Halaman

Isnin, 25 Februari 2013

red velvet cake



sumber: http://kakzusemanisgula.blogspot



Sue buat kek ni sebab nak menghabiskan krim lebihan buat rvc baru2 ini,kek yang ini Sue buat hanya separuh daripada adunan asal
Sue guna loyang 6' sahaja.






bahan-bahan:


3 biji telur


125gm butter


1 1/2 cawan tepung naik sendiri


1 1/2 tbsp serbuk koko


1 cawan gula kastor~sue guna 3/4 cawan.


1 tbsp pewarna merah


1/2 cawan buttermilk~1/2 cawan susu segar + 1/2 tbsp jus lemon~biarkan selama 10 minit sebelum digunakan


1/2 tsp baking powder


1/2 tsp cuka makan





panaskan oven 180'C


Ayak tepung dan serbuk koko~ketepikan.


Putar butter dan gula kastor sehingga kembang


Masukkan telur satu persatu.


Campurkan pewarna merah kedalam buttermilk


Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk dan putar sehingga kembang dan ringan


Larutkan baking powder dan cuka~tuang kedalam adunan kek~kaup balik sehingga sebati.


bakar selama 40 minit atau sehingga masak.




topping:


250gm cream cheese


125gm butter


125gm gula aising~ayak



campurkan semua bahan dan putar sebati.


Atiqah suka kek ni...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan