Halaman

Khamis, 19 September 2013

CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE




SUMBER: BLOG KAK ZU... http://kakzusemanisgula.blogspot.com


salah satu kek yang menjadi kegemaran sue...sedap..x manis sangat...terima kasih pada kak zu yang sudi berkongsi resepi ni...


~guna loyang 8' atau 9'~loyang yang boleh dibuka di bawah nyer...

untuk kek di atas,sue guna loyang empat segi saiz 7'...jadi kek ni agak tebal...seelok-elok nya guna loyang bersaiz 8 atau 9 inci.


bahan lapisan bawah:


180gm biskut tiger

110gm butter


cairkan butter~sejukkan.

hancurkan biskut~campurkan dengan butter.

masukkan kedalam loyang dan tekan padat.

simpan didalam peti sejuk.


bahan lapisan atas:


250gm cream cheese~suhu bilik.

120gm gula kastor

150gm UHT whipping cream

1 tbsp gelatin

60ml air panas~masukkan gelatin~kacau sehingga gelatin larut dan sebati.


putar cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.

masukkan whipping cream~putar sebati.

masukkan gelatin~putar sebati.

tuang adunan keatas base biskut tadi.

sejukkan selama 1 jam atau sehingga ia mengeras.



bahan lapisan chocolate mousse:


300gm whipping cream~non-diary whipping cream~rich gold.

1 tbsp gelatin~capurkan dengan 60ml air panas.

50gm serbuk koko.

100gm gula aising.

1/2 cawan air suam.

1 tbsp nescaffe~campurkan dengan 1 1/2 tbsp air panas.


campurkan serbuk koko,gula aising dan air suam~kacau sebati~ketepikan.

putar whipping cream sehingga soft peak.

masukkan semua bahan dengan kaedah kaup balik~kacau sebati.

tuang adunan keatas lapisan cheese tadi.

sejukkan di dalam peti sejuk sehingga mousse keras~8jam atau semalaman.



bahan chocolate ganache:


300gm coklat masakan.

220gm UHT whipping cream.



masak secara double-boiler

tuang di atas mousse yang sudah keras.

untuk hiasan di atas kek...masukkan chocolate ganache ke dalam piping beg,sejukkan sebentar~sehingga kekerasan yang di ingini~hias pada kek.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan