Halaman

Rabu, 3 April 2013

pavlova


Sumber: http://irmadilondon.blogspot.com

Pavlova ini Sue buat atas permintaan kawan...sebelum ni Sue tak pernah buat pavlova..ini kali pertama Sue buat...terima kasih pada blog irma tu...banyak tips2 dia yang memang berguna...


Bahan-bahan:


4 biji putih telur

1 cawan gula kastor~sue guna 3/4 cawan

1/2  tsp esen vanilla

1 tsp cuka masakan

1/2 tbsp tepung jagung



topping/hiasan:


1 cawan whipping cream

1 1/2 tbsp gula aising

1/2 tsp esen vanilla

buah-buahan~elok guna buah2 yang masam sedikit untuk mengimbangi kemanisan.




Putar putih telur dengan kelajuan minima (low speed) sehingga berbuih...kemudian putar dengan high speed sambil masukkan gula sedikit demi sedikit.Putar sehingga adunan menjadi meringue atau jika diterbalikkan mangkuk,adunan tidak akan jatuh.



Masukkan esen vanila~putar sebati.



Masukkan tepung jagung dan cuka makan~sebatikan dengan spatula sahaja.



Panaskan oven 150'C.


Buat garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper).



Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis tadi,pastikan bahagian tepi lebih tinggi sedikit dari bahagian tengah~sue masukkan meringue kedalam piping bag... untuk memudah kan kerja...




Masukkan kedalam oven~(guna rak tengah),selepas 15 minit,turunkan suhu kepada 140'C dan bakar selama 1 jam.~Sue turunkan suhu kepada 130'C.



Apabila dah masak,off kan oven..biarkan pintu oven sedikit terbuka jangan keluarkan terus meringue dari oven,tunggu sehingga ianya sejuk dahulu.




Putar whipping cream sehingga kental,masukkan gula dan esen vanilla~masukkan kedalam piping bag~picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang telah di potong.





Kawan Sue pesan,dia tak nak buah anggur...jadi Sue gunakan buah kiwi,peach dan strawberry saja..


Bila buat pavlova ni,anak2 Sue teringin nak rasa...kesian la pulak...nanti Sue akan buat untuk makan sendiri pula...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan