bahan A :
5 biji kuning telur
100gm gula
1/4 tsp garam
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak jagung
1 tsp esen vanilla
170gm tepung kek
2 tsp baking powder
Campurkan semua bahan-bahan A,putar sehingga sebati.
bahan B:
5 biji putih telur
1/2 tsp tar tar~sue tak letak
100gm gula
Putar bahan B sehingga kental (meringue) kemudian masukkan kedalam adunan bahan A tadi,putar sehingga sebati.
bakar selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 180'C
Sejukkan kemudian potong kek kepada 3 bahagian.
Filling:
150gm plain yogurt
100gm sugar
18gm gelatin powder~dilarutkan dengan 1/4 cawan air suam.
300gm dairy whipping cream.
1 cawan peach~didadu
****Sue tak guna resepi filling di atas,Sue hanya gunakan whipping cream dan buah peach yang didadu sahaja***
filling yang sue gunakan:
2 cawan whipping cream
1 cawan buah peach yang didadu
4 biji buah strawbery~didadu juga.
kek ini Sue buat 2 biji,1 sue letak filling buah peach sahaja.
sue guna whipping cream ini
sapukan cream pada kek
yang ini untuk Staff dan Cikgu di Nursery Taqwa...Sue simpan kek ini dalam peti sejuk sementara nak siapkan yang satu lagi...Atiqah memang suka sangat buah strawberry...yang atas kek ini habis Atiqah ambil dah makan...
yang satu lagi untuk Kak Sandra...terima kasih di atas segala bantuan serta pertolongan yer...
Siap packing dah...kek ni Sue buat pertama kali dan tak pernah rasa pon...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan