Halaman

Selasa, 11 Disember 2012

kek chipsmore

 Resepi asal kek oreo dari rakan fb,nora.Sue ubah mengikut bahan apa yang ade di dapur Sue,kiranya kek ni resepi percubaan aje la...pada sue,kek ni agak manis so lepas ni kalau nak guna resepi yang sama boleh kurangkan lagi gula kastor tu..


bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

2 biji telur

1/2 cawan gula kastor~sukatan nya sue kurangkan sikit sebab nak kek yang kurang manis~tapi manis jugak...

1/2 cawan margerin

1 tsp esen vanilla

100gm biskut chipsmore~hancurkan

1/2 cawan susu segar



ayak kan tepung gandum dan baking powder.

campurkan dengan chipsmore yang telah dihancurkan~ketepikan.

pukul telur dan gula sehingga kembang

masukkan esen vanilla dan margerin~pukul lagi

masukkan tepung berselang seli dengan susu segar~pukul dengan kelajuan minima sahaja sehingga sebati.

griskan loyang,alas dengan kertas~sue guna loyang bulat 7'

bakar 180'C selama 1 jam.


kek yang telah siap di bakar,tunggu sejuk dulu baru hias dengan fondant.


fondant


sumber: http://www.myresepi.com

bahan-bahan untuk fondant:



63ml air

1 tbsp gelatin halal

125ml sirap glucose

1 1/2 tbsp gliserin

2 tbsp shortening

1 kg gula aising~ayak

pewarna pilihan.


tuang air kedalam bekas tahan panas,masukkan gelatin~kacau dan ketepikan selama 1 minit supaya gelatin kembang.

double boiled kan sehingga gelatin larut

masukkan sirap glucose,gliserin dan shortening ke dalam bahan yang sudah larut tadi,kacau sehingga semuanya larut.

tutup api dan biarkan sehingga sejuk sedikit.

masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan kacau rata dan sebati.

doh akan mula mengeras jika kita sudah masukkan 1/2kg gula aising..masukkan sedikit demi sedikit sehingga habis.

uli sehingga membentuk doh.

untuk hasil yang lebih baik,biarkan doa semalaman,simpan dalam bekas kedap udara dan didalam suhu bilik sahaja

bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk dicampurkan pewarna pilihan.




yang ini dah di tambah kan pewarna


sue buat bentuk-bentuk yang simple aje...kek ni untuk anak kawan opis sue...ini pertama kali sue gunakan fondant untuk keseluruhan kek,..banyak lagi yang perlu sue pelajari...peralatan untuk kegunaan membentuk fondant pon masih banyak yang perlu sue beli.


hampir 2 jam juga masa sue nak siapkan kek ni...masih belum mahir...


kek untuk mujahid,cik sue buat sebab nak mencuba dan belajar gunakan fondant...harap2 mujahid suka..

4 ulasan:

  1. Dah cantik dah Sue..uda dah lama teringin nak belajar decor2 cake tp asyik tertangguh je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tima kaseh uda..sue baru aje belajar2 deco kek ni..
      yerla kan..masa kita agak terhad,tp uda masih sempat menjahit..

      Padam
  2. Mujahid suka sangat. Mujahid siap pesan,nanti ibu cakap terima kasih pada cik su tau. (2 kali.... mula-mula masa tengok foto yg dikirim kat fon, then hari yang bawak balik kek tu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh...ye ke dalila...sama2..

      Padam