Halaman

Isnin, 21 Januari 2013

cornflakes berempah


sumber:blog jun(yummylicious)


bahan-bahan yang senang didapati serta mudah nak buat...1/2 jam pon dah siap nak buat cornflakes berempah ni...sedap..budak-budak pon suka...
buat yang kali ni sue cuma letak ikan bilis ajer...kekacang dan raisin sue tak letak sebab di rumah tak ada stok,jadi sue lebihkan cornflakes sebanyak 1 cawan...bahan-bahan yang lain sue buat dalam kuantiti yang sama dengan resepi di bawah ni.

 
bahan-bahan:

3 cawan cornflakes

2 tbsp minyak

1/2 tsp jintan putih

1/2 cawan kekacang (panggang)

1/2 cawan raisin

1/2 cawan ikan bilis goreng

1 tsp serbuk cili

1/3 tsp serbuk kunyit

1 tsp garam  halus

1/2 tsp gula

1 tsp jus limau @ air asam jawa.



panggang kekacang~ketepikan.

goreng ikan bilis sehingga garing~ketepikan juga.

sediakan dan sukat semua bahan baru panaskan minyak kerana proses memasak cornflakes ni kita kene cepat.

guna api yang paling kecil,masukkan jintan manis tumis sehingga wangi.

masukkan garam,jus limau dan gula...kacau sebentar...kemudian masukkan cornflakes.

gaul sebati,kemudian masukkan serbuk cili,serbuk kunyit dan ikan bilis~gaul sehingga rata.

sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.


**sebelum ni di entry yang lepas,ada pembaca yang komen..cornflakes ni tak lemau ke sebab kita ada masukkan jus limau atau air asam jawa,tidak...ia nya tak lemau sebab kita hanya masukkan jus limau sedikit sahaja...sue dah buat ni banyak kali sebab anak-anak suka makan yang ini daripada makan dengan susu segar...**


sediakan bahan-bahan yang diperlukan sebelum panaskan minyak yerr...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan