Halaman

Khamis, 20 Disember 2012

step by step kek span coklat dan buttercream

Kek ni sue buat sempena majlis perkahwinan anak kawan di opis sue...


bahan-bahan:


150gm tepung gandum

3 tbsp serbuk koko

1 tsp baking powder

5 biji telur gred B

100gm gula kastor

1 tsp ovellette

50ml susu segar

1 tsp esen vanilla

2 tbsp coklat emulco

50ml butter cair


ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.

masukkan semua bahan kedalam mangkuk kecuali butter cair

putar maksimum speed sehingga adunan berkrim~dalam 10-12 minit

masukkan butter cair dengan kaedah kaup balik dan gaul sebati.

panaskan oven 170'C.

gris dan alas loyang~tuang kan adunan kek

bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak

setelah kek masak terbalikkan kek di atas redai dan biarkan ianya sejuk

keluarkan kek dari loyang setelah kek sejuk.




kek yang sudah dikeluarkan dari loyang.sue guna loyang bulat 8"

potong kek kepada 2 bahagian


sedia kan buttercream...


bahan-bahan buttercream:


400gm krimwell

600gm shortening

240gm gula aising~ayak

1 tsp esen vanilla


putar krimwell dan shortening ~ low speed selama 2 minit

masukkan gula aising~putar low speed selama 2 minit lagi

masukkan esen vanilla~kacau rata.



sue gunakan sedikit blueberry filling dibahagian tengah kek


letakkan 1 bahagian kek ke atas papan kek dan ratakan krim


ratakan blueberry filling pula...


letakkan 1 bahagian kek lagi...kemudian ratakan krim di permukaan kek


dah siap ratakan krim..


deco sikit di tepi kek...

lebihan buttercream tadi digunakan untuk buat bunga rose...sue buat 3 warna...

siap dah buat bunga nya...


tambahkan daun pulak...



siap...sue nak bawa pergi kenduri di raub ni...





masuk kotak dahh...buttercream ni ok...sue bawa dari kl ok ajer...


2 ulasan: