Halaman

Selasa, 29 November 2011

KEK KARAMEL

Buat kek ni sempena birthday atiqah,sue buat 2 biji satu untuk bg nursery dan satu lagi untuk rumah.Pertama kali sue buat kek ni,ianye sedap dan lembut...
yang ini buat pagi sebelum  pegi keje untuk bawa ke nursery...bakar selama 1 jam dgn suhu 180'C,letak loyang kek diatas dulang yang berisi air.


dah masak...biarkan selama 10 minit baru keluarkan kek dari loyang.


mudah aje nak keluar kn dari loyang..terlangkup kn saje...nak hias simple2 aje...


siap dahhh...tp x boleh nak rasa...huhu...nanti balik keje buat tok rumah pulak...

yang ni buat masa balik dari opis.
selepas di bakar..sue guna loyang 7x7

bahan2 karamel: bahan A

2tbsp gula~untuk buat gula hangus
tabur gula di dalam loyang dan masak atas api perlahan sehingga gula cair dan perang~ketepikan.

bahan2 bahagian atas: bahan B

1/2 tin susu cair~sue guna 1 cawan*
70gm gula halus~sue guna 60gm
1/2 tsp esen vanilla
3 biji kuning telur*
*boleh ditambah jika nak kan karamel nye tebal.

kacau semua bahan B perlahan (jangan berbuih)
masukkan dalam loyang yg ada karamel td.

Lapisan kek: bahan C

140gm tepung gandum
70gm gula halus
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 tsp baking powder
45ml minyak masak~sue guna minyak jagung

pukul bahan C

Meringue: bahan D

6 biji putih telur
70gm gula halus~sue guna 60gm saje
1 tsp krim of tartar~sue guna 1 tsp garam halus

pukul semua bahan D sehingga kembang dan pekat~(jika diterbalikkan mangkuk bahan tak jatuh)
campurkan semua bahan C dan D~gaul sebati
bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna dan perisa.
masukkan ke dalam loyang tadi.
bakar secara double-boiling selama 1 jam dgn suhu 180'C.
apabila kek dah masak,rehatkn 10 minit baru terbalikkan.
sejukkan dalam peti sejuk.


sue hiaskan dgn buah peach dan strawbery

sedap dan kek nye lembut..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan