Halaman

Isnin, 4 Mac 2013

chocolate indulgance


Kek ini Sue buat selepas subuh hari sabtu baru-baru ni...Sue buat kek ini 2 biji dan kek red velvet pon 2 biji,Sue nak bawa ke Putrajaya dan untuk bagi pada insan-insan mulia yang banyak membantu Sue semasa Sue tak sihat baru-baru ni...Terima Kasih...selepas ini ada lagi yang Sue cadang nak bagi,nanti bila-bila ada masa dan kesempatan Sue akan buatkan...InsyaAllah...
Kek ini Sue belajar semasa menghadiri kelas masakan Chef Yon,lama sangat dah...Sue aje yang belum cuba buat kek ini...kelas kek ini pada 12/1/2012 lagi...



BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:


BAHAN A:


5 biji telur gred A ~atau 6 biji jika guna gred B.


1/2 tsp tar tar ~sue x letak.


75gm gula kastor.


Putar putih telur sehingga berbuih kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.
(tujuan putar putih telur sehingga berbuih dahulu untuk kita menghasilkan meringue yang baik).


Putar sehingga kental (meringue) dan ketepikan.



BAHAN B:


5 biji telur gred A

45 gm gula kastor

30gm serbuk koko

3/4 cawan air ~air suam untuk larutkan serbuk koko

1/2 cawan minyak sayuran atau butter cair

1/2 tsp esen vanilla

1 tsp soda bikarbonat **

130gm cake flour atau superfine flour **~Chef pesan:pastikan bukan guna self-raising flour yerr...



ayak bahan-bahan yang bertanda **


campurkan air dan serbuk koko dan kacau sehingga serbuk koko larut.


masukkan semua bahan B kedalam mangkuk dan putar sebati.


Campurkan meringue sedikit kedalam bahan B dan putar sebati~tujuan nya untuk stabilkan kepekatan bahan B.


masukkan lagi semua meringue kedalam bahan B putar sebati guna hand whisk sahaja.


masukkan kedalam loyang 9",bakar selama 30-40 minit dengan suhu 150'C-160'C.






Apabila kek sudah sejuk.potong kek kepada 3 bahagian.





BAHAN-BAHAN CHOCOLATE MOUSSE FILLING:


180gm coklat masakan.


2 tbsp coffee atau nescaffe~Sue guna 1 tbsp nescaffe.


1 cawan whipping cream.


***untuk filling ini Sue gandakan adunan menjadi double**


Cairkan coklat dan nescaffe dengan kaedah double boiler.


Putar whipping cream sehingga kental (meringue).


masukkan sedikit whipping cream kedalam coklat yang telah cair putar cepat sehingga sebati.


masukkan coklat kedalam mangkuk whipping cream dan putar sebati~putar cepat kerana coklat akan mudah mengeras.


Simpan filling di dalam peti sejuk jika tidak digunakan.



Potong kek kepada 3 bahagian,lapiskan dengan filling,buat sehingga selesai.


sapu nipis keseluruhan kek dengan filling,jika filling tidak mencukupi boleh guna buttercream coklat.


Masukkan kek kedalam peti sejuk,pastikan cream pada kek telah mengeras baru sediakan ganache.



BAHAN-BAHAN GANACHE:


250gm coklat masakan~potong kecil-kecil

100ml whipping cream

100gm liquid glucose


Panaskan cream sehingga kelihatan buih-buih terbentuk di bahangian tepi,matikan api dan masukkan coklat masakan serta liquid glucose dan kacau sehingga coklat cair dan sebati.


Sejukkan sebentar ganache.


Curahkan ganache ke atas kek dan sejukkan.




Siap dah...


ini semua kek yang Sue buat...alhamdulillah..siap sebelum pukul 11 pagi.



bahagian dalam kek,pertama kali Sue buat kek coklat indulgance ni...



Pesanan Chef:untuk potongan yang cantik dan kemas,panaskan pisau terlebih dahulu baru potong kek.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan