Hujung minggu ni Sue sekeluarga tak kemana-mana pon,sabtu Rusyaidi n Zahin sekolah ganti,pg ahad mereka ade kelas karate,Atiqah pulak selsema n sakit mata...huhuhu...dok kt rumah jek laa...pagi nih buat kek span nih..sebab ptg nnti nak buat puding coklat.Resepi kek span ni adalah yg paling simple dan mudah nak buat...amat ringkas cara penyediaannye.
bahan-bahan:
120gm gula kastor (1 cawan)-sue guna gula perang
120gm tepung kek (11/2 cawan)
4 biji telur gred B
10gm ovellete (1tsp)
20gm minyak jagung (1/2 cawan)-sue guna butter cair
20gm air (1/4 cawan)
2 tbsp serbuk koko
1 tsp esen vanilla
Satukan semua bahan kecuali butter cair,pukul high speed selama 5 minit kemudian perlahankan,masukkan butter cair sedikit demi sedikit dan pukul low speed sehingga rata.
Griskan loyang,bakar selama 40-45minit dengan suhu 180'C.
Sue guna loyang 7x7,kek ni Sue da potong separuh untuk buat puding sbb tu la tak nampak kek ni naik tinggi...terlupa nak ambik gambar sebelum kek dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan