Halaman

Isnin, 13 Jun 2011

talam lapis keledek

Yang ni pon buat sebab nak menghabiskan stok ubi keledek...tp x habis jugak lagi...hehheh..yg ni sedap jugak..budak2 suka...bahan2 nyer hampir sama jugak dgn talam keledek tuh..

Bahan-bahan:

600ml santan
150gm tepung beras
50gm tepung ubi.
170gm gula.
200gm ubi keledek-rebus-lecek.
1/4 tsp garam.  
sedikit pewarna oren.
1 1/2 tbsp pewarna coklat-sue guna coklat emulco.
1 tsp esen vanilla.

panaskan kukusan-gris loyang.
blend semua bahan kecuali pewarna oren dan pewarna coklat.
ambil 2 cawan adunan dan campurkan pewarna coklat.
yang selebih nyer letak pewarna oren.
tuang 1 cawan adunan coklat dan kukus selama 10 minit.
tuang adunan oren dan kukus selama 20 minit.
kemudian tuang lg yg berwarna coklat dan kukus lagi selama 30 minit.
sejukkan sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan