sumber: http://ovenkecil.blogspot.com
pertama kali sue buat kek kastard ni...selalu makan yang perisa pandan warna hijau tu...yang ini 1st time sue rasa yang berperisa keladi...
bahan-bahan kek span keladi:
150gm tepung gandum~ayak
1 tsp baking powder~ayak
5 biji telur gred B
100gm gula kastor
1 tsp ovellette
50ml susu segar @ susu cair~sue guna susu segar
1 tsp esen vanilla
perisa keladi dan pewarna ungu
50ml minyak masak
masukkan semua bahan di atas kedalam mangkuk kecuali minyak.
putar maksimum speed selama 15minit atau sehingga adunan berkrim~sue putar selama 10 minit sahaja
masukkan minyak dengan kaedah kaup balik~kacau sebati.
gris dan alas dasar loyang dan tuangkan adunan kek.
bakar selama 30 minit dengan suhu 170'C (guna api atas dan bawah)
setelah kek masak,sisipkan pisau di tepi2 kek dan terbalikkan loyang keatas redai dan biarkan kek sejuk.
kek yang sudah dipotong kepada 3 bahagian.
bahan-bahan kastard:
1200ml santan atau susu cair~tak perlu santan pekat sangat...sue gunakan 2 kotak santan kecil (yang 200ml) campurkan dengan air.
1 cawan gula kastor~sue guna 1/2 cawan sahaja
10gm serbuk agar-agar.
100gm tepung hoen kwe yang warna putih
secubit garam
perisa keladi dan pewarna purle.
masukkan semua bahan kedalam periuk kacau sebati dan masak atas api perlahan dan masak sambil terus kacau adunan sehingga likat (guna whisk).matikan api...jangan terlalu likat nanti susah nak layerkan pada kek.
sediakan loyang,boleh lapik dasar loyang dengan plastik ~tujuan nya agar mudah nak keluarkan kek nanti.
(sue tak alas pon...).
tuang sedikit kastard,ratakan dan letak sekeping kek span.
tuang kastard lagi dan ratakan.
ulang proses sehingga selesai,akhir sekali ratakan keseluruhan kek dengan kastard dan hentak-hentakkan sedikit loyang untuk padatkan kastard tersebut.
biarkan kastard sejuk dan mengeras.
apabila kastard dah mengeras,regangkan tepi-tepi kastard perlahan-lahan dan terbalikkan kek.
kek ini sedap di makan sejuk.
kek yang baru dikeluarkan dari loyang
sue guna loyang 7x7 tu yang kek agak tebal...lain kali buat elok guna loyang 8x8
siap potong dahh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan