Bahan-bahannya pon senang dan mudah..dah memang ada didapur..
Bahan-bahan utk inti:
500gm daging kisar
1 biji bawang besar (dadu)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
8 biji cendawan (potong halus)
3 biji tomato
1 batang karot (dadu)
1 pokok daun sup (cincang)
1 tbsp tepung jagung**
1 cawan air**(**bancuh)
1 tbsp lada hitam (tumbuk)
1 kiub daging
2 tbsp minyak
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan daging dan cendawan.Masak sehingga daging masak kemudian campur semua bahan kecuali bancuhan tepung.Masak sehingga mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
Bahan utk kentang:
1kg kentang (dadu)
1/2 cawan susu segar
2 tbsp butter
serbuk lada sulah
Rebus kentang sehingga empuk dan lecekkan,campurkan susu segar,butter dan lada sulah.Bahagikan kentang kepada 2 bahagian.Letakkan 1 bahagian kentang kedalam loyang yg telah dilengser dgn sedikit butter,ratakan kemudian letakkan inti dan ratakan dan akhir sekali letak lebihan kentang tadi.
Bakar 200'C selama 30 minit.
Su cuma buat separuh dari resepi di atas,guna loyang 7'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan