Halaman

Selasa, 21 Jun 2011

chilled yogurt cake

Kek yang sedap dan senang nak buat..

 resepi asal cuma letak jus lemon..Sue tambah letak jus dan sedikit isi buah limau ni..

 bahan-bahan:

500gm yogurt~tapis untuk dibuang airnye (tapis dlm 1-2 jam)~berat yogurt dlm 150gm
50ml susu segar
200ml fresh cream~Sue guna 1 kotak kecil~250ml
150gm gula aising~Sue guna 120gm shj
5gm serbuk gelatin halal
1/2 tbsp jus lemon
9 keping biskut oreo~Sue guna 12 keping
20gm butter~dicairkan

hancurkan biskut bersama cream nye,kemudian campurkan butter cair dan
 
tekan kedalam loyang

panaskan susu sehingga hampir mendidih,campurkan serbuk gelatin dengan 1/2 tbsp air~kacau rata dan campurkan kedalam susu,kacau sehingga tidak
berketul.


pukul yogurt sehingga berkrim.

dalam bekas lain pukul fresh cream dan gula sehingga agak pekat.

masukkan fresh cream kedalam mangkuk yogurt.

campurkan susu dan jus lemon.

kacau perlahan sehingga sebati.

tuangkan kedalam loyang tadi dan sejukkan sehingga keras.






mcm biasa bawak tok kwn2 opis

Jumaat, 17 Jun 2011

kek yogurt peach

simple resepi..Sue derhaka la sikit..x letak minyak masak..
bahan-bahan:

1/2 cawan yogurt
1/2 cawan gula halus*
1/2 cawan gula perang*
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
1/2 cawan minyak masak
buah peach~dipotong dadu

*sue guna 3/4 cawan gula perang sahaja.
Ayak tepung dan baking powder.
pukul yogurt,gula dan telur kemudian campurkan tepung sedikit demi sedikit.
campurkan minyak masak~kacau sebati..(sue tak letak pon...)
tuang dalam loyang~letak buah peach.
bakar selama 40-50 minit suhu 180'C
cam beser..bawak gi opis lerr..

dadih

Buat dadih untuk berbuka puasa semalam..buat perasa strawberry..sedap dan tak manis sangat..

bahan-bahan:

1 tsp serbuk agar-agar
3 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair~sue guna susu segar
3 tbsp susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 tsp garam
perasa~sue guna strawberry emulco.

masak air,gula dan serbuk agar2 sehingga mendidih.
masukkan susu segar,susu pekat dan garam.
masukkan perasa dan didihkan sekejap saja.
masukkan dalam bekas2 yg kecil dan sejukkan.

mudah dan senang...

Isnin, 13 Jun 2011

KEK PISANG

Balik Taiping,Abah bg buah pisang..banyak jugak..so Sue buat kek nih laa...

bahan2:

7 biji pisang berangan~sue guna 13 biji (sbb pisang nyer kecik2)
1 cawan minyak masak~sue guna butter cair.
2 tsp soda bikarbonat.
5 biji telur
2 cawan gula halus~sue guna 1 1/2 cawan saje n sue guna gula perang.
1 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung gandum.


blend pisang,butter cair dan soda bikarbonat.
pukul telur dan gula sehingga kembang kemudian campurkan esen vanilla.
campurkan pisang kedalam bancuhan telur~kacau rata.
campurkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
bakar selama 30 minit suhu 180'C.

 Sebelum di potong


 

talam lapis keledek

Yang ni pon buat sebab nak menghabiskan stok ubi keledek...tp x habis jugak lagi...hehheh..yg ni sedap jugak..budak2 suka...bahan2 nyer hampir sama jugak dgn talam keledek tuh..

Bahan-bahan:

600ml santan
150gm tepung beras
50gm tepung ubi.
170gm gula.
200gm ubi keledek-rebus-lecek.
1/4 tsp garam.  
sedikit pewarna oren.
1 1/2 tbsp pewarna coklat-sue guna coklat emulco.
1 tsp esen vanilla.

panaskan kukusan-gris loyang.
blend semua bahan kecuali pewarna oren dan pewarna coklat.
ambil 2 cawan adunan dan campurkan pewarna coklat.
yang selebih nyer letak pewarna oren.
tuang 1 cawan adunan coklat dan kukus selama 10 minit.
tuang adunan oren dan kukus selama 20 minit.
kemudian tuang lg yg berwarna coklat dan kukus lagi selama 30 minit.
sejukkan sebelum dipotong.

talam keledek

Sue baru balik kg..mak bg ubi keledek banyak...so..cuba la buat talam keledek nih..ubi ni warna purple sikit2..Sue tambahkan sedikit pewarna merah kalau x warne nyer x nampak..nak letak warna purple dah x dek stok la pulak...

lapisan bawah:

150gm keledek-direbus -dihancurkan dan dicampur dgn 200ml air (blend)
60gm tepung beras
80gm tepung ubi
10gm tepung sagu
200ml santan pekat~sue guna santan kotak
120gm gula halus~sue guna 100gm
1/4 tsp garam

lapisan atas:

30gm tepung beras
40gm tepung ubi
5gm tepung sagu
100ml santan pekat
100ml air
1/2 tsp garam

kisar ubi keledek dengan air sehingga jadi pes.
campurkan semua bahan lapisan bawah-tapis-kemudian campurkan dengan pes keledek-gaul rata.
masukkan kedalam loyang-kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
campurkan semua bahan lapisan atas-tapis.
tuang adunan lapisan atas dan kukus lagi selama 20 minit.

Jumaat, 3 Jun 2011

aiskrim pelangi

Kali kedua buat aiskrim nih,sedap n tak manis sangat..budak2 suka..yg nih Sue buat guna perisa strawbery,mint,oren n vanilla.

Letak dalam bekas2 yg kecil..senang nak makan..

Yang ni perisa vanilla n mint.

Bahan-bahan:

1 tin susu cair @ 400ml susu segar~Sue guna susu segar.
1/2 cawab susu pekat manis.
2 tbsp ovelette.
1 tsp esen vanilla.
pewarna dan perisa kegemaran.

Satukan semua bahan dalam mangkuk kecuali pewarna dan perisa.

Putar pada kelajuan perlahan (nom. 1) selama 10 minit.

Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna dan perisa.

Masukkan kedalam bekas dan dibekukan selama 6 jam.

~~TIPS:guna susu segar dan susu pekat yg sejuk~~(bukan suhu bilik)

Yang ini pertama kali buat~minggu lepas,Sue guna perisa vanilla,strawberry dan coklat.Bagi yg bewarna merah dan coklat Sue hanya guna strawberry emolco dan coklat emulco,tak perlu tambah pewarna pon.












kuih lapis seriwarna

Pertama kali buat kuih lapis...resepi dari myresepi.Sue guna loyang 9' x 9'.

Bahan-bahan:

1950ml santan~dari 2 biji kelapa
450gm gula~Sue guna 400gm shj
3 helai daun pandan
11/2 tsp garam
225gm tepung gandum
225gm tepung beras
75gm tepung ubi~Sue guna tepung jagung sbb tepung ubi abih stok..
pewarna merah dan coklat emulco

Campurkan santan,gula,daun pandan dan garam~masak sehingga mendidih kemudian sejukkan.
Masukkan tepung kedalam adunan santan~kacau sebati~tapis.
Bahagikan kpd 3 bahagian~letak pewarna.
Kukus setiap lapisan 5 minit
Bagi lapisan terakhir,kukus selama 15-20 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.