Halaman

Isnin, 4 Mac 2013

puding ais krim


SUMBER: http://hanieliza.fotopages.com


Resepi asal guna ais krim perisa keladi...puding nya warna purple...Sue tukar kan kepada perisa strawberry...puding ni Sue buat lama dah cuma Sue tak berkesempatan nak masukkan di blog.




2 tbsp serbuk agar-agar @ 1 paket agar-agar panjang bertali tu

5 cawan air

1 cawan gula

1 tin susu cair

2 tbsp tepung jagung

2 cawan ais krim strawberry

pewarna pink



masak serbuk agar-agar dan air sehingga mendidih.


masukkan gula,pastikan gula larut.


campurkan susu cair dan tepung jagung kacau sehingga sebati.


masukkan susu cair kedalam agar-agar dan masak sehingga mendidih.


matikan api,masukkan ais krim dan kacau sehingga ais krim cair.


bahagikan kepada 2 bahagian.


1 bahagian tuang kedalam loyang dan biarkan ianya mengeras~nak cepat,masukkan sebentar kedalam peti sejuk.


*Sue tambah hirisan buah strawberry,susun didasar loyang**


1 bahagian lagi campurkan dengan sedikit pewarna pink.


Apabila lapisan pertama sudah mengeras,lorekkan sedikit permukaan puding dan tuang perlahan-lahan lapisan yang kedua.


Sejukkan...puding ini sedap di makan sejuk.




Sue guna layang 7x3





Sue buat dalam bekas-bekas kecil juga...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan