Halaman

Isnin, 3 Disember 2012

STEAM BUTTERCREAM

SUMBER: http://fromintankitchen.blogspot.com (blog kak azlita aziz)


500gm krimwell

250gm shortening

50gm butter

250gm gula aising~ayak

pukul semua mixer selama 7 minit.

cream boleh di campurkan dengan sebarang pewarna.

sediakan kek,yang ini sue guna kan kek coklat moist.

potong sedikit di tepi2 bucu atau sekeliling kek supaya nanti cream senang turun ke bawah bahagian kek.

ratakan buttercream di keseluruhan permukaan kek~ratakan nipis sahaja (untuk rujukan boleh tengok di blog kak ita yer)

panaskan 2 cawan air sehingga mendidih,kecilkan api (guna api yang paling kecil)

butter cream di dalam mangkuk plastik.

letak bekas buttercream di atas air mendidih dan kacau dengan spatula sehingga cream mencair sedikit,
angkat dan teruskan kacau lagi.

ulang proses yang sama sehingga kita dapat cream yang bertali dan tidak putus-putus bila jatuh.
(sue buat proses ni 5 sehingga 7 kali)
untuk step2 yang bergambar sila rujuk di blog kak ita.

curahkan di atas kek,dan hentak kan kek perlahan2 supaya cream rata dan jatuh ke bawah

biarkan cream sejuk dan mengeras kemudian hiaskan.

lebihan cream masih boleh diguna kan untuk mendeco kek.











semua kek-kek ini sue gunakan kaedah steam buttercream





Tiada ulasan:

Catat Ulasan