Halaman

Isnin, 10 Disember 2012

kek lapis coklat




 bahan-bahan:


6 biji telur


1 tbsp ovelette


80gm gula aising~sue guna 50gm sahaja


100gm tepung gandum


1 tsp baking powder


2 tbsp horliks~ayak


250gm butter


125gm susu pekat manis


120gm coklat masakan


1 tbsp coklat emulco


1 tsp nescaffe~campurkan dengan 1 tsp air panas/suam


sedikit pewarna kuning




cara-caranya:



ayak tepung dan baking powder~ketepikan


pukul telur,ovelette dan gula aising sehingga kembang dan gebu~biasa nya sue putar dengan high speed selama 7 minit.



masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus pukul dengan kelajuan low speed


masukkan horliks~putar sebati~ketepikan.


dalam mangkuk yang lain,pukul butter dan susu pekat sehingga lembut dan kembang


masukkan butter kedalam telur sedikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik~sebati kan.


cairkan coklat masakan~double boiled kan kemudian masukkan nescaffe


ambil sedikit adunan ~dalam 2 atau 3 senduk dan campurkan dengan coklat yang dicairkan tadi juga masukkan coklat emulco.


masukkan kedalam piping bag.


masukkan sedikit pewarna kuning kedalam adunan yang selebih nya.


sediakan loyang,sue gunakan loyang 7 x 7,gris dan alaskan loyang dengan kertas.


panaskan oven 180' C guna api atas sahaja.


untuk lapisan pertama,ambil 5 tbsp (sudu besar),masukkan kedalam loyang,ratakan sedikit kemudian masukkan sebentar kedalam oven (sekejap saja yerr..) keluarkan loyang,adunan kek akan cair sedikit jadi mudah untuk kita ratakan dan kita akan dapat lapisan yang cantik.masukkan semula kedalam oven sehingga bahagian atas kek berwarna agak perang keluarkan kek,paipkan adunan yang ada coklat masakan tadi,buatkan garisan lurus dan rapat2 sahaja kemudian bakar semula sehingga bahagian atas kek menjadi warna perang atau chef yang ajar sue buat kek lapis ni kata atas kek berwarna seperti warna kulit telur...



untuk lapisan kedua dan seterusnya ambil 4 tbsp sahaja,ratakan...masak sehingga sedikit perang dan paipkan coklat dalam garisan yang lurus juga tapi  jarak kan sedikit garisan nya..untuk dapatkan corak yang cantik apabila kita potong kek ni nanti.



ulang proses yang sama sehingga selesai.



untuk lapisan terakhir,ratakan adunan kek kemudian terus paipkan coklat masakkan dan untuk dapatkan corak lorekkkan garisan untuk membentuk corak


bakar sehingga keperangan...



akhir sekali,bakar kek guna api bawah sahaja selama 5 hingga 10 minit.





lapisan terakhir,bahagian atas kek
 




lorekkan untuk membentuk corak

 boleh juga jika nak tulis seperti ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan