Halaman

Isnin, 25 Februari 2013

red velvet cake

SUMBER: http://kakzusemanisgula.blogspot



bahan-bahan kek:


5 biji telur


250gm butter


3 cawan tepung naik sendiri


3 tbsp serbuk koko


2 cawan gula kastor


4 tbsp pewarna merah~sue guna 2 tbsp sahaja.


1 cawan buttermilk~sue guna 1 cawan susu segar + 1 tbsp jus lemon dan biarkan 10 minit sebelum digunakan.


1 tsp baking powder


1 tsp cuka makan






Panaskan oven 180'C.


Satukan tepung dan serbuk koko~ayak dan ketepikan.


Putar butter dan gula kastor sehingga kembang.


masukkan telur satu persatu~(pukul sikit telur terlebih dahulu untuk menghasilkan kek yang halus).


Campurkan pewarna dan buttermilk.


Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk~putar sehingga adunan kek kembang dan ringan.


Larutkan baking powder dan cuka~tuang kedalam adunan kek~kaup balik sehingga sebati.


Masukkan adunan kedalam loyang,sue guna loyang bulat 9',dan selebih nya sue buat dalam bentuk cupcakes.


Bakar selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak.


 untuk size cupcakes bakar selama 30 minit sahaja



bahan-bahan untuk topping:


500gm cream cheese


250gm butter


250gm gula aising~ayak




campurkan semua bahan dan putar sehingga sebati

**sue masukkan 1 tbsp jus lemon**





apabila kek telah sejuk,potong kek kepada 3 bahagian,sapukan krim dan lapiskan.

sapukan keseluruhan kek dengan krim.




Sue deco simple ajer...


 hanya nak tulis happy birthday...




siap dah...



yang ini cupcakes untuk jiran sue




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan