Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

coffee mousse cake



sumber: http://nshafea.blogspot.com



2 cawan tepung kek

1/2 cawan serbuk kopi~sue guna kopi tenom~jiran sue yang beri...

1 cawan minyak jagung

1 cawan gula kastor

1 cawan air suam

1/2 cawan susu cair

3 biji telur gred A





ayak tepung kek dan serbuk kopi~ketepikan

sediakan loyang dan panaskan kukusan

putar gula dan telur sehingga gula hancur~sue guna whisk sahaja

masukkan tepung berselang seli dengan air suam~putar sebati

masukkan susu cair dan minyak jagung~putar sebati

masukkan kedalam loyang,tutup loyang dengan aluminium foil

kukus selama 45 minit sehingga 1 jam.




sejukkan sebelum letak topping


bahan-bahan topping:


1/2 buku butter

1/2 cawan susu pekat manis

2 sudu serbuk kopi


campurkan butter dan susu~putar sebati

masukkan serbuk kopi~putar sebati

masak dengan kaedah double boiler sehingga kelihatan berkilat

curah di atas kek...



kek ni moist...mewah dengan rasa kopi...sue bawa ke opis sahaja sebab anak2 sue tak makan kek yang rasa kopi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan