Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

CHEESE BROWNIES


Sue ambil resepi ni dr myresepi,resepi asal brownies kukus tanpa cheese,Sue saje letak kan lapisan cheese sebab nak menghabiskan stok cream cheese.

Lenkali kalau buat brownies ni pastikan ianye sejuk dahulu baru keluarkn dari loyang,ni sue xtau..keluarkn semasa panas so lapisan cheese nye agak lembut.

Resepi cheese brownies:


4 biji telur
120gm gula halus~sue guna 100gm sahaja
170gm tepung gandum
30gm serbuk koko
200gm butter
200gm dark cooking chocolate


lapisan cream cheese:



250gm cream cheese
60gm gula kastor
1 biji telur
25ml air




cairkan coklat masakan secara kaedah double boil...bila dah cair masukkan butter kacau sehingga butter cair~sejukkan
 
ayak tepung gandum dan serbuk koko
pukul telur dan gula sehingga kembang
campurkan tepung dan serbuk koko~gaul sebati
masukkan coklat dan butter yang dicairkan tadi
panaskan kukusan
bahagikan adunan kepada 2 bahagian
gris loyang~sue gunakan loyang 7x7
tuang adunan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 15 minit.


lapisan cheese:




pukul semua bahan kecuali telur sehingga kembang
masukkan telur pukul sekejap sehingga telur sebati sahaja

apabila lapisan pertama brownies masak,tuangkan semua adunan cheese dan rata kan~kukus selama 15 minit


akhir sekali tuang baki adunan brownies juga kukus selama 15 minit lagi.
tunggu brownies sejuk dahulu baru keluarkn dari loyang.
boleh juga dihias dgn topping coklat di permukaan brownies,sue tak letak sebab stok coklat masakan dah habis...
untuk jiran
yang ni tok bawak ke opis

Selasa, 29 November 2011

KEK KARAMEL

Buat kek ni sempena birthday atiqah,sue buat 2 biji satu untuk bg nursery dan satu lagi untuk rumah.Pertama kali sue buat kek ni,ianye sedap dan lembut...
yang ini buat pagi sebelum  pegi keje untuk bawa ke nursery...bakar selama 1 jam dgn suhu 180'C,letak loyang kek diatas dulang yang berisi air.


dah masak...biarkan selama 10 minit baru keluarkan kek dari loyang.


mudah aje nak keluar kn dari loyang..terlangkup kn saje...nak hias simple2 aje...


siap dahhh...tp x boleh nak rasa...huhu...nanti balik keje buat tok rumah pulak...

yang ni buat masa balik dari opis.
selepas di bakar..sue guna loyang 7x7

bahan2 karamel: bahan A

2tbsp gula~untuk buat gula hangus
tabur gula di dalam loyang dan masak atas api perlahan sehingga gula cair dan perang~ketepikan.

bahan2 bahagian atas: bahan B

1/2 tin susu cair~sue guna 1 cawan*
70gm gula halus~sue guna 60gm
1/2 tsp esen vanilla
3 biji kuning telur*
*boleh ditambah jika nak kan karamel nye tebal.

kacau semua bahan B perlahan (jangan berbuih)
masukkan dalam loyang yg ada karamel td.

Lapisan kek: bahan C

140gm tepung gandum
70gm gula halus
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 tsp baking powder
45ml minyak masak~sue guna minyak jagung

pukul bahan C

Meringue: bahan D

6 biji putih telur
70gm gula halus~sue guna 60gm saje
1 tsp krim of tartar~sue guna 1 tsp garam halus

pukul semua bahan D sehingga kembang dan pekat~(jika diterbalikkan mangkuk bahan tak jatuh)
campurkan semua bahan C dan D~gaul sebati
bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna dan perisa.
masukkan ke dalam loyang tadi.
bakar secara double-boiling selama 1 jam dgn suhu 180'C.
apabila kek dah masak,rehatkn 10 minit baru terbalikkan.
sejukkan dalam peti sejuk.


sue hiaskan dgn buah peach dan strawbery

sedap dan kek nye lembut..


Sabtu, 26 November 2011

agar agar lapis

Lapisan plain:

1 tsp serbuk agar-agar
3 cawan air
3 tbsp gula
sehelai daun pandan

masak semua bahan di atas sehingga mendidih.
biarkan sentiasa di atas api kecil semasa proses melapis agar agar.

Lapisan putih:1 tsp serbuk agar agar
1 cawan santan @ susu cair @ susu segar~yang ini sue gunakan susu segar.
2 cawan air.
3 tbsp gula.

masak semua bahan di atas sehingga mendidih.
sementara proses melapis agar2 biarkan periuk sentiasa di atas dapur dgn api yg kecil.
lapis adunan secara selang seli,setiap lapisan perlu benar2 keras baru tuang secara perlahan lahan lapisan berikut nye
setiap lapisan biasa nye mengambil masa 2-3 minit untuk mengeras.
basah kan loyang dengan air sebelum digunakn ini bertujuan untuk memudahkan ketika kita hendak mengeluarkan agar agar dari loyang nanti.Juga pastikan agar agar benar2 sejuk baru masukkan ke dlm peti sejuk,jika tidak agar2 akan berair.

Jumaat, 11 November 2011

puding kiwi

Bahan-bahan:

5gm serbuk agar-agar
2 1/2 cawan air
5 tbsp gula
1/2 tin susu cair
2 biji buah kiwi ~diblend dgn 1/2 cawan air
sedikit pewarna kuning
buah kiwi untuk hiasan

masak air,serbuk agar2 dan gula sehingga mendidih.
masukkan susu cair,kiwi yg dblend serta sedikit pewarna kuning.
tuang kedalam acuan yg bersesuaian dan sejukkan.











Ahad, 30 Oktober 2011

moist choc cake

bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak~sue guna butter cair

bahan A:

1 tsp esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air dicampurkn dgn 2 tsp nescafe

bahan B:

2 tsp sodium bikarbonat
1 tsp baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

ayak semua bahan diatas.

pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan gula pukul lagi
masukkan butter cair dan kacau sebati
masukkan bahan B kedalam telur di selang seli kan dengan bahan A
gaul sebati,bakar 170'C selama 1 jam.

topping:

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan + 2 tbsp susu pekat
6 tbsp minyak masak

kacau sebati,masak atas api selama 2 minit pastu curah atas kek yg telah sejuk.






kuih lapis warna warni

Sue ambil resepi ni dr blog Azlita,resepi asal kuih lapis ni dr Chef Hanieliza.Sedap kuih lapis ni,lembut dan tak manis sangat,nak buat pon mudah aje..


..guna loyang kecik aje,bahan2 nye pon mudah

bahan bahan:

1 cawan tepung gandum
2 tbsp tepung beras
2 tbsp tepung jagung
3/4 cawan gula
2 cawan santan~sue guna santan kotak 200ml
1 tsp garam
pewarna pink,hijau dan oren

gaul semua bahan kecuali pewarna kemudian tapiskan
bahagikan kepada 4 bahagian
campurkan pewarna kpd setiap bhgn
panaskan kukusan,gris loyang dgn sedikit minyak
kukus selapis demi selapis sehingga habis
setiap lapisan kukus selama 5 minit dan 15 minit untik lapisan yang terakhir
sejukkan dahulu baru di potong.

dah sejuk dan boleh la dikeluarkan dr loyang

kuih lapis ni mudah di potong dengan menggunakn pisau plastik
budak2 suka makan kuih ni
yang ini untuk d beri kn pd jiran






Rabu, 26 Oktober 2011

blueberry n strwbery cheese tart

Buat cheese tart ni tok birthday mak.

bahan untuk shell @ crust:

170gm butter
50gm gula aising
1 biji telur-gred c
290gm tepung gandum
1 tsp esen vanilla

pukul butter dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanilla
campurkan tepung
doh dibungkus dgn plastik bag dan dsimpan dlm peti sejuk semalaman
letak doh dlm acuan,cucuk sedikit dasar kulit tart dgn garpu.
bakar selama 20-25 minit dgn suhu 170'C

setelah masak sejukkan dahulu sebelum dletakkan filling

blueberry filling

strawberry filling

letakkn pula cream cheese

bahan-bahan cream:

250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur size B
1/2 tsp esen vanilla
putar cream cheese dan gula sehingga berkrim
masukkan telur dan esen vanilla
masukkan ke dalam piping bag
untuk bunga dan corak,ambil sedikit cream dan campurkan pewarna.


blueberry cheese tart


strawberry cheese tart




orange cupcake

cupcake yg dihias dgn buttercream.

sue guna kn jus dan parutan kulit oren.

sedap kek ni..

bahan-bahan:

2 cawan tepung
1 1/2 cawan gula (sue guna 1 cawan saje)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan jus oren
1/2 cawan butter cair
3 biji telur
3 tbsb cream cheese
3 tsp baking powder
1/2 tsp garam
parutan kulit oren

pukul telur sehingga kembang kemudian campurkn susu dan jus oren
kemudian campurkan minyak dan kulit oren
campurkn tepung,gula,baking powder dan garam kemudian masukkan kedalam adunan telur tadi.
kacau sebati kemudian campurkn cream cheese pukul sebati selama 2 minit
bakar 180'C selama 20-25minit.







Selasa, 4 Oktober 2011

agar agar pelangi


buat agar2 ni untuk jamuan raya opis.

resepi dah pernah post sebelum ni...




yg ni sue guna loyang 9'x9'



talam lapis cha cha

Resepi asal dari Chef Asma.

Bahan A:

100gm gula melaka
100gm gula merah
50gm gula pasir~sue x letak pon
500ml air
1 helai daun pandan~d simpul

masak semua bahan sehingga gula larut dan tapis.


Bahan B:

120gm tepung beras
60gm tepung gandum
250ml santan pekat
2 biji telur
1 tsp tepung ubi
1/2 tsp garam

campurkan semua bahan dan kacau rata.
kemudian campurkan semua bahan B dan kacau rata.
tapis dan masak atas api perlahan sehingga naik wap.
bahagikan adunan kpd 2 bhgn.
sediakan loyang 10',lengser dgn minyak dan alas dengan plastik dan lengser dgn minyak juga.
(sue guna loyang 7' agak tebal la sedikit)
panaskan kukusan.
tuang 1 bhgn adunan tadi ke dlm loyang tutup loyang dengan aluminium foil.
kukus selama 15 minit.

Bahan lapisan tengah:

170gm tepung beras
50gm gula pasir~sue letak 2 tbsp aje
250ml santan pekat
650ml air
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp garam
80gm cha cha~dicuci n toskan.

satukan semua bahan kecuali cha cha.
kacau rata,tapis dam masak di atas api perlahan sehingga naik wap.
masukkan cha cha.
apabila lapisan pertama td masak,tuangkan lapisan tengah dan kukus selama 15 minit lagi.
bila dah masak tuang lapisan yg brwarna coklat td,kukus lagi selama 30 minit.
sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum d potong.

sue baru keluarkan dari loyang

setelah di potong kpd 2 bhgn.

sedapp



sue suka kan bhgn lapisan tengah nye,tekstur nye lembut dan x manis sgt.

nak mkn sendri mmg x habis..so bg kat jiran2 n bawak ke opis laa..