Halaman

Khamis, 28 Mac 2013

puding triffle


sumber: buku resepi (fb)


lapisan kek:


1 gulung kek swiss roll


potong kek lebih kurang 1 inci,susun dalam loyang~lebih cantik jika susun dalam bekas kaca lutsinar..Sue buat dalam bekas kecil aje..

susun kek sehingga padat,tekan sedikit agar kek mampat dan tiada ruang yang menampakkan dasar loyang supaya lapisan puding nanti tidak sampai ke dasar loyang~ketepikan.









lapisan puding/kastard:


1 tin susu cair

1 tin air~sukat guna tin susu cair

3 tbsp tepung kastard

7 tbsp gula~sue guna 3 tbsp sahaja





Campurkan semua bahan-bahan di atas,kacau sehingga tepung kastard larut dan sebati.


Masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau sehingga puding kelihatan pekat dan likat.


Basahkan sedikit kek dengan air buah cocktail supaya kek lembab sedikit.


Tuang kastard di atas kek dan ratakan sehingga menutupi keseluruhan kek.


Susun atau taburkan buah cocktail diatas kastard dan tekan-tekan sedikit agar buah tidak terapung ketika kita letak jelly nanti.








lapisan jelly:


1 kotak kristal jelly~sue guna brand nona

400ml air





masak serbuk jelly dan air sehingga mendidih dan serbuk jelly larut.


curahkan perlahan-lahan di atas lapisan kastard tadi~lebih baik gunakan sudu atau senduk...


biarkan sejuk sedikit,kemudian simpan di dalam peti sejuk.


puding ni sedap di makan ketika ia nya sejuk.









***Jika nak guna buah fresh boleh juga,ia nya sesuai jika nak makan terus..jika nak simpan lama elok gunakan buah cocktail***












Tiada ulasan:

Catat Ulasan