Halaman

Khamis, 18 April 2013

pau


sumber: mai share resepi (fb)


bahan-bahan:


2 cawan tepung gandum

2 tbsp mauripan~sue guna 1 paket

2 tbsp susu pekat

1 tbsp gula

3 tbsp minyak masak

1/2 cawan air suam

sedikit garam


campurkan yis kedalam air suam~kacau~masukkan gula~kacau,kemudian rehatkan selama 15 minit


dalam mangkuk lain,masukkan tepung,susu pekat,minyak masak,garam dan campuran yis tadi.


uli menjadi doh yang tidak melekat ditangan.


rehatkan doh selama 45 minit atau sehingga ia naik sekali ganda.


bentukkan doh dan masukkan inti.


rehatkan lagi 30 minit.


sedia kan kukusan,pastikan air mendidih yer...kukus pau selama 10 minit



yang warna pink ni inti kelapa~semua ni sue bawa ke putrajaya...


yang ini inti kentang + daging

HOMEMADE MEE KUNING


SUMBER: BUKU RESEPI


BAHAN-BAHAN:


1/2 KG TEPUNG GANDUM

1/2 TSP SODA BIKARBONAT

SEDIKIT PEWARNA KUNING

SECUBIT GARAM

1 1/2 CAWAN AIR

MINYAK MASAK SECUKUP NYA.


TUKARKAN SODA BIKARBONAT KEPADA SODA ABU TERLEBIH DAHULU...

CARA NYA: LETAKKAN SODA BIKARBONAT DI ATAS TUDUNG PERIUK,PANASKAN GUNA API PERLAHAN SEHINGGA MENJADI SERBUK,LEBIH KURANG 5 MINIT SAMBIL DIKACAU2...TEKSTUR NYE AKAN MENJADI SERBUK YANG LEBIH HALUS...BIARKAN SODA ABU SEJUK SEBENTAR.


MASUKKAN SODA KEDALAM AIR DAN KACAU,JIKA KITA PEGANG AIR IANYA MENJADI SEDIKIT LICIN SO MAKNA NYA MENJADI LA TU YERR...MASUKKAN SEDIKIT PEWARNA KUNING DAN KACAU RATA...


MASUKKAN TEPUNG KEDALAM MANGKUK,TUANG AIR SIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA KITA MENDAPAT DOH YANG BOLEH DI KEPAL2..DOH HENDAKLAH SEDIKIT KERAS,CUKUP SEKADAR TEPUNG BERGUMPAL DAN DAPAT MENJADI KETULAN SAHAJA.


CANAI DOH..GUNA MESIN MEE..UNTUK MEE GUNA NO 5


PANASKAN AIR REBUSAN SEHINGGA MENDIDIH,REBUS MEE DALAM 3 HINGGA 5 MINIT SAHAJA ATAU SEHINGGA MEE KELIHATAN SEDIKIT KEMBANG.


ANGKAT DAN TOSKAN MEE,GAUL DENGAN SEDIKIT MINYAK (GAUL SEMASA MEE MASIH PANAS)


SEJUKKAN MEE DAN SIMPAN DIDALAM BEKAS KEDAP UDARA,TAHAN SELAMA SEMINGGU JIKA DISIMPAN DI DALAM PETI SEJUK.



SEMASA SUE BUAT NI,AIR ABU ADA LEBIH,JADI SUE BUAT LAGI DALAM 300GM TEPUNG GANDUM,SUE SIAPKAN BUAT DOH SAHAJA,ANAK SUE RUSYAIDI YANG BUATKAN...RUSYAIDI NAK BUAT BENTUK CAM KUEY TEOW...SUE BIARKAN AJER...SO INI LAH HASIL NYER...



AGAK TEBAL SEDIKIT,JADI SUE REBUS MEE YANG INI LAMA SIKIT...RUSYAIDI TERUS MINTA SUE GORENGKAN...TAK SABAR DIA NAK MAKAN...






kek span coklat



KEK UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN DENGAN TEMA WARNA WARNI...KEK NI BESAR,13 INCI X 13 INCI...SUE GUNAKAN KEK SPAN COKLAT DAN HIASAN BUTTERCREAM.


BAHAN2 KEK:


150GM TEPUNG GANDUM**

3 TBSP SERBUK KOKO**

1 TSP BAKING POWDER**

5 BIJI TELUR GRED B

100GM GULA KASTOR

1 TSP OVELLETTE

50ML SUSU SEGAR

1 TSP ESEN VANILLA

2 TBSP COKLAT EMULCO

50ML BUTTER CAIR


SATUKAN DAN AYAK BAHAN2 BERTANDA **


PUTAR SEMUA BAHAN KECUALI BUTTER CAIR SEHINGGA ADUNAN BERKRIM~PUTAR DENGAN KELAJUAN YG MAKSIMA SELAMA 10-12 MINIT.


MASUKKAN BUTTER CAIR~SEBATIKAN DENGAN SPATULA SAHAJA.


SEDIAKAN LOYANG,GRIS DAN ALAS


BAKAR SELAMA 30-40 MINIT DENGAN SUHU 170'C


APABILA KEK DAH MASAK,TERBALIKKAN KEK DI ATAS REDAI DAN BIARKAN IANYA SEJUK KEMUDIAN KELUARKAN DARI LOYANG.


****UNTUK SAIZ KEK DI ATAS,SUE GANDA KAN 4X ADUNAN DI ATAS****







BAHAN2 BUTTER CREAM:


400GM KRIMWELL

600GM SHORTENING

240GM GULA AISING~AYAK


PUTAR KRIMWELL DAN SHORTENING (LOW SPEED) SELAMA 2 MINIT.


MASUKKAN GULA AISING~PUTAR LAGI (LOW SPEED) SELAMA 2 MINIT.


***SUE TAMBAH 1 TSP ESEN VANILLA***

































agar-agar karamel




SUMBER: http://www.tiffinbiru.com


Agar-agar ni antara dessert yang selalu sue buat...anak2 pon suka...


bahan-bahan:


8gm serbuk jelly

600ml air

300ml susu cair

120gm gula halus

1 tbsp tepung kastard

1 tsp esen vanilla

1 cawan gula pasir *~boleh di kurangkan kpd 3/4 cawan

3 tbsp air*


**untuk karamel**


untuk karamel : masak gula dengan api sederhana sehingga gula menjadi sedikit perang,masukkan air dgn berhati-hati...masak sebentar sehingga pekat dan tuang kedalam loyang untuk di bekukan agar-agar.


Sue hanya buat karamel terus di dalam loyang sahaja...sue masukkan 3 tbsp gula kedalam loyang,masak atas api perlahan sehingga gula cair dan berubah menjadi perang,matikan api dan ketepikan...


satukan susu cair dan tepung kastard~tapis~ketepikan.

masak air,gula dan serbuk jelly sehingga mendidih...kecilkan api,masukkan susu cair dan kastard tadi.

masak sehingga mendidih sambil di kacau rata sehingga kelihatan sedikit pekat.

Tuang kedalam loyang yang ada karamel tadi...sejukkan...








pavlova


Sue buat pavlova ni menggunakan resepi yang sama pada entry yang lepas2 yer....



Sebelum di letakkan fresh cream

Siap...

Khamis, 11 April 2013

PAU



SUMBER: MAI SHARE RECIPE (FB)


SUE BUAT PAU NI UNTUK SARAPAN PAGI TADI,TERJUMPA RESEPI NI MASA ON9 FB MALAM TADI...SEBELUM SUBUH SUE SIAPKAN DOH DAN REHATKAN...LEPAS SUBUH BARU LETAK INTI.INTI PON SUE BUAT PAGI NI,SUE GUNA INTI KENTANG DAN DAGING.


BAHAN-BAHAN UNTUK PAU:


2 CAWAN TEPUNG GANDUM

2 TBSP YIS (MAURIPAN)~SUE GUNA 1 PAKET SAHAJA.

2 TBSP SUSU PEKAT MANIS

1 TBSP GULA

1/2 CAWAN AIR SUAM

3 TBSP MINYAK MASAK

SEDIKIT GARAM.


CAMPURKAN YIS DENGAN AIR SUAM,KACAU SEBENTAR DAN MASUKKAN GULA DAN KACAU LAGI~BIARKAN SELAMA 15 MINIT ATAU SEHINGGA IA BERBUIH.


DALAM MANGKUK LAIN MASUKKAN TEPUNG,SUSU PEKAT,MINYAK MASAK DAN GARAM SERTA YIS TADI.


ULI ADUNAN SEHINGGA MENJADI DOH YANG TIDAK MELEKAT DITANGAN.


REHATKAN DOH SELAMA 45 MINIT.


BENTUK KAN DOH DAL ISIKAN INTI.


REHAT KAN LAGI DOH SELAMA 1/2 JAM.


SEDIAKAN KUKUSAN,PASTIKAN AIR TELAH BENAR2 MENDIDIH BARU MASUKKAN PAU
KUKUS PAU SELAMA 10 MINIT.




SEMENTARA SUE REHATKAN DOH,SUE SEDIAKAN INTI NYA.



INTI:


200GM DAGING DIPOTONG DADU

3 BIJI KENTANG DIDADU

2 TBSP SERBUK KARI DAGING

1 CAWAN AIR

GARAM DAN GULA SECUKUP RASA

SEDIKIT DAUN SUP

1 ULAS BAWANG PUTIH~DI HIRIS

3 ULAS BAWANG MERAH`DI HIRIS



TUMIS BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH,MASUKKAN REMPAH KARI YANG DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR~BIARKAN SEHINGGA PECAH MINYAK.


MASUKKAN DAGING


MASUKKAN KENTANG


MASUKKAN AIR


MASUKKAN GARAM DAN GULA


APABILA AGAK PEKAT,MASUKKAN DAUN SUP YANG DIHIRIS HALUS




PAU NI LEMBUT DAN GEBU...




SELAIN PAU,SUE JUGA BUATKAN MUSHROOM SOUP NI...








Selasa, 9 April 2013

agar-agar karamel

SUMBER: http://www.tiffinbiru.com



Bahan-bahan:


8gm serbuk jelly

600ml air

300ml susu cair

120gm gula halus

1 tbsp tepung kastard

1 tsp esen vanilla

1 cawan gula pasir~untuk karamel...Sue guna 3 tbsp.

3 tbsp air~untuk karamel


Untuk karamel~masak gula dengan api sederhana sehingga gula menjadi kuning keemasan dan berbuih~dengan berhati-hati tuang air kacau sehingga sebati~masak sebentar sehingga pekat kemudian tuang kedalam bekas untuk bekukan agar-agar.

***Cara Sue: masukkan 3 tbsp gula pasir dalam loyang,guna api kecil masak sehingga gula cair dan berubah warna keperangan..tutup api***


Satukan susu cair dan tepung kastard~tapis.

Masak air,gula halus,dan serbuk jelly sehingga mendidih dan jelly larut.

Kecilkan api,masukkan kastard tadi...kacau rata,masak sehingga bancuhan kelihatan sedikit pekat.

Tuang dalam loyang yang ada karamel tadi.

Sejukkan selama 2-3 jam.










kuih lapis



Sumber: kongsi resepi~fb


bahan-bahan:


2 cawan tepung beras

1 cawan tepung ubi

1 cawan gula

1/2 tsp garam

5 cawan santan

pewarna merah dan esen rose



Blend semua bahan sehingga sebati

Bahagikan kepada 2 bahagian,1 bahagian campurkan dengan pewarna merah dan esen rose.1 bahagian lagi biarkan warna asal.

Panaskan kukusan,gris loyang dengan sedikit minyak.

Kukus 5 minit bagi setiap lapisan.

Kukus selama 30 minit untuk lapisan yang terakhir.




Ahad, 7 April 2013

roti


SUMBER: MYRESEPI




BAHAN-BAHAN:


600GM TEPUNG ROTI

120GM GULA HALUS

1 TSP GARAM HALUS

2 TBSP SUSU TEPUNG

1 PAKET MAURIPAN

1 BIJI TELUR

250ML AIR

60GM BUTTER


***SUE TAMBAH 1 TSP BREAD SOFTNER DAN 1 TSP  BREAD IMPROVER***


MASUKKAN SEMUA BAHAN KEDALAM MANGKUK,GAUL SEBATI DAN ULI SEHINGGA MENJADI DOH...ULI SEHINGGA DOH TIDAK MELEKAT DI TANGAN.


PERAP DOH SELAMA 45 MINIT


CANAI DOH DAN LETAK INTI PILIHAN


PERAP LAGI SELAMA 45 MINIT


PANASKAN OVEN 180'C


BAKAR SELAMA 15 MINIT.




                              SUE GUNA INTI KENTANG+AYAM,SOSEJ DAN KELAPA.











Khamis, 4 April 2013

pavlova


sumber: http://irmadilondon.blogspot.com



Menunaikan permintaan anak,balik dari kerja Sue buatkan pavlova ni...kali kedua buat ni rasa lebih yakin sebab dah ada pengalaman buat pavlova untuk nurul semalam.Perkara paling penting nak buat pavlova ni semasa kita buat meringue,pastikan ketika mengasingkan telur putih dan kuning tiada sedikit pon telur kuning yang masuk kedalam telur putih,juga alatan yang nak kita gunakan mesti bersih dari sebarang air dan kesan minyak.Putar putih telur sehingga menjadi putih berkilat dan bertanduk~meringue yang baik ianya tidak akan jatuh jika kita terbalikkan mangkuk.



Pavlova yang ini Sue juga mengunakan resepi yang sama..sila rujuk blog di atas untuk mendapatkan tips2 yang berguna yerr...




BAHAN-BAHAN :



4 biji putih telur


1 cawan gula kastor~Sue guna 1/2 cawan sahaja


1/2 tsp esen vanila


1 tsp cuka makan


1/2 tbsp tepung jagung




Putar putih telur dengan kelajuan minima sehingga berbuih.

Putar dengan kelajuan maksima sambil masukkan gula kastor sedikit demi sedikit~putar sehingga adunan menjadi putih berkilat (meringue).


Masukkan esen vanila~putar sebati.


Masukkan tepung jagung dan cuka makan~sebatikan guna spatula sahaja.


Sediakan loyang,buat garisan bulat pada kertas (parchment paper)~Sue lukis ikut loyang size 8".


Panaskan oven 150'C,~Sue panaskan oven 10-15 minit sebelum digunakan.


Bentukkkan meringue mengikut bulatan~Sue masukkan meringue kedalam piping bag.


Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari bahagian tengah.




Siap dah...selepas ni masukkan ke dalam oven..guna rak yang tengah yer..masak dengan suhu 150'C selama 15 minit,kemudian turunkan suhu 140'C,~ Sue turunkan suhu kepada 130'C.Masak selama 1 jam,warna pavlova akan bertukar menjadi coklat muda,bila dipegang terasa garing di bahagian luar nya dan lembut di bahagian dalam nya.Off kan oven dan biarkan pintu oven sedikit terbuka,jangan keluarkan,tunggu sehingga ianya sejuk dahulu.




Masak dah...




yang ini Sue buat size kecil...mini pavlova..




TOPPING:



1 cawan whipping cream


1 1/2 tbsp gula aising~sue tak letak


1/2 tsp esen vanilla


buah-buahan~seperti strawbery,kiwi,blueberry,anggur...elok guna buah-buah yang agak masam bagi mengimbangi kemanisan.




Putar whipping cream sehingga kental,masukkan gula dan esen vanila~putar sebati.

Letakkan whipping cream dan hias dengan buah-buahan yang telah dipotong.





Letakkan whipping cream~sue gunakan piping bag.



Susun atau taburkan buah-buahan...



mini pavlova...









Rabu, 3 April 2013

pavlova


Sumber: http://irmadilondon.blogspot.com

Pavlova ini Sue buat atas permintaan kawan...sebelum ni Sue tak pernah buat pavlova..ini kali pertama Sue buat...terima kasih pada blog irma tu...banyak tips2 dia yang memang berguna...


Bahan-bahan:


4 biji putih telur

1 cawan gula kastor~sue guna 3/4 cawan

1/2  tsp esen vanilla

1 tsp cuka masakan

1/2 tbsp tepung jagung



topping/hiasan:


1 cawan whipping cream

1 1/2 tbsp gula aising

1/2 tsp esen vanilla

buah-buahan~elok guna buah2 yang masam sedikit untuk mengimbangi kemanisan.




Putar putih telur dengan kelajuan minima (low speed) sehingga berbuih...kemudian putar dengan high speed sambil masukkan gula sedikit demi sedikit.Putar sehingga adunan menjadi meringue atau jika diterbalikkan mangkuk,adunan tidak akan jatuh.



Masukkan esen vanila~putar sebati.



Masukkan tepung jagung dan cuka makan~sebatikan dengan spatula sahaja.



Panaskan oven 150'C.


Buat garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper).



Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis tadi,pastikan bahagian tepi lebih tinggi sedikit dari bahagian tengah~sue masukkan meringue kedalam piping bag... untuk memudah kan kerja...




Masukkan kedalam oven~(guna rak tengah),selepas 15 minit,turunkan suhu kepada 140'C dan bakar selama 1 jam.~Sue turunkan suhu kepada 130'C.



Apabila dah masak,off kan oven..biarkan pintu oven sedikit terbuka jangan keluarkan terus meringue dari oven,tunggu sehingga ianya sejuk dahulu.




Putar whipping cream sehingga kental,masukkan gula dan esen vanilla~masukkan kedalam piping bag~picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang telah di potong.





Kawan Sue pesan,dia tak nak buah anggur...jadi Sue gunakan buah kiwi,peach dan strawberry saja..


Bila buat pavlova ni,anak2 Sue teringin nak rasa...kesian la pulak...nanti Sue akan buat untuk makan sendiri pula...