Halaman

Isnin, 4 Mac 2013

red velvet cake


SUMBER: http://kakzusemanisgula.blogspot



Sue buat kek ini untuk Mak dan Fizul...tak terbalas segala pertolongan yang di beri sepanjang Sue tak sihat baru-baru ini...




RESEPI KEK


3 biji telur


125gm butter


1 1/2  cawan tepung naik sendiri **


1 1/2 tbsp serbuk koko **


1 cawan gula kastor


1 tbsp pewarna red bright


1/2 cawan buttermilk~boleh beli yang sedia ada di kedai yer...Sue guna susu segar dan jus lemon.**


1/2 tsp baking powder.


1/2 tsp cuka makan.



**buttermilk~1/2 cawan susu segar dan 1/2 tbsp jus lemon,tuang susu segar kedalam mangkuk masukkan jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan...susu dan jus lemon tak perlu dikacau,biarkan sahaja..**


Panaskan oven 180'C.


Ayak bahan-bahan bertanda ** dan ketepikan.


Putar butter dan gula kastor sehingga kembang.


Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga kembang dan ringan.


Campurkan pewarna kedalam buutermilk.


Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk,putar sehingga kembang.


Larutkan baking powder dan cuka makan,tuang kedalam adunan kek~kaup balik sehingga sebati.


Sue guna bulat loyang 7".


Bakar selama 45 minit sehingga 1 jam.





TOPPING:


250gm cream cheese


125gm butter


125gm gula aising~ayak


campurkan semua bahan dan putar sehingga sebati dan berkrim.

**Sue tambah sedikit jus lemon**











habis dahh...


Sue juga buat kek coklat indulgance





Tiada ulasan:

Catat Ulasan