Halaman

Khamis, 18 April 2013

agar-agar karamel




SUMBER: http://www.tiffinbiru.com


Agar-agar ni antara dessert yang selalu sue buat...anak2 pon suka...


bahan-bahan:


8gm serbuk jelly

600ml air

300ml susu cair

120gm gula halus

1 tbsp tepung kastard

1 tsp esen vanilla

1 cawan gula pasir *~boleh di kurangkan kpd 3/4 cawan

3 tbsp air*


**untuk karamel**


untuk karamel : masak gula dengan api sederhana sehingga gula menjadi sedikit perang,masukkan air dgn berhati-hati...masak sebentar sehingga pekat dan tuang kedalam loyang untuk di bekukan agar-agar.


Sue hanya buat karamel terus di dalam loyang sahaja...sue masukkan 3 tbsp gula kedalam loyang,masak atas api perlahan sehingga gula cair dan berubah menjadi perang,matikan api dan ketepikan...


satukan susu cair dan tepung kastard~tapis~ketepikan.

masak air,gula dan serbuk jelly sehingga mendidih...kecilkan api,masukkan susu cair dan kastard tadi.

masak sehingga mendidih sambil di kacau rata sehingga kelihatan sedikit pekat.

Tuang kedalam loyang yang ada karamel tadi...sejukkan...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan