Halaman

Rabu, 18 Mei 2011

blueberry cheesecake

  

 Buat ciskek ni 2 bijik.1 untuk sambutan ari guru nursery atiqah dan 1 lagi untuk bg kawan sempena ari guru jugak laa...kek ni x susah nak buat x perlu bakar,senang sangat cuma bahan2 nyer agak mahal...sekarang barang2 semua mahal kan?...
3 jam selepas disejukkan dlm peti sejuk,Sue letak topping nyer.

dah siap...
Sue guna loyang 7' yg boleh bukak bahagian dasarnya @  pon bleh guna springform iyer...Bahagian dasar @ base kek nih guna digestive biskut cam oreo,tiger,marie.
Resepinyer lebih kurang sama dgn chilled sbery ciskek.

Bahan2
dasar:

200gm biskut digestive~Sue guna biskut merie
80gm butter-dicairkan~Sue guna 3 tbsp

hancurkan biskut kemudian campurkan dengan butter cair~tekan dlm loyang~sejukkan dlm peti ais selama 30 minit.

lapisan cheese:
200gm whipping cream~Sue guna 1 kotak kecil 250ml
250 cream cheese
130gm gula kastor~Sue guna 100gm jek
15gm gelatin halal~Sue guna 11/2 tbsp-larutkan gelatin dgn 1 cawan air suam.
2 tsp perahan lemon

putar whipping cream sehingga gebu-ketepikan.

dlm mangkuk lain,putar cream cheese dan gula sebati kemudian campurkan perahan lemon dan gelatin (sejukkan gelatin terlebih dahulu)-gaul sebati.

masukkan cream cheese kedalam whipping cream tadi-gaul sebati guna whisk @ spatula shj.

Sue masukkan 3 tbsp blueberry filling-gaul perlahan sahaja,resepi asal tak letak Sue yg memandai ubah..hehheh..
Tuang dlm loyang tadi,sejukkan dlm peti ais 3 jam @ sehingga keras.


topping:

blueberry filling~beli jek kat kedai..

2 bijik kek dah siap..yg kecik2 tu Sue buat tok makan kat rumah,untuk makan sendiri buat kecik2 jek laa...diet kekdah nyer...

kecik molek jewww...hehehe

Sedap dimakan ketika kek sejuk..

 untuk kawan2 opis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan