loyang 7x7 |
yang ini loyang 9x9 |
lapisan yang tak sama tu sebab sue yang tak berhati-hati ketika proses melapis.. |
untuk jiran,kak leha juga untuk makan2... |
basahkan sedikit bahagian dalam loyang untuk memudahkan proses mengeluarkan agar-agar dari loyang
bahan A:
20gm serbuk agar-agar
340gm gula
1725ml air
7 helai daun pandan~sue guna 5 helai sahaja
bahan B:
20gm serbuk agar-agar
340gm gula
1725ml santan~sue guna 1 liter santan kotak + 725ml air
1 tsp garam
pewarna pilihan~yang ini sue guna warna pink,hijau dan kuning..
sediakan loyang~sue guna loyang 9x9 dan 7x7.
masak semua bahan A sehingga mendidih,kecil kan api.
masak semua bahan B sehingga mendidih dan kecilkan api.
ambil sebahagian bahan B, (sue biasa ambil sebanyak 5 senduk untuk setiap lapisan bagi saiz loyang di atas)
campurkan pewarna kacau sebati dan tuang ke dalam loyang.
biarkan agar-agar mengeras (lebih kurang 2-3 minit)
ambil pula agar-agar yang plain (bahan A),campurkan pewarna yang sama dengan lapisan pertama tadi~kacau sebati.
tuangkan perlahan-lahan keatas lapisan pertama tadi,biarkan agar-agar mengeras dan ulang lagi proses yang sama sehingga habis.
proses melapis ini biasa nya mengambil masa selama lebih kurang 1 1/2 jam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan