butter
Su tambah 1 tsp bread softner

Campur semua bahan dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Rehatkan doh selama 45minit-1jam
Bentukkan doh dan isikan inti/filling
Rehatkan doh lagi selama 45minit-1jam
Bakar 180'C selama 15 minit.




Roti sosej



yang ni inti kaya




Roti ni berintikan blueberry



Yang ini pulak Sue cuma sapukan butter dan taburkan brown sugar dipermukaannya.

Rabu, 17 November 2010

BUTTER CHEESE CAKE


Buat kek ni petang raye,balik keje terus buat..nak bawak ke putrajaya..nak pegi sana lepas isyak nanti.Resepi dari Chef Norzailina
kek ni sedap dan lembut...serta harum dengan bau cheese.

Bahan-bahan:

170gm mentega
125gm krim keju
250gm gula kastor (200gm jer)
5 biji kuning telur
210gm tepung gandum
11/2 tsp serbuk penaik
2 tsp esen vanilla
5 biji putih telur
1/8 tsp garam

Ayak tepung dan serbuk penaik.
Putar butter dan krim keju sehingga kembang dan pucat warnanya.
Campurkan gula sedikit demi sedikit sambil terus pukul
Kemudian campurkan kuning telur sebiji demi sebiji,putar sehingga sebati.
Campurkan tepung sedikit demi sedikit-putar perlahan.
Letak esen vanilla.
Dalam mangkuk yg lain,pukul putih telur sehingga berbuih.
Kemudian campurkan garam dan putar sehingga kental.
Campurkan sedikit demi sedikit adunan putih telur kedalam adunan butter tadi.
Bakar 170'C selama 1 jam atau sehingga masak.
Biar atas redai 10 minit sebelum keluarkan kek dari loyang.

KUIH TIRAM


Terasa nak makan kuih tiram ni..so buat pd ari ahad.Resepi ambil dr myresepi.

Bahan-bahan:

500gm tepung gandum
1 biji telur
2 tbsp margerin
sedikit garam
160ml air
6 tbsp tepung jagung
6 tbsp minyak masak

Satukan tepung jagung dan minyak masak-ketepikan
Campur semua bahan yg lain uli sehingga menjadi doh.


KUIH BAKAR LABU



Bahan-bahan:

5 biji telur
200ml air
300ml pati santan (su guna santan kotak 200ml + 100ml air)
200gm tepung gandum
180gm gula halus (su guna 150gm shj)
1/2 tsp garam
1 tsp esen vanilla
450gm labu manis-dikukus dan dilecek halus

Satukan semua bahan kecuali labu
kacau hingga sebati dan gula hancur
tapis adunan
Campurkan labu dan kacau rata sehingga sebati
bakar 200'C selama 40 minit
sejukkan dahulu baru potong



Rabu, 20 Oktober 2010

MEE UDANG @ KUALA SEPETANG


Teringin nak makan mee udang di kuala sepetang,so petang hari raya ketiga Su sekeluarga pergi cari..nasib laa ade beberapa kedai yang buka..pelanggan pon ramai jugak...sedap dan puas hati laa..udang besar dan segar.Makan di restoran Mak Jah,sepinggan RM11.00 jer.



Zahin makan mee goreng udang.



Rusyaidi pulak makan nasi goreng udang.

Menjamu selera...



Dah siap makan,budak2 sempat bermain di atas sampan yang terletak dihadapan restoran.

AGAR-AGAR SANTAN



Buat agar-agar ni utk bawak balik kampung.Buah kat kebun mak masih ada so bawa mak,ruby dan yong satu family balik kampung.


Resepi:

1 paket agar-agar
air (ikut sukatan)
4 helai daun pandan
1 cawan santan
2 biji telur
1 tsp garam
pewarna
gula

KEK LAPIS KELAPA PANDAN


BAHAN-BAHAN:

250GM BUTTER
125GM TEPUNG KEK
100GM GULA AISING
50GM SUSU CAIR
30GM SERBUK SANTAN
6 BIJI TELUR
1 TBSP OVELETTE

CARA SEPERTI YANG SEBELUM INI.


YANG NI BILA DAH DIPOTONG KECIL:


KEK LAPIS S'BERY COKLAT


Bahan-bahan:

6 biji telur
125gm susu pekat manis
80gm gula aising
100gm tepung gandum
250gm butter
1 tsp baking powder
1 tbsp ovellete
1 tbsp s'bery emulco
1 tsp pewarna rose pink
125gm coklat masakan
1 tbsp coklat emulco
1 tsp nescaffe

cara-cara sama seperti nak buat kek lapis yang sebelum ini.
coklat masakan dicairkan secara double boiler dan campur coklat emulco serta nescaffe


KEK LAPIS CHEESE


Resepi dari kelas masakan Chef Zubaidah.Simple dan senang nak buat,rasa pon sedap,lebih2 lg jika di makan ketika sejuk.


Bahan-bahan:

6 biji kuning telur
3 biji putih telur
150gm gula aising
125gm tepung gandum
50gm air
1 tbsp ovellete
125gm cream cheese
200gm butter
1 tsp baking powder


Pukul telur,gula dan ovellete sehingga kembang.
Campurkan tepung dan air secara berselang seli kedalam telur.
Dibekas yg lain pukul cream cheese dan butter sehingga kembang.
Campurkan cream cheese kedalam adunan telur kacau sebati.
Loyang 7x7 180'C


Ahad, 5 September 2010

BISKUT ALMOND LONDON


Resepi dari Staff Nurse Raja Fadilah.Mudah dan senang.

Bahan-bahan:

250gm butter
1 cawan gula aising
2 biji kuning telur
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 tsp emplex
1 tsp esen vanila
500gm badam-panggang
100gm badam cincang
1 keping coklat masakan


Pukul gula,telur.butter dan esen vanilla
Masukkan tepung dan emplex-doh
Bakar 180'C selama 15-20minit.
Dah sejuk curahkan coklat masakan dan taburkan badam cincang.


BISKUT SNOW ALMOND


Resepi dari internet..tak ingat ambil dari mana.Biskut ni sedap dan ranggup.

Bahan-bahan A:

200gm butter
100gm gula aising
1 tbsp shortening
1 tsp esen kopi
1 biji kuning telur

Bahan-bahan B:

220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum-dikisar
40gm serbuk badam
1 tbsp susu tepung


Satukan semua bahan A,pukul sehingga sebati
Masukkan semua bahan B,uli sehingga jadi doh.
Terap dan bakar 180'C selama 15 minit.
Setelah biskut sejuk salutkan dengan coklat masakan dan taburkan breadcrumbs.
Tapi Sue tak guna pon breadcrumbs..buat sikit jer yang tabur breadcrumbs..
yang lain cuma celup coklat masakan.



Yang tak letak breadcrumbs.

BISKUT BUAH KANA


Resepi dari blog Dayang Jack.


Bahan-bahan:

11/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan butter
1/2 tsp baking powder
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan gula aising
Jem secukupnya.

Campurkan semua tepung dan baking powder-ayak
Pukul gula,butter,telur dan esen vanila sehingga sebati
Masukkan tepung,terap guna acuan buah kana.
Bakar 180'C selama 20-25minit.
Sapukan jem ketika biskut masih panas dan tangkupkan.


BISKUT BADAM BERHIAS


Resepi dari chef Norzailina,biskut ni tak guna telur..ia sedap dan ranggup.Sue tak guna badam,Sue gantikan dgn hazelnut.Nak buat pun senang dan bahannye ringkas sahaja.

Bahan-bahan:

300gm tepung gandum
2 tbsp tepung jagung
70gm gula aising
2 tbsp serbuk badam
140gm butter
40gm lemak sayuran
1 tsp esen vanilla

Campurkan tepung gandum,tepung jagung dan serbuk badam.
Pukul butter.gula,esen vanila dan lemak sayuran
Masukkan tepung dan sebatikan sehingga jadi doh.
Bakar 175'C selama 20-25 minit.
Apabila dah sejuk salutkan dengan coklat masakan.


BISKUT BUNGA CINA



 Biskut bunga cina,tp bentuknye x mcm bunga lansung..hehe..saje malas nk guna yg bentuk bunga.Resepi dah tak ingat ambik dari mane,tp biskut ni sedap dan lembut..jika doh agak lembek boleh tambah sedikit tepung gandum.

Bahan-bahan:

250gm butter
1 cawan gula aising
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
1 tsp esen rose
2-3 tbsp susu pekat manis
ceri merah untuk hiasan

Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur dan esen rose-sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta susu pekat.
Terap dan bakar 180'C selama 10-15 minit-guna api bawah sahaja.

Ahad, 29 Ogos 2010

BISKUT DAHLIA



Semalam buat biskut raye...selain biskut ni sue buat biskut almond london dan biskut hazelnut..tapi tak siap letak coklat lagi..nnti dah siap baru ambik gambar.Resepi tok biskut dahlia ni dh pernah post sebelum ni..Biskut ni fav. Rusyaidi..

AGAR-AGAR PELANGI



Buat agar-agar ni ari ahad lepas..buat sebab nak bagi jiran2 untuk berbuka puasa..lagipun sambil nak pulangkan bekas juadah yang diberi jiran2..hehe..
Resepi dari blog bro rozzan..resepi dah pernah post pd N3 sebelum nih...





bahan A:


20gm serbuk agar-agar

340gm gula pasir

1725ml air

7 helai daun pandan~sue guna 3 atau 4 helai sahaja



bahan B:


20gm serbuk agar-agar

340gm gula pasir

1725ml santan~sue guna 1 liter santan kotak dan 725ml air

1 tsp garam

pewarna pilihan.



masak semua bahan A dan bahan B didalam periuk yang berasingan

masak sehingga mendidih kemudian kecil kan api~yang paling kecil yerr...

ambil 1 mangkuk agar-agar santan~kuantiti nyer bergantung kepada besar loyang anda yerr...


masukkan pewarna...tuang dalam loyang

biarkan ianya mengeras sebentar...lebih kurang 2 hingga 3 minit

ambil pula agar-agar yang tanpa santan,masukkan pewarna yang sama warna dengan agar-agar santan tadi,tuangkan perlahan-lahan ke atas lapisan agar-agar tadi..

ulang proses seterusnya dengan warna kegemaran anda.

mudah...cuma perlu kan kesabaran dan peruntukkan masa...


BUTTER CAKE





Teringin nak makan kek,sempat buat sebelum berbuka...resepi simple sangat..
Dah pernah post pd N3 sebelum ni..

SHEPBERD PIE

Buat untuk berbuka puasa,resepi dr blog mat gebu.Hubby memang suka ape2 jek yg berasaskan kentang.Sedap dan mudah...budak2 pon suka..



 
Bahan-bahannya pon senang dan mudah..dah memang ada didapur..



Bahan-bahan utk inti:

500gm daging kisar
1 biji bawang besar (dadu)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
8 biji cendawan (potong halus)
3 biji tomato
1 batang karot (dadu)
1 pokok daun sup (cincang)
1 tbsp tepung jagung**
1 cawan air**(**bancuh)
1 tbsp lada hitam (tumbuk)
1 kiub daging
2 tbsp minyak

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan daging dan cendawan.Masak sehingga daging masak kemudian campur semua bahan kecuali bancuhan tepung.Masak sehingga mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.

Bahan utk kentang:

1kg kentang (dadu)
1/2 cawan susu segar
2 tbsp butter
serbuk lada sulah

Rebus kentang sehingga empuk dan lecekkan,campurkan susu segar,butter dan lada sulah.Bahagikan kentang kepada 2 bahagian.Letakkan 1 bahagian kentang kedalam loyang yg telah dilengser dgn sedikit butter,ratakan kemudian letakkan inti dan ratakan dan akhir sekali letak lebihan kentang tadi.
Bakar 200'C selama 30 minit.

Su cuma buat separuh dari resepi di atas,guna loyang 7'.

Khamis, 12 Ogos 2010

FRUIT TART

Buat tart buah ni untuk majlis hari lahir zahin.Pertama kali buat,sedap dan senang.Resepi dr blog Bro Rozzan.

Bahan-bahan pastry:

550gm tepung gandum
250gm butter
50gm pastry margarine
1 biji telur
100gm gula aising
secubit garam
1 tsp esen vanilla

Satukan butter,pastry margerine dan gula aising-pukul rata.
Campurkan telur,garam dan esen vanila kacau rata.
Masukkan tepung dan uli sebati sehingga jadi doh.
Sejukkan dalam peti ais selama 1/2 jam-1 jam.
Terap dlm acuan tart,cucuk permukaan dgn garpu.
Bakar selama 25-30minit dgn suhu 180'C.




Bahan untuk krim kastard:

bahan A

250ml susu segar
50gm gula
100gm butter

bahan B

250ml susu segar
40gm tepung kastard
1 tbsp tepung jagung
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
secubit garam

Campurkan semua bahan A,masak sehingga mendidih.
Campurkan semua bahan B,kacau rata-tapis dan campurkan kedalam bahan A.
Didihkan sehingga masak @ pekat.
Sejukkan dan isi kan kedalam tart.

tart yg sudah diletakkan filling.

Untuk buah:

buah kiwi,strawbery,pic dan anggur.

Susun buah-buahan diatas filling tersebut,kemudian sapukan gel/glaze.
(Su x guna pon glaze nih)

Bahan untuk gel/glaze tart buah:

1 tbsp instant jelly
100gm air

masak sehingga mendidih.
sejukkan dan sapu pada buah.





Rabu, 11 Ogos 2010

MAJLIS HARI LAHIR ZAHIN-8/8/2010

Kek untuk Zahin.Kek coklat dgn butter cream dan blueberry filling.W/pon dah abis WC tapi zahin nak kek padang bola jugak..so buat jek laa..


Buat cupcakes jugak.Vanilla cupcakes with buttercream.

untuk tetamu bawa balik.


ni cupcakes versi MM..


Fruit tart.


sate dan bihun sup..yg ni tempah..hehe..


zahin potong kek..






zahin dan kawan2.


menjamu selera..macam2 kerenah budak2 ni..hehe..








papah dan mak su.


dah habis makan,main di luar pulak..






anim,shima,khairil.


cda..


haa..cma,tambah lagi..makan bnyak sket..