Halaman

Khamis, 20 Disember 2012

kuih lapis


sumber: kawan fb reen khan

Sue buat kuih lapis ni sebelum pergi opis pagi ni,untuk adunan di bawah sue bahagikan  kepada 2 bahagian dan guna dua loyang 7x7...sebab tu lapisan nya tidak tebal..


bahan-bahan:

4 cawan tepung beras

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung jagung

1 1/2 cawan gula~sue guna 1 cawan sahaja

6 cawan santan~sue guna 400ml santan kotak dicampurkan dengan air sehingga menjadi 6 cawan.

pewarna pilihan~sue guna warna merah dan hijau



campurkan semua bahan kecuali pewarna~kacau rata dan sebati kemudian tapiskan.

bahagikan kepada 2 atau 3  bahagian~bergantung kepada berapa warna yang digunakan.

campurkan pewarna.

panaskan kukusan dan gris loyang dengan sedikit minyak.

masukkan loyang ke dalam kukusan,masukkan lapisan pertama dan kukus selama 5 minit.

masukkan lapisan kedua dan seterusnya sehingga habis.

untuk lapisan terakhir,kukus selama 20 minit

sejukkan kuih lapis sebelum di potong.



boleh dikeluarkan dari loyang seperti ini...yang ini untuk kawan hubby sue.



sue keluarkan kuih ni semasa ianya masih panas lagi sebab nak cepat,nak ke opis...sepatut nya tunggu ianya sejuk dulu...



siap dah...


yang ini untuk jiran sue







Tiada ulasan:

Catat Ulasan