Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

kek coklat kukus


SUMBER: http://www.kongsiresepi.com
resepi asal:Chef Zubaidah.


Mudah dan sedap...cara nak buat pon ringkas sahaja...


bahan-bahan:


100gm serbuk koko @ 1 cawan **

200gm gula pasir @ 1 cawan **

1 tin susu cair **

200gm minyak sayuran @ 1 cawan **

250gm susu pekat manis @ 1 cawan **

4 biji telur gred A~putar sehingga berbuih sahaja.

150gm tepung gandum @ 1 1/2 cawan

1 tsp soda bikarbonat

1 tsp baking powder


campurkan semua bahan yang bertanda ** ,putar sebati dan masak dengan api perlahan sehingga gula hancur (tidak perlu sehingga mendidih)


masukkan kedalam telur~putar sebati ~guna hand whisk sahaja.


masukkan pula tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder~putar sehingga sebati.


kukus dengan api sederhana selama 1 jam.


atau boleh juga dibakar~suhu 160'C selama 1 1/2 jam.


Sue kukus sahaja...apabila kek sudah sejuk,curahkan dengan topping coklat.






untuk topping Sue guna bahan-bahan di atas.


100ml whipping cream

20 keping coklat (size nye cam duit 20 sen)


***sukatan ini ikut suka hati Sue ajer...***


panaskan whipping cream sehingga kelihatan terbentuk buih-buih ditepi-tepi periuk~matikan api kemudian masukkan kepingan coklat kacau sehingga coklat cair.

curahkan diatas kek yang telah sejuk.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan