Halaman

Isnin, 3 Disember 2012

KEK COKLAT MOIST KUKUS

SUMBER: http://norzailina.blogspot.com



Kek sempena hari lahir Atiqah Huda 2 tahun...kek ni untuk di bawa ke nursery Atiqah...selain kek ni,Sue juga buatkan cupcakes.


Bahan-bahan:

3 biji telur gred A

1/2 tsp esen vanilla


Bahan A:

140gm gula perang

250ml susu coklat

250ml minyak


50gm serbuk koko

150gm susu pekat


Bahan B: (ayak)


150gm tepung gandum

1 tsp serbuk penaik

1 tsp soda bikarbonat


masukkan semua bahan A kedalam periuk dan masak guna api perlahan sehingga sebati.

biarkan sejuk.

pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan esen vanilla

tuangkan bahan A berselang seli dengan bahan B kedalam adunan telur~kacau sebati.

tuangkan kedalam loyang yang telah disapukan margerin.

tutup dengan aluminium foil.

kukus dengan api sederhana selama 1 jam


topping coklat:


250gm coklat masakan~potong kecil

3 tbsp whipping cream atau susu cair

3 tbsp butter

double boiler kan semua bahan~tuang di atas kek.



Sue hias kek ni guna buttercream dan fondant...pertama kali Sue buat fondant ni...



best juga membentukkan fondant ni...Atiqah suka...


Atiqah bersama kek nya...


selamat hari lahir Atiqah Huda...semoga menjadi anak yang solehah...


Sue buatkan cupcakes juga...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan