Halaman

Khamis, 13 Disember 2012

kek oreo



sumber: rakan fb~nora danny hary
kek ni sue buat untuk majlis hari lahir kawan zahin,balik dari opis semalam terus sue deco kek ni,alhamdulillah siap sebelum maghrib.


bahan-bahan kek oreo:


1 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

2 biji telur

1 cawan gula kastor~untuk kek yang di balut dengan fondant sue cuma gunakan 2 tbsp sahaja

1/2 cawan butter

1 tsp esen vanilla

100gm biskut oreo~di buang inti dan kisar

2 tbsp susu pekat manis~sue tak masukkan

1/4 cawan minyak masak~sue gantikan dengan 1/2 cawan susu segar



*untuk kek ni,sue tambahkan sedikit kismis.
*kek ni boleh dibakar atau di kukus



ayak tepung dan baking powder kemudian campurkan dengan oreo

pukul telur dan gula sehingga kembang

masukkan butter pukul lagi kemudian masukkan telur dan esen vanilla

masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar~kacau sebati

gris dan alas loyang dengan kertas

bakar 180'C selama 1 jam

jika kukus selama 45 minit


Sue deco simple2 aje...



yang ini bahagian tepi dan sekeliling kek








siap dah...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan