Halaman

Rabu, 25 Mei 2011

talam labu

Mencari resepi  labu dari myresepi..sebelum nih Sue pernah buat bingka labu,lepat labu dan kek labu..yang ini talam labu pulak...sedap sangat..budak2 pon suka..untuk resepi nih Sue guna loyang 7"  resepi asal guna loyang 9"...berbaloi buat nih...dapat la bg jiran2 sikit dan bawak ke opis.Labu nih mak yang tanam kat kampung...dah lama sangat bertapa kat dapur Sue..bayangkan la labu nih mak kirim melalui akak Sue (Teh) semasa cuti taun baru cina yg lalu, Teh singgah ke Taiping ketika dalam perjalanan balik ke Kulim dari Kuala Lipis... jauh perjalanan labu nih...tp labu nih x rosak pon...mak kata ianye boleh tahan sehingga setahun (labu yg tua laa...)...hehehe..lg pulak labu nih warna dia kuning dan rasa nyer manis..untuk kuih talam nih Sue tak letak pewarna pon...mmg kuning asli dari labu...okehhh...abih da citer pasal labu..jom lihat resepi talam nih...

Bahan bahan untuk lapisan labu:

500gm isi labu~dikukus n lecek
70gm tepung jagung
60gm tepung sagu
200ml santan pekat~Sue guna santan kotak-1 kotak kecil
200ml air
220gm gula halus~Sue guna 180gm shj
pewarna kuning~Sue tak letak pon
2 helai daun pandan


Bahan bahan lapisan putih:

90gm tepung beras
100gm tepung ubi
400ml santan pekat~Sue guna santan kotak
170gm gula halus~Sue guna 150gm shj
1 tsp garam
400ml air
 2 helai daun pandan


Sediakan loyang-lengserkan sedikit minyak @ butter.
Panaskan air kukusan.
Campurkan semua bahan lapisan labu-blender,kemudian tapis.
Tuang adunan dalam periuk dan campurkan daun pandan,masak sehingga naik wap sahaja.
Keluarkan daun pandan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian- satu bahagian masukkan kedalam loyang dan kukus selama 10 minit.
Sementara itu sediakan lapisan putih,campurkan semua bahan-kacau sebati.
Masak dalam periuk bersama daun pandan sehingga naik wap (pastikan adunan sentiasa dikacau).
Juga bahagikan kpd 2 bahagian.
Tuang lapisan putih keatas lapisan labu tadi.Ulang proses sehingga selesai.
Untuk lapisan terakhir tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

cantik dan rasa nyer sedap...

Untuk bawa ke opis n bagi jiran-jiran

kebetulan hari nih ade meeting dengan 2 pengarah baru...meeting yg memakan masa hampir 5 jam..huhu..so talam labu nih Sue hidangkan aje masa meeting td...

blueberry cheesecake

24/5/2011~blueberry cheesecake loyang 7"

soto

Masak sup soto ni pagi tadi,ketupat  pulak dah siap2 rebus malam tadi lagi.Buat lebih sikit sebab nak bawak pergi opis..sajer nak bagi kawan2 kat opis makan.

ketupat segera...senang..Sue guna yg paket kecik2..so masa memasak nyer pon cepat,lebih kurang 1 jam sahaja.

sambal kicap
 
bergedil

taugeh

daun sup


Ahad, 22 Mei 2011

kek coklat kukus

Resepi dari myresepi,mudah dan ringkas.

bahan-bahan:

2 cawan tepung kek
1 cawan gula~Sue letak 1/2 cawan shj
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo~Sue guna ovaltine
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak masak~Sue guna butter yg dicairkan
1 cawan air panas

Masukkan semua bahan dlm mangkuk-kacau dgn whisk sehingga sebati lebih kurang 5 minit.
Tapiskan adunan
Kukus selama 40 minit

Sejukkan dan boleh letak topping coklat.


suka2...

untuk topping:

coklat masakan
susu pekat
susu segar
butter

secara duoble boiler

Rabu, 18 Mei 2011

blueberry cheesecake

  

 Buat ciskek ni 2 bijik.1 untuk sambutan ari guru nursery atiqah dan 1 lagi untuk bg kawan sempena ari guru jugak laa...kek ni x susah nak buat x perlu bakar,senang sangat cuma bahan2 nyer agak mahal...sekarang barang2 semua mahal kan?...
3 jam selepas disejukkan dlm peti sejuk,Sue letak topping nyer.

dah siap...
Sue guna loyang 7' yg boleh bukak bahagian dasarnya @  pon bleh guna springform iyer...Bahagian dasar @ base kek nih guna digestive biskut cam oreo,tiger,marie.
Resepinyer lebih kurang sama dgn chilled sbery ciskek.

Bahan2
dasar:

200gm biskut digestive~Sue guna biskut merie
80gm butter-dicairkan~Sue guna 3 tbsp

hancurkan biskut kemudian campurkan dengan butter cair~tekan dlm loyang~sejukkan dlm peti ais selama 30 minit.

lapisan cheese:
200gm whipping cream~Sue guna 1 kotak kecil 250ml
250 cream cheese
130gm gula kastor~Sue guna 100gm jek
15gm gelatin halal~Sue guna 11/2 tbsp-larutkan gelatin dgn 1 cawan air suam.
2 tsp perahan lemon

putar whipping cream sehingga gebu-ketepikan.

dlm mangkuk lain,putar cream cheese dan gula sebati kemudian campurkan perahan lemon dan gelatin (sejukkan gelatin terlebih dahulu)-gaul sebati.

masukkan cream cheese kedalam whipping cream tadi-gaul sebati guna whisk @ spatula shj.

Sue masukkan 3 tbsp blueberry filling-gaul perlahan sahaja,resepi asal tak letak Sue yg memandai ubah..hehheh..
Tuang dlm loyang tadi,sejukkan dlm peti ais 3 jam @ sehingga keras.


topping:

blueberry filling~beli jek kat kedai..

2 bijik kek dah siap..yg kecik2 tu Sue buat tok makan kat rumah,untuk makan sendiri buat kecik2 jek laa...diet kekdah nyer...

kecik molek jewww...hehehe

Sedap dimakan ketika kek sejuk..

 untuk kawan2 opis...

Isnin, 16 Mei 2011

kek batik lapis

Resepi dari blog hanamemories,bahan2 lebih kurang sama dgn kek batik yg pernah Sue buat sebelum nih,Zahin suka sgt kek ni...asyik mintak buatkan jek..yg ni pon x sempat betul2 keras dah nak makan,Sue buat pukul 7am,pukul 11am dah potong...tuh yg comot sbb belum betul2 keras..biasa nya Sue buat mlm n pg esok baru potong.

Kek sebelum dipotong,Sue alaskan loyang dengan plastik.

Bahan2:

250gm @ 1 peket biskut merie
200gm milo (Sue guna ovaltine)
397gm @ 1 tin susu pekat ~Sue guna 3/4 tin~
5 biji telur
1 tsp esen vanilla
150gm buttter @ 2/3 cawan
2 tbsp serbuk koko
Sue tambah 1tsp coklat emulco

Sediakn loyang 7',alas dgn kertas minyak di bwh n disekeliling loyang (paras kertas minyak melebihi loyang).
satukan semua bhn kecuali butter-kacau sebati.
masak atas api kecil sambil kacau sebati kemudian masukkan butter.
masak sambil terus kacau sehingga pekat dan  kasar (berbintil2)~matikan api.
masukkan 1 senduk kedlm loyang ratakan kemudian susun biskut..ulang proses melapis sehingga selesai.kemudian tekan sedikit (perlahan sahaja),sejukkan.


Zahin n kek kegemaran nyer

Ahad, 8 Mei 2011

chocolate pudding

 Puding coklat ni Sue buat suker2 ati..tak ikut resepi sepenuh nyer...kira derhaka laa...resepi asal nyer cantik..lapisan tengah nyer cam marble..nama pon choc marble kek..Sue jek yg memandai tukar...dan sepatut nyer ade satu lapisan lagi diatas nyer,Sue tak buat pon...Sue cuma asingkan sedikit bhgn lapisan kedua untuk jdkan 3 lapis...


Lapisan bawah:kek span coklat dipotong mengikut ukuran loyang dan masukkan kedalam loyang.

Lapisan kedua:

500ml susu segar
4 tbsp gula perang
secubit garam
1 tbsp serbuk agar-agar

masak semua bahan diatas sehingga mendidih.
ambil 3/4 bahagian dan campurkan coklat masakan yg telah dicairkan (Sue guna dlm 20gm) juga sedikit coklat emulco.
biarkan 1/4 bahagian lagi berwarna putih.
tunggu sehingga puding sejuk dan agak mengeras baru tuangkan diatas kek.
begitu juga untuk yg berwarna coklat.
kemudian  simpan didalam peti sejuk.


Sedap...kaya ngan rasa coklat...

Lain kali Sue nak buat lagi,tapi nak ikut resepi asal,sepatut nyer resepi asal ade letak telur putih,Sue jek yg derhaka ubah...hehhehe...

kek span coklat

Hujung minggu ni Sue sekeluarga tak kemana-mana pon,sabtu Rusyaidi n Zahin sekolah ganti,pg ahad mereka ade kelas karate,Atiqah pulak selsema n sakit mata...huhuhu...dok kt rumah jek laa...pagi nih buat kek span nih..sebab ptg nnti nak buat puding coklat.Resepi kek span ni adalah yg paling simple dan mudah nak buat...amat ringkas cara penyediaannye.

bahan-bahan:

120gm gula kastor (1 cawan)-sue guna gula perang
120gm tepung kek (11/2 cawan)
4 biji telur gred B
10gm ovellete (1tsp)
20gm minyak jagung (1/2 cawan)-sue guna butter cair
20gm air (1/4 cawan)
2 tbsp serbuk koko
1 tsp esen vanilla


Satukan semua bahan kecuali butter cair,pukul high speed selama 5 minit kemudian perlahankan,masukkan butter cair sedikit demi sedikit  dan pukul low speed sehingga rata.
Griskan loyang,bakar selama 40-45minit dengan suhu 180'C.
Sue guna loyang 7x7,kek ni Sue da potong separuh untuk buat puding sbb tu la tak nampak kek ni naik tinggi...terlupa nak ambik gambar sebelum kek dipotong.


Khamis, 5 Mei 2011

CHILLED STRAWBERRY CHEESECAKE

Resepi ni Sue abik dr Blog Che Mat...terguda bila melihat kek neh...so malam tadi Sue buat la kek ni.Guna strawberry dari Korea...ok..x masam sangat hinggakan anak Sue Rusyaidi makan hampir separuh..yg ni ade rasa manis sedikit berbanding strawberry dari Cam.Hghlnds.Selepas ni Sue terpikir nak guna buah mangga atau buah kiwi la pulak...hehheh..Sue tak pndai nok hias2..x kretip..yg Cik Mat nyer cantik..huhu

Bahan-bahan:

200gm biskut (digestive cookies)~Sue guna biskut marie jek
80gm mentega-dicairkan
250gm cream cheese
60gm gula halus
6 biji strawberry segar-dikisar halus
1 tsp strawberry emulco
6 biji strawberry segar-didadu
11/2 tbsp gelatin halal-Sue guna jenama halagel
125ml air suam
200ml whipping cream-disejukkan-Sue guna 1 kotak kecil 250ml
Strawberry segar untuk hiasan

Hancurkan biskut kemudian gaul dengan butter sehingga boleh dikepal dan tekan kedlm loyang padat2,sejukkan dlm freezer.

Putar cream cheese dan gula halus sehingga berkrim kemudian campurkan puree strawberry dan strawberry emulco-putar rata.

Didalam bekas lain,putar whipping cream sehingga kembang kemudian masukkan kedalam bancuhan keju tadi-gaul rata dengan spatula-ketepikan.

Gelatin dibancuh bersama air suam,kacau sehingga larut dan kelihatan jernih.

Tuangkan kedalam adunan cheese tadi,kacau rata dan masukkan buah strawberry yg didadu-gaul rata.

Tuang kedalam loyang yg disejukkan td-ratakan-simpan didlm peti sejuk selama 3-4 jam atau sehingga keras.
Sue simpan semalaman.







Pagi nih masak soto,mak n yong satu family singgah sebelum bertolak ke CH...selain buat kek nih Sue buat karamel gop



Karamel cream crackers

 soto