Halaman

Khamis, 4 April 2013

pavlova


sumber: http://irmadilondon.blogspot.com



Menunaikan permintaan anak,balik dari kerja Sue buatkan pavlova ni...kali kedua buat ni rasa lebih yakin sebab dah ada pengalaman buat pavlova untuk nurul semalam.Perkara paling penting nak buat pavlova ni semasa kita buat meringue,pastikan ketika mengasingkan telur putih dan kuning tiada sedikit pon telur kuning yang masuk kedalam telur putih,juga alatan yang nak kita gunakan mesti bersih dari sebarang air dan kesan minyak.Putar putih telur sehingga menjadi putih berkilat dan bertanduk~meringue yang baik ianya tidak akan jatuh jika kita terbalikkan mangkuk.



Pavlova yang ini Sue juga mengunakan resepi yang sama..sila rujuk blog di atas untuk mendapatkan tips2 yang berguna yerr...




BAHAN-BAHAN :



4 biji putih telur


1 cawan gula kastor~Sue guna 1/2 cawan sahaja


1/2 tsp esen vanila


1 tsp cuka makan


1/2 tbsp tepung jagung




Putar putih telur dengan kelajuan minima sehingga berbuih.

Putar dengan kelajuan maksima sambil masukkan gula kastor sedikit demi sedikit~putar sehingga adunan menjadi putih berkilat (meringue).


Masukkan esen vanila~putar sebati.


Masukkan tepung jagung dan cuka makan~sebatikan guna spatula sahaja.


Sediakan loyang,buat garisan bulat pada kertas (parchment paper)~Sue lukis ikut loyang size 8".


Panaskan oven 150'C,~Sue panaskan oven 10-15 minit sebelum digunakan.


Bentukkkan meringue mengikut bulatan~Sue masukkan meringue kedalam piping bag.


Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari bahagian tengah.




Siap dah...selepas ni masukkan ke dalam oven..guna rak yang tengah yer..masak dengan suhu 150'C selama 15 minit,kemudian turunkan suhu 140'C,~ Sue turunkan suhu kepada 130'C.Masak selama 1 jam,warna pavlova akan bertukar menjadi coklat muda,bila dipegang terasa garing di bahagian luar nya dan lembut di bahagian dalam nya.Off kan oven dan biarkan pintu oven sedikit terbuka,jangan keluarkan,tunggu sehingga ianya sejuk dahulu.




Masak dah...




yang ini Sue buat size kecil...mini pavlova..




TOPPING:



1 cawan whipping cream


1 1/2 tbsp gula aising~sue tak letak


1/2 tsp esen vanilla


buah-buahan~seperti strawbery,kiwi,blueberry,anggur...elok guna buah-buah yang agak masam bagi mengimbangi kemanisan.




Putar whipping cream sehingga kental,masukkan gula dan esen vanila~putar sebati.

Letakkan whipping cream dan hias dengan buah-buahan yang telah dipotong.





Letakkan whipping cream~sue gunakan piping bag.



Susun atau taburkan buah-buahan...



mini pavlova...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan