Halaman

Isnin, 14 Disember 2009

KUIH GUNTING -12/12/2009


Buat kuih gunting ni pd hari sabtu.Resepi dari blog Mat Gebu.


Bahan-bahan:

500gm tepung gandum
100-120ml air (lebih kurang)
1 biji telur
11/2 tbsp jintan manis (cuci dan toskan)
1 tbsp margerin (su guna 3 tbsp)
1/2 cawan minyak masak (su guna 3 tbsp)
1 tbsp gula
garam-secukup rasa


Bahan kisar:

5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 tsp jintan manis
1/4 cwn udang kering


Panaskan minyak dan masukkan marjerin.
Tumis bahan kisar,gula dan garam.
Masak dengan api perlahan dan sekejap sahaja.
Gaul tepung dengan jintan manis kemudian masukkan telur.
Masukkan bahan tumis dan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Gunting kemudian goreng sehingga warna keemasan.

Rabu, 2 Disember 2009

BISKUT COKLAT BERHIAS-26/11/2009



Biskut ni buat untuk raye haji baru2 ni.Resepi dari chef Norzailina,tapi su ubah sket..dalamnye sepatut nye guna badam tapi su guna hazelnut.Biskut ni senang nk buat dan sedap.Resepi later la ye...


Bahan-bahan:

300gm tepung gandum
2 tbsp tepung jagung
70gm gula aising
2 tbsp serbuk badam
140gm butter
40gm lemak sayuran
80-100gm badam-dipanggang 200'C sehingga merekah dan berbau

Bahan Hiasan:

250gm coklat masakan
2 tbsp lemak sayuran


Ayak tepung gandum dan tepung jagung.
Campurkan bahan ayak dengan serbuk badam,gaul sebati.
Campurkan butter dan lemak sayuran uli sehingga jadi doh.
Bulatkan dan letak badam didalamnya kemuadian bakar selama 20-25 minit pada suhu 175'C.
Apabila biskut telah sejuk curahkan coklat masakan.