Halaman

Isnin, 3 Disember 2012

KEK CHIFFON PELANGI


SUMBER: http://anamarzablog.com

Kek ni Sue buat untuk tempahan majlis kenduri kahwin kawan.20 biji semua nya
10 biji perisa strawberry dan coklat dan sue buat 4 lapis iaitu warna purple,pink,coklat dan warna asal
10 biji perisa oren dan coklat,sue gunakan warna purple,oren,coklat dan warna asal.
kek ni sue tak boleh tunjukkan rupa bahagian dalam kek sebab yang ni buat untuk tempahan.


bahan-bahan:


bahan A:


6 biji kuning telur

4 tbsp minyak jagung

60ml susu segar

1/2 tsp esen vanilla

50gm gula kastor~sue guna 40gm

110gm tepung naik sendiri


bahan B:


6 biji putih telur

100gm gula kastor~sue guna 80gm

1/4 tsp cream of tar tar~sue tak letak

pewarna dan perisa yang digemari.


panaskan oven pada suhu 170'C.

pukul bahan B sehingga kental (meringue)

dalam bekas yang lain,satukan semua bahan A,kacau dengan whisk sehingga sebati.

masukkan bahan A kedalam bahan B sebatikan dengan kaedah kaup balik.

bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan tambahkan pewarna juga perisa.

sediakan loyang,sue guna kan loyang 7x7~loyang tak perlu di sapukan dengan margerin

tuangkan adunan ke dalam loyang

bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.

setelah masak,keluarkan dari oven dan terbalikkan di atas redai sementara menunggu kek sejuk.

apabila kek sejuk baru keluarkan dari loyang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan