Halaman

Khamis, 10 Januari 2013

agar-agar karamel






bahan-bahan:


8gm serbuk jelly~sue guna serbuk agar-agar

600ml air

300ml susu cair

120gm gula halus

1 tbsp tepung kastard

1 tsp esen vanilla

1 cawan gula*

3 tbsp air*

*untuk karamel


untuk karamel,Sue cuma gunakan 3 tbsp gula taburkan dalam loyang dan masak atas api perlahan sehingga gula menjadi keperangan~ketepikan



satukan susu cair dan tepung kastard~sebati dan tapis.



masukkan gula,air dan serbuk jelly~kacau rata dan masak atas api,kacau sehingga mendidih.



perlahankan api,masukkan bancuhan kastard tadi~kacau rata



masak sehingga agar-agar kelihatan sedikit pekat (bila angkat senduk agar-agar jatuh bertali)



tutup api dan tuang agar-agar kedalam loyang yang ada karamel tadi


sejukkan dalam 2 hingga 3 jam,keluarkan dari loyang~hidangkan.









Sue hias dengan buah strawberry

sedap agar-agar ni...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan