Halaman

Isnin, 11 Mac 2013

kek perkahwinan

Pertama kali Sue buat kek bertingkat...Alhamdulillah siap dan selamat sampai ke Temerluh,...masih banyak yang perlu Sue pelajari lagi...Kek ini berat nya 6.3kg...apa pon Sue rasa enjoy sangat buat semua kek ni...
Kek ini untuk majlis perkahwinan anak buah Sue,tema biru..selain kek ini,Sue juga buatkan kek hantaran dan juga cupcakes.


kek yang bawah sekali Sue guna kek buah loyang 11".

kek yang tengah Sue guna kek oreo loyang 9"

kek yang atas Sue guna kek oreo juga loyang 6"

Fondant pula Sue buat sebanyak 2 kg.

Resepi kek buah

250gm butter


150gm brown sugar


1 tsp ovellete


4 biji telur


1 tbsp esen vanilla


1 tbsp paste fruit cake


200gm tepung kek


50gm serbuk koko


1 tsp baking powder


250gm mixed fruit


1/2 cawan susu segar






ayak tepung kek bersama serbuk koko dan baking powder


gaulkan mixed fruit bersama dengan tepung~ketepikan


putar butter dan gula sehingga kembang,kemudian masukkan ovellete


masukkan telur,esen vanilla~putar lagi


masukkan tepung yang telah digaul dengan buah tadi berselang seli dengan susu segar.


masukkan paste fruit cake~putar sebati


gris loyang dengan minyak (Sue guna butter) kemudian taburkan sedikit tepung (ketuk2 sedikit loyang yer untuk mengelakkan terlalu banyak tepung yang melekat di loyang)


Tuang adunan kek kedalam loyang.


Bakar kek selama 40-45 minit dengan suhu 180'C


***untuk kek yang ini Sue doublekan adunan***

kek buah yang telah masak

Sue juga buatkan cupcakes


yang ini pula kek oreo



resepi kek oreo



1 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder


2 biji telur


1 cawan gula kastor


1/2 cawan butter


1 tsp esen vanilla

100gm biskut oreo~buang inti dan kisar (Sue beli dikedai bakeri yang sudah siap dikisar)


2 tbsp susu pekat manis***



1/4 cawan minyak masak***


***Sue tak letak susu pekat dan minyak masak,Sue gantikan dengan 1/2 cawan susu segar***



Ayak tepung gandum dan baking powder dan gaulkan dengan biskut oreo~ketepikan.


putar telur,gula kastor dan butter sehingga kembang.




masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.


putar sebati dan rata.


Gris loyang dan alaskan dengan kertas.


Bakar selama 1 jam dengan susu 180'C.


***untuk kek loyang 9" sue doublekan adunan di atas***



Sue buat kek ini hari rabu sebaik sahaja balik dari opis,Alhamdulillah...siap semuanya.
Sementara Sue tunggu kek-kek ini masak,Sue buatkan fondant juga..
Sue cadang malam esok Sue nak hiaskan kek pula sebab hari jumaat semua kek nak dibawa ke Temerluh.


Bahan-bahan untuk fondant


63ml air

1 tbsp gelatin halal

125ml sirap glucose

1 1/2 tbsp gliserin

2 tbsp shortening

1 kg gula aising~ayak


Tuang air dalam periuk atau mangkuk tahan panas,masukkan gelatin kacau kemudian ketepikan selama 1 minit (gelatin kembang)


Double boiled kan sehingga gelatin larut.


masukkan sirap glucose,gliserin dan shortening,kacau sehingga larut.


matikan api,biarkan sehingga ianya suam.


masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga habis (1/2 kg gula aising digunakan doh akan mula mengeras yer)


Simpan doh didalam bekas kedap udara dan dalam suhu bilik sahaja.


Biarkan doh semalaman untuk hasil yang lebih baik.


***PASTIKAN sukatan semua bahan-bahan untuk fondant ini tepat,terutama sekali bahan cecair,jika tidak kita tidak akan mendapat doh fondant yang baik***


Sue siapkan kek ini dulu


bahagian belakang kek


Siap...nak masukkan dalam kotak pula,Sue guna 2 kotak 13x13...


yang ini kek hantaran,kek oreo loyang 9"



icha anak buah Sue minta nak tulisan jawi pada kek hantaran nya,...pertama kali Sue buat tulisan jawi pada kek..agak sukar kerana tulisan ini Sue guna kan fondant juga...

siap dah..


masuk kotak dah...sampai di Temerluh nanti baru hiaskan kotak ni...


yang ini cupcakes pula...hias simple2 aje...


Cupcakes ni Sue buatkan 10 biji aje...untuk meja makan pengantin...


masuk kotak...





 Untuk icha dan fizul,
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL BAHAGIA SEHINGGA AKHIR HAYAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan