Halaman

Khamis, 21 Mac 2013

kek coklat moist


Sumber:Chef Norzailina


Sue buat kek ni untuk Ustazah Rusyaidi dan Zahin yang akan berpindah ke Johor.
Ustazah Dalina mengajar di sekolah agama juga guru mengaji anak-anak Sue.


bahan A:

3 biji telur gred A

1/2 tsp butter vanilla


bahan B:

140gm gula perang

250gm susu coklat

250ml minyak

50gm serbuk koko

150gm susu pekat



bahan C: (ayak)


150gm tepung gandum

1 tsp serbuk penaik

1 tsp soda bikarbonat


Masak bahan B dengan api perlahan,kacau sebati kemudian sejukkan.

Putar telur sehingga kembang dan masukkan butter vanilla.

Masukkan bahan B berselang seli dengan tepung kedalam adunan.

Putar sebati.

Lengser dan alas loyang dengan marjerin.

Tutup loyang dengan aluminium foil.

Kukus kek selama 1 jam dengan api sederhana.



Topping:


250gm coklat masakan~potong kecil2.. ~Sue guna dark compound choc.

3 tbsp whipping cream atau susu cair


3 tbsp butter


Double boiled kan semua bahan-bahan di atas,sejukkan sebentar dan curahkan atas kek yang telah sejuk.





1st time Sue buat bunga rose guna fresh cream....



 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan